nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

Pengalaman Berbuka di Masjid Tronoh

Salam

Aku ada mengikuti satu laman blog sorang mamat ni, dia punya blog ni boleh kata femes la jugak sbb tgk orang follow dia dah mencecah 1570 (aku dikecualikan). Nama blog dia ni 'SEMBANG KENCANG', memang padan pon dia letak nama tu, dia memang sembang lebat kalah perdana menteri punya sembang. haha. Mungkin korang juga pernah 'stalk' dia punya blog (terutama budak2 UTP), sebab kalu aku xsilap baca dia punya post terdahulu, dia ada kata yang dia pon student UTP jugak dulu. Nak tahu lebih lanjut tentang mamat ni dan blog dia, sila google 'SEMBANG KENCANG', 'confem' keluar dia punya blog.



Okeh, kembali kepada tajuk entry iaitu berbuka puasa di Masjid Tronoh..

Masjid Tronoh ni jika korang nak tau, ianya terletak dekat Pekan Tronoh. Sapa yang pernah makan mee udang Pekan Tronoh, mesti tau masjid ni kat mana. Kalu xtau jugak boleh pm aku lepas ni ok, kot2 nak try pegi sana sbb makanan buka puasa superb~.



Cerita sebelum berbuka di Masjid Tronoh

Petang kelmarin, ada sorang kawan aku ni, dia ajak aku pergi masjid tronoh untuk berbuka puasa. Aku pon macam pelik jugak sebab mamat yang ajak aku ni macam serius betul ajak aku pegi sana. Disebabkan ke'curious'an aku tu, aku mula korek cerita, aku tanya la dia macam ni;

Aku : Kenapa mesti Masjid Tronoh(?) Kenapa bukan Masjid UTP?

Kawan aku : haa.. (Dia ada buat muka poyo, ada nampak gaya macam bes sangat tmpat tu)

Aku : Aku mula berfikir.(?)Tiba-tiba aku teringat tentang entry mamat SEMBANG KENCANG, ada pernah cerita tentang pengalaman dia berbuka puasa dia masjid Tronoh tu. Dia ada pengalaman kena sindir dengan pakcik IC kepala 50 sbb lepas buka puasa terus balik xsempat pon nak berterawih. hahahaha.. (xleh blah teruk tol mamat ni,ish3) aku mula paham kenapa kawan aku tu buat muka poyo. hoho! Aku tanya kawan aku tu balik; Ni mesti kes hang baca blog mamat SEMBANG KENCANG tu kan? haa.. (cuba selitkan element hebat macam ahlil nujum)

Imran : haha. mamat tu sempoi, siap balik jalan kaki lepas kena sindir ngan pakcik IC kepala 50 tu.. dia kata situ makan sedap, jom kita try. ajak Farouk skali. amacam?

aku : Boleh juga.

(moral of the story dialog di atas tu adalah, kalu nak buka puasa kat masjid, tunggu la sampai abis terawih dulu, 8 rakaat pon jadi lah)



Nak dijadikan cerita, hari ni dah masuk hari kedua aku berbuka di Masjid Tronoh tu. Menu kelmarin bukan main sedap, ada pajeri nenas, sambal ikan bilis + petai, ikan asam pedas, kurma + buah pisang, dan air Oren satu Jag untuk empat orang. Aku, Imran, Farouk dan Matzam kami duduk satu hidang. Kelmarin kan hujan, so orang yang datang xberapa ramai. Apalagi, makan sampai pecah perut. Nasib baik sempat masuk solat magrib bersama imam rakaat ketiga. :D (kelmarin punya cerita lepas solat magrib terus balik)

Harini pulak, Menu Daging masak kicap, ayam goreng, sambal belacan, Sayur campur dan sedikit kurma dan kuih. Makanan sedap dan mengenyangkan, Alhamdulillah. xsia-sia kitaorang pergi. (harini punya cerita lepas solat magrib kitaorang pon terus ba... hehe)

P/s: Kawan-kawan, esok macam mana? aku confirmed On. :D

Monday, August 30, 2010

Merdeka Remix

Ini status Facebook aku, (Selasa/31.8.2010/12.56 PM)

X rasa merdeka sbb Merdeka. rasa Merdeka sbb hari ini cuti. Bagaimana harus membendung perasaan ini? adakah anda juga sama? ish3! (xpatut2.. T__O?)

