nuffnang

Monday, May 31, 2010

Pulang Ke Jitra


Salam
Salam Sejahtera Semua

pengishtiharan rasmi
kurang 40 minit lg untuk bertolak balik ke kampung
yeay exam dah habis
lupakan kertas-kertas exam
lupakan tentang duit hostel yg belum berbayar
lupakan ttg moto rosak
lupakan tronoh dan taman maju

oh ya..
lupakan juga fyp
lupakan juga sv fyp
lupakan lecturer-lecturer yg anda xmo ingat muka depa
lupakan cafe v5
lupakan semuanya pasai utp
ini hari kita enjoy~
aku mau balik kampung ini hari

ya be da be duuuuuu....
jitra, malam ni aku sampai.

p/s: Selamat bercuti kawan-kawan. hargailah cuti anda.





Saturday, May 29, 2010

Sedikit Peringatan Kpd Gadis2..

Salam
Selamat Sejahtera

mudah untuk menjadi seorang gadis, tp bukan mudah nak jadi seorang gadis yang muslimah dalam dunia serba moden sekarang ni. Ya, agak sukar. jika aku dijadikan sebagai seorang gadis pon belum tentu aku dapat menjadi muslimah sejati. jujurnya, aku sangat kagum dengan gadis-gadis diluar sana yang pandai menjaga diri sebagai seorang muslimah. tahniah!.. tabik spring* toing3*


"Wanita, apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas Bin Malik)


"Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar, maka mendongaklah syaitan memandang akan dia." (Riwayat Tarmizi)


"Dinikahi wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah." (Riwayat Bukhari)


"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)


"Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (memohon maaf)." (Riwayat Hassan)


"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)


"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)


"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja Pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Syurga itu terletak dibawah kaki ibu." (Riwayat Imam Ahmad)


"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)


"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk dia ke dalam syurga." (Riwayat Tarmizi)


~semoga jadi renungan gadis-gadis semua, insyaAllah~
untuk kebaikan bersama


Sun Rise

P/s: Pagi-pagi kalo dapat tgk sun rise ni mmg best ah.. tgk gambar pon jadi lah..

Friday, May 28, 2010

insaf kah kita jika terbaca sesuatu seperti ini?



"Wahai sekeping kertas
biarlah aku menulis dengan sepenuh perasaan tanpa ragu-ragu
biarlah aku menulis tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
biarlah aku menulis bersama duniaku yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
biarlah aku menulis dengan airmata yang mengalir kerana sedih, gembira
kerana aku hanyalah manusia lemah yang selalu melakukan dosa
kerana aku jugalah manusia lemah yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana aku adalah khalifah di muka bumi ini
tetapi aku tahu aku gagal menjadi khalifah itu
di Luh Mahfuz dulu, aku pernah berjanji yang aku akan beribadah hanya untuk-MU
tetapi aku gagal melaksanakannya

Aku lalai dengan duniawi
yang penuh dengan drama, tipu daya
aku leka dengan zaman ini
yang penuh dengan gelak ketawa, tetapi beronak liku
aku tertipu dengan semua ini
aku termakan dengan janji-janji yang BODOH


Ampunkan aku wahai YA RAHMAN YA RAHIM
ampunkan aku yang terlalu leka dengan duniawi
ampunkan aku yang selalu lupakan-MU
ampunkan aku yang sentiasa tertipu dengan helah-helah mereka yang juga leka
ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
mereka terlalu baik untuk ku, mereka terlalu sempurna untukku
maafkan aku kerana tidak menghargai mereka
maafkan aku kerana telah membuat mereka menitiskan air mata kerana kejahatanku
ampunkan dosa-dosa umat ISLAM , YA ALLAH
ampunkan mereka kerana mereka tidak sedar yang mereka masih ada ALLAH dan TUHAN
yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
ampunkan mereka YA ALLAH
ampunkan aku kerana telah mencintai seseorang lebih dari KAU
ampunkan segala dosa-dosaku YA ALLAH"


Reference:
http://www.iluvislam.com

Tuesday, May 25, 2010

Mari menghargai Masa



Salam


Selamat Sejahtera


entry ini aku tulis khas untuk kita semua (termasuk aku sendiri) bertujuan untuk men'chargas'kan diri dalam menghargai masa. mari 'chargas' jom!!!

1. Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
2. Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak menggunakannya, ia akan memancung kamu.
3. Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
4. Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu, tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamu.
5. Bertangguh itu pencuri masa. (Peribahasa Arab)
6. Susah-payah tidak memperlihatkan apa yang perlu, menghabiskan masa yang tidak perlu
7. Masa dihargai, janji ditepati. (Pepatah Melayu)
8. Masa itu umpama air pasang surut, tiada siapa yang dapat menahannya.
9. Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu. (Maksud al-Hadis)
~Semoga jadi panduan dan iktibar dalam kehidupan kita seharian~


amiin.
p/s: perkataan chargas bermaksud cergas @ rajin. perkataan chargas tiada dlm kamus dewan, hanya terdapat dalam kamus imanmutiarahati. harap maklum.

rajin tiba-tiba?



malam ni ada dua achievement yang aku rasa harus dibanggakan oleh aku dan rumet aku, anip.


disebabkan kerajinan kitaorng selama kurang 15 minit, bilik sudah kembali ceria gembira kembali. hehehe..

apa yg kitaorng buat? ha ha ha. [terbaek!]

pertama : lampu bilik rosak. so, kitaorng nekad utk menukar sendiri lampu bilik kami yg mana dah lama xmenyala. bukan salah kami membiarkan bilik dalam kegelapan, dah report kt pihak berwajib, tp xda tindakan lg. so, kitaorng buat satu plan baik punya iaitu 'pinjam' lampu dapur kitaorng jap. hehehe. nanti kitaorng pasang la blk. kot. ke terus? hehehe.

kedua: alahai kipas panas nak mampuih. disebabkan terlalu gembira tgk bilik da terang, ha tiba-tiba aku rasa rajin pulak nak bersih sawang kipas. gosok gitu2 ja pakai surat khabar. habis terabuq sawang kt lantai. ho3x. xpa, bilik ada penyapu. apa ada hal? so. dah selesai cuci, sapu2 sikit. pastu bukak full no 5. tekan suiz. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... perhhhhhhhhghhhhh...
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...(nak lg sambung sendiri la).




SEJUK GILA BILIK AKU!!!




-credit untuk rumet dan tetamu istimewa,napi yg turut membantu-




p/s: cuci la sawang bilik korang tu, rasailah nikmatnya kipas yg baru lepas cuci. menyegarkan.. mendamaikan.. menggembirakan.. arhhh.. sedapnya. he he he.

Monday, May 24, 2010

Super Duper Excited 11


well, frankly speak I am pretty sad just now. keep waiting and waiting with no answer. maybe I should just forget it and start new dream with a new hope. and maybe there will be another good luck for me. really sad. [loser mode], insyaAllah.


..!!('c')!!..
v
../\..


what a day!

today is not my day, tomorrow, who knows?

~
P/s: hadi, please stay focus on your study. lot more to cover for tomorrow and the day after. to all, Do your Best in Exam! no cheating, God knows well. may God bless us always, amiin..

Sunday, May 23, 2010

Super Duper Excited

gambar lama. xda kaitan langsung dengan post!

I am waiting for something today. something big enough to consider a good luck for me. something that I want to share my happiness with you all. but not now, because I am still waiting. full of hope from me today.



All the best to me, insyaAllah.


\..('v')../
../\..






Saturday, May 22, 2010

Bahasa Cina

Salam
Selamat Sejahtera

Terima kasih la para pembaca sekalian, susah-susah baca entry-entry aku yang entah apa-apa ni. mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa hadi selalu sangat tulis blog sejak dua menjak ni kan. rasa pelik, apakah yg menyebabkan aku rajin sgt tulis blog. sampai kadang-kadang tu dua tiga post dalam sehari. gila hg, apa kejadah semua ni. waras x? Ya, mungkin soalan-soalan seperti itu selalu bermain dalam benak kepala otak anda. kan? okeh aku jawab.

jawapan skema buku tadika (aku kecik2 dulu xmasuk tadika pon, aku jeles kt org masuk tadika. sebab tu aku tulis mcm ni) -abaikan-

jawapan aku mudah saja. seperti yg korang tau, dalam hati aku ada taman. bila aku tulis blog, lampu2 dalam taman aku semua menyala. aku suka! ha ha ha..

param pam para.. kembali ke topic.

eik erk sun serk wuu liuk chi pak chiu see.. ini lah kisah ketika berada di Flextronics (M) Sdn Bhd.

banyak sgt cina kt peneng. aku perlu belajar bahasa cina. antara perkataan-perkataan yang diajar kpd aku semasa intern, maklum la dok kawan ngan technician cina. ni dia:

1) Nei ho mo? apa kabar
2) Ngo chong yi suka hati aku la
3) Nei Q mei meng? kamu nama apa?
4) Nei Sek pau mei? kamu da makan?
5) Nei ho leng kamu cantik
6) Ngo chong yi nei saya suka kamu
7) Ngo ho thongo saya sgt lapar
8) Chi sor tandas
9) Chow mat yeay? buat apa?


byk juga aku belajar. ada lg malas nak tulis. dalam masa aku dok blur2 belajar, diorang pon ajar aku perkataan-perkataan ni juga.

