nuffnang

Sunday, October 31, 2010

Sedikit masa, dan sedikit kesabaran

sikit saja lagi wahai hadi, jadi anda perlu bersabar.

sabar itu kan separuh dari iman. jadi anda perlu bersabar.
persetankan segala setan, persetankan!
kerana syaitan itu memang kerjanya mengganggu orang-orang yang sabar.

nafsu kearah negative itu tiada gunanya. jadi anda perlu bersabar.
persetankan segala nafsu, persetankan!
kerana nafsu itu kan selalu merosakkan.

persetankan!

P/s: nikmat yang Allah beri dah banyak sebenarnya. cuma kita saja yang tak tahu bersyukur. bila ditimpa musibah baru kita nak mengeluh, insaf dan sebagainya. astagfirullahal azim.


Wednesday, October 27, 2010

Pendekar Lebuh Raya

Salam


Aku rasa blog aku sekarang ni macam dah banyak campur adukkan entri sampai aku sendiri rasa pening. Sekejap aku buat entri tentang ilmu agama, sekejap entri emo, sekejap entri pasal moto (bukan sekejap aku rasa, hahaha). So, disini aku nak warwarwarkan kepada peminat-peminat moto seperti aku, kalau ada lah kat sini. Anda dijemput la kunjung blog aku tu. Dan aku juga berharap dapatlah berkongsi hal-hal moto dengan peminat-peminat moto sekalian. Jika aku ada ilmu, insyaAllah aku akan kongsikan disana.

P/s: Gempak tak nama blog baru gua? ngeh3

Monday, October 25, 2010

Hari ini baru tau

tiap-tiap hari gua pandang muka dia
tiap-tiap hari gua lepak dengan dia
tiap-tiap hari gua tidur sebelah katil dia

tapi hari ni baru gua tau,

dia adalah samseng UTP
alamak, mana gua nak tidor malam ni?
aihss.. cuak kot! hoho

P/s: dia adalah romate gua. macam mana mau lari? hahaha.

Saturday, October 23, 2010

Cameron terbaeekk!!!






Konvoi UTP-Cameron Highland 2010 mencatat bilangan seramai 42 biji moto terdiri dari 24 biji moto dari pelajar UTP serta 18 biji moto dari kelab Y135C telah berlansung dengan jayanya kelmarin. Tahniah kepada semua rider dari utp mahupun Y135 kerana menjadikan konvoi kelmarin sebagai suatu konvoi yang menghiburkan dan selamat. Ini yang kita mau sebenarnya, enjoy dan selamat!


Walaubagaimanapon, malang nampaknya memang sukar untuk dihidu dan dibau, begitu juga dengan lumpur(?), memang sukar dibau. hehe. salah seorang rakan telah overshoot semasa mengambil satu selekoh tajam lalu terjunam kedalam parit bersama motonya. tp Alhamdulillah semuanya selamat, rider tidak mengalami kecederaan serious cuma ada luka sikit-sikit saja, begitu juga motonya. bro layan corner kuat sangat eh?, tau la moto bro power slow2 sudeh(?) :D

dibawah adalah gambar-gambar kitaorang(random)



























P/s 1: terbaekk la kawan2. nanti ada masa kita repeat lg tp tobat dah xmo naik ex5. :D

P/s 2: Gua xpernah sangka EX5 gua boleh ikut blakang marshall(rossi), rossi slow ke gua yg laju? hehehe.

P/s 3: Mana p Lorenzo yang naik LC 135 tu? ka gua da tapaw jugak? Kekekekeke~

Friday, October 22, 2010

Post 161: Barang Orang Mampukah jadi Hak Milik Kita

Salam Semua

Entri ini akan menyentuh tentang hukum, mungkin juga bukan hukum, atau kata yang lebih tepat ialah panduan apabila mahu mengambil harta orang lain, yakni bukan harta sendiri yang mana tuan asal itu tidaklah diketahui latar belakangnya. aih.. skemanya ayat. xtau macam mana nak simplified ayat aku kt atas ni bg korang mudah paham. hm.. harap2 korang paham lah ya. :D

Soalan:

Jika saya terjumpa barang orang, umpamanya duit $50.00 dan menjadi sulit untuk memulangkan kepada pemiliknya, adakah boleh saya masukkan saja ke dalam tabung sedekah untuk anak-anak yatim di masjid atau bagaimana?

Bagaimana pula dengan masalah jika kita terjumpa dengan barang makanan umpamanya lima kati ikan?