Sunday, August 29, 2010

Saturday, August 28, 2010

How a Carburetor Works

Do you know what is Carburetor? If no, I am too lazy to explain. Please google it. Btw, this is the carburetor system. Nowadays, this technology (old school technology I guess) has been replaced by the Injection System. Never heard about Injection System? I would like to consider you live in the jungle :D

Thursday, August 26, 2010

World Of Goo


Salam

Do you ever heard about 'World of Goo' before? Yeah, it seems to know well among the people who curious in games, I mean gamers. Honestly, I am not a gamer hard core or what but this game really suit me, maybe you too who knows. The best words I guess to describe this game are Simple, Engineering, Colorful and Interesting. In this game, there are five chapter to be completed and every chapter have several mission. like I said previously, it is an Engineering game so you need to use a little bit of your brain as well to settle the mission. If you dont have brain, dont play this game, it's a waste of energy and time. hohoho. No need to further explain about this game, you will undertand more when you explore this game by yourself ( you can explore your self). As a conclusion, I can say that this game is easy type, enjoyable, fun and interesting to play on. Btw, I have no idea to share this game to you people but if you really interested to have this game, just pm me. I have the installer. :D

Wednesday, August 25, 2010

Website bacaan Al-Quran untuk anda semua

Salam and yo.
Sedang men'stalk' blog-blog kegemaran hati, tiba-tiba terjumpa satu Website menarik untuk dikongsi bersama saudara saudari seIslam semua. Website ini mengandungi bacaan ayat Al-Quran serta terjemahan. Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana suara yang anda gemari seperti bacaan Al-Ghamadi, Mishari Al-Afasy, Ibrahim Al-Akhdar dan banyak lagi. Selamat beramal~

Sila lihat sini : http://tanzil.info/

Sunday, August 22, 2010

Budaya prank

Salam kpd yg Berkenaan

[entry semalam aku hide]

Pada bulan ramadhan yang mulia ni, tiba-tiba Aku diminta untuk bersama2 dengan kroni2 jeng3 untuk melakukan 'prank' kecil-kecilan(?) kpd seorang hamba Allah ni, nama perlu dirahsiakan kot tp beliau adalah seorang gadis. hehe. 'Prank' ni adalah bersempena menyambut hari lahir beliau. Tp aku rasa xsedap hati macam kesian pon ada, takut menangis xhenti2 sampai banjir utp sapa yg susah? Pakgad juga susah, sbb surat saman basah. camna pakgad nak saman budak2 utp dengan rajin? lagi, kalau utp banjir, batal la puasa budak2 utp sbb tertelan air banjir akibat lemas.. :D Kes ini juga boleh diibaratkan sebagai " buat mati emak, xbuat mati bapak". haihh.. rasa kesian kepada beliau juga menyelubungi diri, dah la dengar macam2 cerita sedih ttg beliau. Apa-apapun aku hanya mengikut arahan dari kroni2 yg lebih senior iaitu...jeng3. So, bersabarlah untuk esok ya wahai hamba Allah yang bakal di'prank' esok. hahahaaha~

p/s: Bab2 macam ni laju pulak orang mintak tlg aku, pelik2.
p/s 2: Kepada yang berkenaan, sila rahsiakan hal ini. Biar pecah dimulut, jangan pecah diperut. hoho

[entry sambungan lepas prank]

haha. misi berjaya. YES!
apa-apa pon mintak maaf la nooo.. adat la jadi busday girl, x'prank' xmeriah.

P/s: Celakha hang Farouk, hang tunggu laaa!
P/s: Ingat nak tolong saja, rupa2nya pertolongan aku jadi servis. haha. btw, thx for the money. aku guna duit tu buat makan sahur. hoho.
P/s 3: Tahniah kepada kroni2 'prank' kerana telah berjaya mem'prank'! majulah 'prank' untuk kawan2. ha3~

Thursday, August 19, 2010

My Soul and I

Dear my soul,
I am so sad just now
Recently I'm quite unhappy with my self
I realized something that make me feel very stupid than anyone else
and then, I started to think and think about my self more than usual
Is this the real me?
My Soul : Of course the answer is NO!

Regret is the only one that left for me
but do regret can change my life?
My Soul : Of course the answer is NO too!
......................................................................................................................................................
My soul :
So you need to change!
You need to be the real you!
It a MUST!
.......................................................................................................................................................
Me :
Thanks my soul, I trust you. I'll work on that.
I promise.