1) Lei chi pong ..ops..segan nak bgtau
2) Bo lampa ..ishh...kena bg tau ke?
3) keong kan ..arghh..oh, xperlu bgtau


haha.. ayat kt atas tu kotor sikit. depa kata, "awak kena blajar juga bnda kotor in case org dok kutuk2 kan, leh je gune untuk maki balik" depa kata, aku xkata. hehehe

pastu bila dah pandai sikit, aku pon cuba la susun ayat. lebih kurang macam kt bawah ni la eh..

chow mat yeay? nei tak han mou? ngotei hoi chi sor. Ngo you keong kan nei..

pastu suma org gelak2.. sampai satu level dengar diorang gelak.. pastu tepuk bahu aku kata, tahniah, awak dah berjaya! hahahahaha. best2, aku suka. :D

p/s: dont take to heart ok kpd sesiapa yg paham. huhu

Friday, May 21, 2010

Sekolah-Sekolah Tempat aku menuntut ilmu

Salam

Selamat Sejahtera

ni lah sekolah pertama aku kt dunia. sori la bro, aku kecik2 dulu bijak. sekarang pon bijak, cuma malaih. [kot] xpayah masuk tadika habaq hang. leceh semua tu, masuk terus darjah satu. hebat x? banyak pengalaman waktu di sek ren ni. pernah jadi penolong ketua pengawas, ketua pengakap, ketua rumah sukan, ketua2, player bola tampar player bola dan etc. wah..gila kuasa! wakaka. aku sayang sekolah ni. tempat jatuh lg dikenang, inikan pula tempat bermain, mengorat dan menimba ilmu.

sekolah menengah aku. sekolah ni pon aku sayang. kt sekolah ni lah aku blajaq kenai dunia. lepak ngan geng2 tuang klas, hisap rokok (aku x, tgk ja), geng2 hensem (hat mana rasa hensem tuk pikat awek). memang bes. p sekolah nek gerek @ nek bas. maklum la, jauh gak dari rumah aku. aku dah xjadi pengawas kt smj. kt sini budak2 bijak, so aku rajin la jugak blajar. semangat berkobaq2 disini..haha. aku join Kadet Remaja Sekolah (sgt aktivate, smpai hitam, dulu putih), masuk hutan join Kelab Alam Sekitar (aku pres.. hoho), pernah jadi ketua kelas. dan macam-macam lg. hidup bersukan cara hidup aku di sekolah ni. aku suka!



next, aku ke MRSM Pendang. masuk intake form4. ya, secara jujurnya, aku xsuka sgt hidup asrama. sangat bosan nak mampuih. terkongkong. hipokrit. jadi malas dan sebagainya. tp, dah lama2, boleh la aku adapt dengan suasana berasmara, eh berasrama. aku sangat tidak aktif bersukan waktu kt mrsm ni. waktu tgh taun, aku diserang kena sakit buah pinggang. masuk hospital sebulan, nasib bek, hidup lg sampai sekarang. haha. syukur2. aku xjoin banyak, jadi ketua kelas jap, dan cuma aktif dalam Kadet Polis dan PRS. kadet polis ahli biasa, PRS,president. gila kuasa! haahaha. blajaq punya belajaq tidoq punya tidoq, tub2.. dapat tawaran masuk UTP. dan disinilah aku sekarang, xsabaq menunggu hari Grad. yg sebenaq-benaqnya aku dah xsabaq nak lari dari sistem education buat sementara waktu. doa2kan lah aku. hehehe...

Sekian.







Rumet Buat Bangga

"lihatlah dunia... Bangga nya aku harini..haahahahahahahahahaha"kata anip didalam hatinya,
haha.. xda maknanya,

standard manusia biasa la cari alasan kan.
kekalahan aku kepada rumet harini mungkin disebabkan beberapa faktor dibawah:

1) kurang praktis
2) rabun
3) sakit tangan, tadi angkat dumbell
4) lupa skill
5) yg last dan yang xleh blah, aku saja bg dia menang., wahaha

bro cap ayam, lain kali kita fight lg ya. hhahaha..

p/s: korang ingat apa? kitaorng main PES 2010 lar..

