Kita dapat lihat sekarang ni bencana alam semakin menjadi-jadi. adakah ini suatu petanda bahawa dunia ini akan berakhir? dengan ombak tsunaminya, gunung berapi, banjir, penyakit dan sebagainya kita sememangnya patut akur bahawa dunia ini semakin hampir dengan ajalnya, begitu juga kita. dunia hancur, kita pun hancur. bila tarikhnya? hm... wallahua'lam.
aku tumpang sedih sebenarnya melihat rakan-rakan seagama ibarat endah tak endah dengan ini semua. paling ketara bila ditanya hang da solat belum? dan dijawab "belom, xpa ang pi dulu *sambil buat muka tak bersalah*", dan kita sebagai kawan tau yang dia memang xnak solat. em.. dimana letaknya agama dalam soal ini? jika solat pun endah tak endah. ibarat dunia ni takkan kiamat, dan dia takkan mati. masyaAllah.
dan bila kita melihat lelaki dan perempuan yang bukan mahram bergaul ibarat suami isteri, dikalayak ramai dan kita tahu itu kawan kita. ibarat dosa itu adalah dosa kecil. ibarat dunia takkan kiamat dan dia takkan mati. masyaAllah.
walaupun ilmu agama aku tidaklah tinggi mana, tapi didalam hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa bencinya melihat keadaan itu berlaku didepan mata, dan tidak mampu untuk memperbetulkannya. silapnya dimana?
kepada yang membaca, aku inginnberpesan untuk diri sendiri dan juga hampa suma bahawa hidup kita ini adalah sementara. jika esok kita mati bersama dosa yang kita buat dan kita masih belum sempat bertaubat kepada Allah swt, apa akan jadi? Nauzubillah. Jom kita pakat2 kita muhasabah diri, ibarat esok dunia ini akan kiamat,dan kita akan mati.
Sekadar berpesan,
Hadi Pelera
wassalam.