Tuesday, August 17, 2010

Berpesan-pesan (Emosi Perlu dikawal)

Salam Ramadhan Al-Mubarak

[Entry ini nampak macam xbes, walaubagaimanapon aku harap korang baca sampai habis]

Alhamdulillah, genap hari ni maka cukuplah 8 hari kita berada dalam bulan ramadhan. Syukurlah diatas kesempatan yg diberikan Allah SWT kpd kita untuk meneruskan ibadah puasa yang mana sudah tentu banyak memberi manfaat kepada kita sendiri,insyaAllah. apakah yang dimaksudkan banyak manfaat itu? sama-sama lah kita renung-renungkan dan tenung-tenungkan.

Tak puas hati kalau aku xhebohkan perkara ni,(dasar manusia mmg suka bangga diri,macam aku bangga diri sikit2 boleh terima lagi :D) seluar aku dah longgar sikit yey! ini bermakna aku telah kurus haha waka waka. itulah, salah satu nikmat berpuasa, selain kurus dapat juga jimat wang.(jimat KKerr?) tepuk poket tanya nafsu you lah noo!

Okeh, back to the topic!

Bila nak bercakap ilmu agama, wajib bagi dalil

Dalam surah Al-Asr, ayat 1-3 ada menyebut;

maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]

Secara ringkasnya, ayat diatas memberitahu kita bahawa sesungguhnya orang yg beriman adalah orang yg tidak rugi disisi Allah. Aku bukan ustaz nak tafsir ayat al-quran ni, cuma atas kesedaran sebagai seorang muslim haruslah membantu muslim yang lain semoga aku tidak digolongkan dalam golongan orang-orang yang sombong dan sell fish.

isi penting!

pernah kah korang berasa terlalu marah? @ terlalu sedih? @ terlalu Seronok @ terlalu takut? mesti pernah kan? bohong la kalau kata xpernah sekalipun dalam seumur hidup Kau. Ya, memang lumrah manusia untuk bersifat emosional sebegitu. tetapi tahukan anda bahawa sifat-sifat tersebut adalah pintu-pintu kepada Jin(kafir) untuk masuk kedalam diri kita.

Surah An-Nas, ayat 1-6;

maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
Yang Menguasai sekalian manusia.
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Sifat-sifat iblis dan syaitan ini(Jin Kafir) adalah suka menghasut hati-hati manusia supaya ingkar perintah Allah, tujuannya nak mengheret anak-anak adam untuk sama-sama melenggang lenggok masuk neraka dengan mereka,nauzubillah. itulah yang terjadi sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan sehingga lah akhirat kelak.

Perasaan marah yang melampau boleh mencetuskan perasaan dendam, kebencian serta iri hati. Perasaan Sedih pula menghampirkan diri kita dengan sifat putus asa kepada Tuhan. Perasaan Seronok yang melampaui batas mendekatkan diri kita dengan kemaksiatan dan kegagalan untuk mengawal nafsu diri. Dan paling ditakutkan, perasaan takut terlampau boleh mencetuskan syirik kepada Allah, nauzubillah.

Emosi kita ini jika tidak dikawal oleh kita sendiri, maka ianya akan dikawal oleh Jin yang membisikkan kedalam hati kita. Dan apabila saat itu terjadi maka gelaplah hati kita selagi tidak bertemu dengan petunjuk Allah.

Oleh itu, cara untuk menghalang diri kita dari disampuk Jin2 Kafir ini adalah salah satunya dengan mengawal emosi kita. Ingatkanlah diri kita bahawa bila kita marah,sedih, seronok atau takut secara berlebihan itu, mungkin ianya adalah dari bisikan syaitan. Ingatlah bahawa Allah sentiasa dekat disisi kita. Mohon lah petunjuk dari Allah. Seperti dalam surah Al-Fatihah ayat kelima, " kepada Allah kita menyembah dan kepada Allah kita memohon pertolongan", dan percayalah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah. Kawal lah emosi dengan baik, bersederhanalah dalam apa jua perbuatan kita. marilah sama-sama kita ingatkan diri, untuk sentiasa mengingati Allah sentiasa diwaktu senang mahupon susah. Sama-sama lah kita saling berpesan untuk memperbetulkan diri masing-masing supaya aman damai sejahtera hidup manusia sejagat seantero pelusuk cakarewala(?), insyaAllah.