Thursday, May 20, 2010

Suzuki FX125

mamat ni nama dia Farouk, single dan boleh berkenalan.. haha


moto ni moto abang aku.. aku yg bg eksiden sampai jd mcm ni.. ya lah, lutut aku pon barai.


ini meter moto farouk. dia pon pakai FX125


ini lah enjin DOHC system yg dipakai FX125


tgk!.. moto cross pon pakai enjin moto ni.. dasyat x?




FX125

mesti korang jarang nampak kan moto ni? ya, moto ni sangat rare.dalam 1000 biji moto, ada la sebiji fx125 ni berkeliaran kt ipoh. sangat rare kan? moto berteknologi jepun lama ini, memiliki DOHC system.yg mana kurang diketahui oleh sesetengah mat-mat rempit alaf baru ni.

memang lah, kalu pandang betul-betul, memang xcantik mana moto ni. tp nak bagitau pembaca sekalian, moto ni mempunyai teknologi kereta. ya, kereta!. sekarang kalau kamu-kamu semua dengar org sebut DOHC, mesti korang terbayang myvi, atau viva kan? sbb kereta tu mempunyai DOHC system. tp inilah yg nak aku bgtau, suzuki telah aplikasi teknologi DOHC ni kt moto kapchai ja.

aku malas nak hurai panjang2, dari segi performance, moto ni memang puas hati.memang sedap. tambah2, kalu yg dah upgrade ke cc150. memang berbaloi beli moto ni. serious! lg berbaloi dari pakai lc135.hoho..









p/s: sempat lg aku update blog kan? ish3..

Wednesday, May 19, 2010

Tuesday, May 18, 2010

Perkara-perkara yg aku teringin nak buat sekarang, tp xboleh

list aku:
bayar hutang!
berenang sambil ambil nafas
hilangkan jerawat
baiki moto aku dan naik laju- laju
konvoi moto
balik kampung
makan bersama geng2 E-G-18
kawin?

p/s: study hadi study!

Monday, May 17, 2010

Exam is back again

Salam
Good Morning

Huhu.
Today, I am going to take the first exam paper of this semester, which is Engineers in Society VAB4042. This subject is a reading subject which much related to the role of engineers in Malaysia. Therefore, I need a big space of memory for this exam. I hope I can do it. insyaAllah. wish me luck in the exam o' friends. thank you in advance.

p/s: I dont like study the law, make me really sick of this. :D

Sunday, May 16, 2010

Solat Qada' Adalah Hutang Yg Wajib Dibayar


Salam

setan: hg nganga mulut lueh sket, senang aku nak masuk.

suasana yg damai

Sudah brapa kali anda tinggal solat? mesti dah banyak kali kan? kalu begitu, sila baca penjelasan dibawah ni. sama2 kita amik iktibar, insyaAllah.

Solat Qada' adalah solat yg dekerjakan setelah terlepas dari tempoh waktunya. contoh mudah, hg solat subuh pukul 1 tghari. [hg melampau sgt ni farouk!. hoho]

oh ya.. ada info yg perlu ditambah! walaubagaimanapon, ada special case untuk solat subuh, sila baca komen. makasih~ [refer kpd ustaz juga diperlukan untuk pengesahan yg sangat sangat sah]





Hukum Qada' Solat

meninggalkan solat fardhu @ melengahkan tanpa uzur hingga keluar dari waktunya adalah berdosa besar, dan wajib bg org itu untuk qada' solatnya. http://soleh.net/

dosa itu tidaklah terhapus dgn qada' semata2, oleh itu hendaklah disertakan juga dengan bertaubat.


kalo tertidur @ terlupa ?

saya bukan ustaz ya, jgn expect lebih dari saya. ..\/. berdasarkan pemahaman dan sedikit kajian, ia dikatogorikan sebagai uzur, tetapi haruslah secara tidak sengaja. oleh itu, sunat disegerakan solatnya. http://soleh.net/


sekali lg perlu ditegaskan disini, aku bukan ustaz ya. tp dalam hati aku ada masjid. hehehe. mungkin ada sesetengah org rasa bnda ni small the pieces, tp bnda ni penting. berdosa besar bro kalu x buat. pikir2 la k. sama2 la kita renung2kan.

p/s: nama yg digunakan adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapapon.
anak matroof masuk belukar, amal makruf nahi mungkar