Salam

p/s: Kalau ada soalan untuk ditanyakan, jangan angkat tangan. post comment noo :D

Sunday, August 15, 2010

Doa

Hai Allah, jadikanlah kami orang yang imannya sempurna. Bisa mengerjakan yang wajib. Bisa menjaga sholat dan bisa menunaikan zakat. Bisa menuntut/ mencari kebaikan di sisi-Mu, mengharap ampunan-Mu, memegang teguh petunjuk-Mu, berpaling dari penyelewengan, zuhut (sederhana) terhadap dunia, mencintai amal untuk bekal akhirat, ridho terhadap kepastian (Allah), syukur terhadap nikmat yang telah diberikan, dan sabar terhadap segala cobaan.


Dan mudah2an di hari kiamat nanti, kami dalam satu barisan dibawah panji junjungan Nabi Muhammad SAW melewati telaga yang sejuk, bisa masuk surga, duduk diatas tahta kehormatan, didampingi bidadari, mengenakan pakaian kebesaran dari sutra warna warni, menikmati makanan surga, minum susu dan madu murni. Dalam gelas2 dan kendi2 yang tak pernah kering, bersama mereka yang tlah Engkau beri nikmat kepadanya dari golongan para Nabi para Shiddiqin, para syahid (yang gugur dalam membela agama Allah), para shoolihin, dan baik sekali mereka menjadi kawan kami.

Demikianlah kemurahan dari Allah dan mudah2an Dzat yang Maha Mengetahui memberi kecukupan. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam.

http://www.ehoza.com/v4/forum/religious-talk-muslim-section/5857-doa-solat-tarawih-witir.html

Saturday, August 14, 2010

Harmoni

Begitu indah sekali ciptaan Allah SWT
yang menjadikan kita serta seisi alamnya
sesungguhnya tiada keraguan pada diri manusia yang sering berfikir
dari sekecil-kecil zarah, sehingga sebesar-besar system angkasa raya
semuanya dalam keadaan harmoni menandakan kebesaran Allah yang Maha Agung tiada tandingan

Al-Fatihah
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh Alam,
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,
Pemilik hari pembalasan,
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan,
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan

Salam semua yg sudi membaca.

Masjid An-nur UTP, Perak

Entri kali ini adalah pasal apa yang berlaku pada 1 ramadhan 1431 hijrah, dimana semua pelajar Islam Universiti Teknologi PETRONAS (mungkin semua sbb nampak ramai sangat sampai nak park moto pon xda tempat) bersama-sama ke masjid untuk mengimarah solat tarawih di masjid an-nur. Alhamdulillah untuk itu. Mungkin semua warga Islam UTP telah mendapat hidayah di awal bulan ramadhan ni, syukurlah.
Hari pertama menunaikan solat tarawih memang mengghairahkan bagi sesetengah orang. Mungkin ada juga yang sempat menangkap gambar mereka ketika di masjid semalam untuk diupload ke laman facebook yang mana boleh dijadikan bukti segala yang dia pergi semayang solat sunat tarawih. hoho. xkisah lah nak tangkap gambar pon, janji xkacau orang lain sudah lah noo.

Bercakap tentang parking, mungkin ada sesetengah daripada kita yang rasa lentur semangat untuk ke masjid lagi. Kepada yang naik moto macam aku xda hal lah sebab aku boleh parking moto ikut dan saja. Siap boleh selit menyelit time kereta tengah Q panjang. Mesti ada pemandu kereta yang tension melihat gelagat si penunggang moto macam aku yang nampak macam sangat happy ke masjid sedangkan dia tension melayan karenah kereta yang berduyun-duyun. Sudah la traffic lembab, nak cari parking pon susah, keluh pemandu kereta yang confirm bukanlah aku. hehe. Yang dikesiankan lagi, pemandu kereta konfem pening kepala bila melihat parking kereta yang penuh sampai ada yg perlu parking jauh untuk ke masjid. Aku sendiri cukup bersimpati dengan pemandu kereta tapi apakan daya aku ini, hanya mampu tersenyum kambing. :p

Secara peribadinya, ramadhan kali ni mungkin merupakan ramadhan terakhir untuk aku dan rakan-rakan final semester yang lain di UTP, insyaAllah. Dan untuk itu, aku akan cuba pastikan bahawa aku akan memanfaatkan ianya semaksima mungkin selagi mampu oleh kudrat aku untuk mengimarahkan ibadah sunat ni, insyaAllah. Somoga memperolehi keredhoaan Allah SWT dalam setiap amalan kebaikan yang kita kerjakan di bulan ini. Amiin.

Kepada yang masih bermimpi sehinggakan lupa nak solat tarawih, sedarlah yang Ramadhan sudah muncul kembali tahun ini, begitu juga dengan malam Lailatul qadar yang penuh dengan barakah. Adakah kita akan berjaya memperolehi pahala lailatul qadar? untuk menjawabnya, tepuk dada tanya iman masing-masing. (mari kita tepuk sekarang :D)

Dulu waktu sekolah menengah, ustaz selalu tanya apakah maksud kemanisan iman?
Soalan 2 markah yang selalunya aku jawab dengan betul. Jawapan skema buku teks adalah "rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada". dulu kalau soalan menghafal yang macam ni cukup laju la nak jawab, hafal 10 kali confirm boleh ingat terus. xpaham xpa, janji ingat. Aduhai, bila sekarang nampak soalan ni rasa sedih (geleng2 kepala siap) menandakan diri belum capai kemanisan iman. So, marilah kita sama-sama renungkan sejenak di bulan ramadhan ni.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa bila tiba waktunya nanti.
~Marhaban Ya Ramadhan~
Salam

Monday, August 9, 2010

tentang moto

Salam.

entry ini berkaitan moto. kalau rasa xminat moto, bolehlah anda ke tempat yang anda minat. harap maklum.

kisah 1;



Sejak dari kecik, moto adalah sebahagian dari hidup aku. aku start belajar bawak moto kalo xsilap waktu darjah 3. ha.. masih ingat lagi satu peristiwa getir yang berlaku pada kali pertama aku bawak moto yang mana hanya sejengkal saja dari maut. Alhamdulillah, hidup lagi sampai sekarang. benarlah ajal maut ditangan tuhan. Kisahnya berlaku pada hari aku pergi ke nat. Nat ni bahasa pasar orang utara, maksudnya 'pasar pagi'. lebih kurang pasar malam tapi waktu pagi. Aku dan kakcik(kakak atas aku, dia dah pon kawin harap maklum), kitaorang g la pasar nak beli ikan, dalam perjalanan balik tiba2 nafsu nak bawa moto sangat melonjak sakan, so jadi aku agak berkeras mintak nak bawak moto tu. aku rasa msti kakak aku dah lupa dah cerita nih. haha.kami naik moto c70 honda petak. waktu pergi kakak aku bawak tapi dalam diam2 aku mmg dah plan nak bawak moto tu time balik dr pasar. so pujuk punya pujuk, kak aku pon kata ok. tp jangan bawak laju-laju, dia nasihat. So, aku pon dengan suka hati membawa moto tersebut. nak dijadikan cerita lebih menarik, kitaorang blk ikot jln belakang tepi sungai yg mana jalannya kecik dan berpasir. jalan pulak tinggi dari paras sungai, memang kalau terjun tebing jalan tu mmg boleh mati, insyaAllah. :D.. tp kitaorang xterjun sbb aku penunggang hebat! ngeh3.. ok, dalam dok bawak moto tu, aku macam lupa macam mana nak slowkan moto tu. lupa yang kalau lepas throtle minyak moto jadi slow. dan atas sifat kebangangan kanak-kanak itu aku xlepas throtle malah pulas minyak lebih lagi. woho! betul2 mau mati. then, sesampainya di selekoh tajam pada jalan tu, aku masih memecut dengan laju yg sama. takut nak bagi tau kak aku yg aku xtau cmna nak slowkan moto tu.. apa ke bangang ni.. hehe. fuh, berdesup jantung bila nampak ada satu van putih juga laju membelok dari arah bertentangan. mak aii..cmna ni!.., aku mengeluh la apa lg. dengan gunakan tindakan reflexs yg teramat hebat, aku nmpak ada satu susur naik bukit kr umah org. dengan cepat aku membelok ke atas mengelak van tersebut dan kami selamat. aku juga selamat dibancuh oleh kakak aku yang siap kata lain kali xpayah bawak moto lagi. hadoi.. aku dah lupa apa yg terjadi masa tu, adakah aku hanya mengangguk? aku pon xingat. hohoho.