Saturday, May 15, 2010

Tanya Soalan

Salam
Salam Sejahtera


Trend baru skrg org ramai pakai formspring untuk tanya-tanya. jadi, aku pon dengan ini nak la jugak ada bendalah formspring ni. saja suka-suka xda keja + boring + xtau nak buat apa +malas study.mokalau ada orang curious mau tanya aku apa-apa kan. kot2 si penanya selama ni malu nak tanya depan-depan, tanya blakang-blakang pon bulih. xda masalah bg aku.

tp perlu juga aku tegaskan disini bahawa:

1) pertamanya, aku anggap orang yg tanya sebagai anynomous adalah seorang loser. sbb? takut nak hidup dlm reality. so, xtanya lg bagus

2) aku juga akan anggap soalan yg ditanya adalah ikhlas dari hati tuan yg bertanya dan tidak ada unsur niat jahat atau pengaruh rakan sebaya.


3) setiap soalan adalah bertujuan untuk mengenali diri aku dengan lebih mendalam dan bukan bermaksud hendak 'memaku' aku.


4) soalan-soalan yg berunsur terlalu peribadi mungkin tidak akan dijawab oleh aku.

Sekian,

http://www.formspring.me/idahludba

Friday, May 14, 2010

Fikirkan Boleh



hayati lah maksud lirik lagu ini, semoga dapat menaikkan semangat anda untuk study. :D


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kegagalan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau Boleh!!!



Boleh juga download lagu ini di 4shared.com menggunakan link ini :


Thursday, May 13, 2010

Rabiatul Adawiyah

Salam
Dan Selamat Sejahtera kpd yg sudi menjenguk blog aku.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah. amiin.

Kenai x dengan rabiatul adawiyah? ya.. ramai antara kita yg kenal siapa sebenarnya rabiatul adawiyah ni. dan ramai juga yg hanya kenal nama, termasuk lah aku juga. Rabiatul adawiyah yg aku maksudkan ni adalah seorang wanita yg dikatakan juga sebagai Wali Allah. Disebabkan aku agak kebosanan, dan dengan secara xsengaja tangan terasa ringan nak seach nama rabiatul adawiyah dekat google search, aku pon tersearch nama tersebut.

param pam para...

oh, rupa-rupa nya kisah rabiatul adawiyah sangat tidak banyak diinternet. setelah banyak link yg telah dibukak, kebanyakan ceritanya agak sama dan tidak ada asal usul yg jelas ttg rabiatul adawiyah yg diceritakan. agak sedih disitu kerana dalam usaha mengenali seorang wali Allah tidak kesampaian. namun that is ok. kerana ada juga input yg boleh diceduk dan nak dikongsi disini.

perenggan seterusnya...

kalu statistik aku xsilap, sekali lg, kalu xsilap aku la. dan kalu silap aku mohon maaf. ramai wanita yg bernama rabiatul adawiyah sekarang. rabiatul adawiyah binti husin, rabiatul adawiyah binti syukri. rabiyatul adawiyah biti taufiq, binti farouk, binti hafifi, binti imran, binti figo, binti haniff dan macam-macam lg. dan, mungkin lepas ni ada juga yg bernama rabiatul adamaya binti dato Z @ rabiatul amani Binti adam. huhu. itu hanya rekaan semata2, jgn marah aku, marahlah tangan aku yg gatai mengeksploitasi nama2 tersebut. oh menyimpang!. tetapi yg sebenarnya yg ingin dimaksudkan disini ialah, aku nak tegaskan disini nama bukan apa2 untuk dipandang tinggi. yg dipandang tinggi oleh Allah adalah keimanan dan ketaqwaan kpd-Nya dengan hati yg tulus ikhlas. xmengira lelaki atau wanita.

param pam para...

mengikut jalan cerita yg diceritakan oleh beberapa sumber di internet, rabiatul adawiyah merupakan wali Allah. seorang wali wanita yg hidup dizaman dulu(xdisebut dgn jelas dulu tu bila).
Ya, dia serikandi Islam. seorang yg kuat berzikir dan memohon petunjuk kpd Allah, yg mana memilih jalan sufi sebagai jalan hidupnya tatkala mendapat hidayah Tuhan. Dari cerita yg diceritakan, rabiatul adawiyah adalah seorang anak kepada seorang guru agama yg juga pengayuh sampan. nak dipendekkan cerita, rabiatul adawiyah seorang anak yg taat kpd ayahnya dan membantu ayahnya itu mengolect tambang sampan tersebut. diceritakan, rabiatul adawiyah juga mempunyai suara yg lunak dan sering menyanyi diatas sampan ketika ayahnya mendayung menghantar penumpang sampan mereka.