kisah 2;



kisah ni berlaku kira-kira darjah 6 kalu xsilap. kakak sulung aku yang kini sudah beranak tiga pada masa tu dia dia kerja kilang kt peneng. dia ada moto yamaha ss2. moto kakak aku yg ni lah first moto clutch tangan yang aku belajar. agak teruja dengan moto yang pakai tuti ni sebab moto ni agak laju. siap ada asap bau wangi dan bunyi agak bising. ada satu petang aku pusing kampung bawak moto ni bawak dengan muka bangga (ke bangla?) saja nak bagi orang nmpak yang aku boleh bawak moto 2 stroke. hehe, mmg cukup bangang. tapi waktu tu mmg terasa hebat lah, kan aku baru darjah 6. budak xda lesen bawak moto hebat pasti akan dianggap hero yg hebat, philosophy budak-budak kampung yang aku kutip.

kisah ketiga;


ini waktu fm2 if xsilap. aku juga ada abang yang dulunya rempit sejati, yang mana namanya sudah diblacklist di jabatan JPJ dan juga polis pulau pinang atas beberapa kesalahan yang melibatkan lalulintas. woho.. waktu tu dia kerja kt peneng. biasa lah, zaman budak trang tang tang, zaman kl menjerit. abang aku ni pakai tzm150. moto dia ni aih nak cerita pon segan. moto cc kecik yg telah disuperbikekan. lebih kurang bunyi macam tu lah sedap sikit. hehe. satu hari dia balik kg, tah mengapa dia nak ajar aku bawak moto dia so aku ikut je la. dalam hati, yey yey yey! akhirnya..:D dia ajar main clucth, masuk gear dan bila dah cuba beberapa kali pandai la cikit aku. tu pon takut nak bawak sbb moto tu berat. ni lah moto pertama yg buatkan mata aku berair.. dan lutut getar. haha. bayangkan!. start dari hari tu lah aku simpan hasrat nak pakai tzm ni. dan sekarang aku sudah pon memilikinya sebijik seperti gambar yang tertera diatas tu.

okeh cukup cerita ttg pengalaman aku. mungkin bagi kau xmenarik, tp bagi aku sangat bermakna. apa yg aku cerita kat atas tu hanyalah kenangan aku semata2. abang aku yg dulunya mat rempit, sekarang ni pon masih mat rempit. hehe. xlah, abang aku sudah jadi seorang ayah kepada tiga anaknya yang sangat baik. syukur dah berubah abang aku. alhamdulillah. ;D

sebenarnya aku nak kongsi beberapa pengajaran yang perlu diambil oleh penunggang-penunggang moto sekalian.

1) pertamanya, jadilah seorang penunggang yg bijak dijalan raya. sebagai seorang penunggang motosikal, kita perlulah berhemah di jalan raya. nak bawak laju boleh, tapi biar kena pada tempatnya. contohnya di highway ataupon jalan-jalan besar yang kurang kenderaan. kesimpulannya jangan mengganggu org lain yg berada di jalan raya.

2) keduanya, pandai pilih kawan dalam bermotor. nak bercampur dengan mat rempit xsalah, yang salah bila kita ikut jadi mat rempit. join lah kelab2 motosikal yang sihat di malaysia. sgt banyak. banyak manfaat kalau berclub ni.

3)terakhir, jangan sesekali guna barang haram kt moto kita. ini yg paling penting sebenarnya. pakai barang yg haram tu xberkat. sebagai contoh kalu moto kita tu nak bawak g masjid, silap2 buat pahala dapat dosa nauzubillah.

okeh itu saja aku nak kongsi.

Salam.

Sunday, August 8, 2010

bolehlah dikatakan pencapaian terbaik aku. hehe

mesti korang xpercaya kan kalau aku kata aku xpernah tinggal puasa ramadhan sejak dari umur 5 tahun even setengah hari. percaya atau x, itulah kebenarannya dan aku ter amat sangat bangga dengan itu. :D Alhamdulillah, syukur kpd Allah yg memberi aku kudrat untuk laksanakannya.

P/s: Semoga tahun ini pon begitu hendaknya. amiin. Selamat Berpuasa Semua.

Friday, August 6, 2010

resume


muka ni layak ka jadi engineer? (o_O)?

Tuesday, August 3, 2010

AaaaaAaaahHHHhhhhhHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHhhhhhhhhhhhhhHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!


AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!


AAAAAHHHHHH!

Ahh! Damn!