Setelah beberapa lama, ayah rabiatul adawiyah meninggal. dan rabiatul adawiyah tinggal lah seorang diri. namun, beliau masih meneruskan perkerjaan mendayung sampan itu. Satu ketika, suara rabiatul adawiyah telah didengari oleh seorang jejaka istana dan dia pun mengajak rabiatul adawiyah untuk dipersembahkan kpd raja. rabiatul adawiyah mengikut saja. dan ketika diistana, beliau menjadi dayang kpd raya yg mana terpaksa menyanyi lagu untuk menghiburkan hati raja yg tidak taat kpd Allah itu. dan dikatakan juga, beliau juga selaku penuang arak kpd raja terkutuk itu.

suatu hari, rabiatul adawiyah mendapat petunjuk dari Tuhannya. Dia insaf. dia tidak mahu lagi menuang arak. dia duduk dan berzikir. mengenangi dosa2nya itu, rabiatul adawiyah bertaubat kpd Allah dan memohon bantuan dari Allah. banyak juga dugaan yg menimpa dirinya ketika diri mahu berubah kejalan Allah. namun, dengan rakmat Allah, beliau terlepas dari gangguan2 terhadapnya.

Dipendek kan lg penceritaan, Beliau dilepaskan oleh raja tersebut pd suatu hari. mungkin juga raja itu sadis tgk beliau asyik berzikir sepanjang masa. dengan iman Adawiyah yg kuat itu, beliau keluar dari istana dan menjalani hidup sebagai seorang sufi. hidupnya sederhana, hidup dalam sebuah khemah. dulu waktu aku kecik, ada terdengar ura2 yg mengatakan rabiatul adawiyah boleh berjalan atas air tp xpasti kesahihannya.(wallahu Alam).

Berzikir, bermunajat kpd Allah menjadi jalan hidupnya. dia meninggal kan kemewahan istana kerana Allah. dan hidup atas jalan Allah menjadi jalan hidupnya. suatu hari, ada penyamun mau rompak sama dia. tp penyamun kecewa, xda apa2 pon dalam khemahnya itu. panas!, lalu penyamun itu mau bunuhnya, akan tetapi rabiatul adawiyah ni relek sahaja. dia berdoa lg kpd Allah supaya perompak itu diberikan rezeki. Ya, permintaan beliau dikabulkan Tuhan. satu kereta kuda yg sarat dengan muatan harta singgah didepan khemahnya dan deceritakan itu adalah hadiah ikhlas sumbangan raja kpd rabiatul adawiyah. dengan sifat xtamak harta kebendaan dunia, dia menyerahkan semua harta itu kpd perompak tersebut..

itu lah sedikit kisah rabiatul adawiyah, seorang wali Allah. dan sejauh mana kesahihan cerita ini aku belum dapat pastikan. tp yg pasti iman yg ada di dalam hati wanita ini haruslah dicontohi. marilah perbaiki kelemahan diri kita. renungkan lah, seorang wanita yg telah terjerumus ke lembah maksiat, namun berjaya pulang kepangkal jalan. apakah kekuatan yg beliau dapat?

bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. fikir2kan lah.. moga2 kisah ini jadi iktibar kpd kita semua, insyaAllah.

References:

http://www.ehoza.com/
http://blogs.myspace.com/
http://www.al-amin.edu.my/

Monday, May 10, 2010

luahan hati seorang orang tua..





First, I was dying to finish up my high school and start college
and then i was dying to finish college and start working (Here I am.. hoho)
then I was dying to marry and have children
and then I was dying for my chieldren
to grow old enough
so I could go back to work
but then I was dying to retire
and noe I am dying...
and suddenly I realized
i Forgot to live


Please don't let this happen to you
Appreciate your current situation
and enjoy each day
...old friend


"To make money we lose our health,
and to restore our health we lose our money...
we live as if we are never going to die,
and we die as if we never lived..."

Sunday, May 9, 2010

Live our Life To THe Fullest







Salam
Good Morning,
Do take your breakfast before read my entry, insyaAllah..

First of all, I would like to wish happy mother's day to my caring mother, Madam Rosidah Bt Mat, And also to all woman that have been called mother. Dear my only mother, my great debt to you can never be paid. love you so much and thank you for all that you have done to me since all this time. you are one of the greatest creation on this world. may god bless you always and live happily all the time. LIVE LIFE HAPPILY, insyaAllah.

Saturday, May 8, 2010