Jawapan:

Sunat memungut barang cicir itu bagi orang yang ada amanah pada dirinya, pada menyelesaikan barang-barang cicir itu, dan tiada sunat bagi orang yang tiada percaya amanah dirinya, pada memungut barang cicir itu, dan boleh ia pungut menurut al-ashah dan haram memungut barang cicir itu jika ia ketahui dirinya khianat pada barang cicir itu, dan makruh bagi orang fâsiq memungut barang cicir itu tujuan memiliki akannya, dan haram baginya tujuan memelihara barang cicir itu.

Orang fâsiq itu seperti Orang meninggalkan sembahyang atau mencuaikan sembahyang, puasa, zakat, zakat fitrah, haji dan umrah. Orang melanggar larangan Allah, menipu daya, berzina, minum arak, berjudi, rasuah, pecah amanah, bohong, riba, bermuka-muka, tiada ikhlas semata-mata kerana Allah, bergaduh, bersengketa dengan orang Islam, tiada memberi sara hidup kepada isteri, kepada anak-anak, tiada mengajarkan mereka akan fardhu ‘ain, sembahyang dan puasa dan lain. Derhaka kepada ibu bapa, sakit hati dan dengki hasad kepada orang Islam.

Apabila dipungut barang cicir itu dari tempat cicir di jalan raya, di padang raya, di tempat awam seperti di pasar atau perhentian bas, atau kawasan kapal, maka wajib bagi orang yang memungut itu memberitahu orang ramai akan barang cicir dalam tempoh setahun. Setelah ia ambil keterangan darihal barang-barang itu, di tempat-tempat perhimpunan orang ramai seperti di masjid-masjid dan di pasar-pasar, jika ada tuan punya, maka tuan punya terima barangnya. Jika tiada siapa mengaku akan barangnya, maka orang yang memungut itu memiliki barang itu dengan lafaz ia kata saya memiliki barang itu, dan jika ia suka ia jual barang itu dan simpan harganya, maka pada $50.00 (lima puluh ringgit) itu jika ia pungut dan hendak menyelesaikan perkara wang yang tersebut maka ia buat bagaimana tersebut di atas ini.

Jika tercicir di jalan raya, atau di pasar atau di padang raya dan seumpamanya akan barang seperti ikan, daging, buah-buahan, kuih dan makanan, maka pemungut itu pilih di antara ia makan barang itu sebagai miliknya dan ia ganti harga barang itu, atau ia jual barang itu dan ia beritahu orang ramai setelah ia jual barang itu supaya ia miliki barang itu.

Jika ada tuan punya barang itu, maka ia serahkan harga ganti rugi barang itu kiranya ia makan barang itu, atau ia serahkan harga barang itu kiranya ia jual barang itu.

Maka ikan 5 kati itu jika ia pungut dan hendak selesaikan perkara ikan itu maka ia buat bagaimana tersebut di atas ini kerana ikan daripada barang yang lekas rosak dan binasa.

Dalam perkara memberitahu orang ramai dalam perkara ia makan barang cicir seperti ikan, ada dua wajah, maka yang lebih ashah dari dua wajah itu maka wajib diberitahu kepada ramai jika dipungut barang cicir di dalam tempat yang ada orang-orang diam dan tinggal di situ, jika dipungut di tempat tiada orang tinggal di situ, maka kata Imam Al-Haramain tiada wajib diberitahu kepada orang ramai kerana tiada faedah berbuat begitu.

Jika ia dapat di rumahnya umpama kiranya 50 sen, dan ia mengharuskan orang-orang masuk di rumahnya yang tercicir kira-kira 50 sen itu, maka ia beritahu mereka seperti hukum barang-barang cicir bagaimana kata Al-Imam Al-Qaffal.

Diberitahu orang ramai akan barang cicir yang tiada berharga yakni sedikit nilainya yang biasa orang hiraukan dia.

Kata qîl yang sedikit nilainya itu seperti satu derham kira-kira 50 sen (lima puluh sen), maka diberitahu akan dia pada suatu masa yang biasa orang tiada hiraukan dia dan masa itu terpulang pada keadaan harta itu, maka satu daniq perak kira-kira 10 sen (sepuluh sen) diberitahu dengan dalam sedikit masa yang segera dan satu daniq emas dalam masa tiga hari. Satu daniq itu 1/6 (satu perenam) derham.

Adapun barang-barang yang binasa tiada dihiraukan dia seperti sebiji kismis maka orang yang memungut akannya, bersendiri dengannya dengan tiada diberitahu akan orang ramai.


lni semuanya diambil dan difahamkan dari kitab Al-Minhâj, Hâsyiah Al-Baijuri dan Us’ad Ar-Râfiq dan lain.


Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1989

P/s: Semoga ianya dapat membantu anda menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam diri anda itu. Sekian wassalam.

Thursday, October 21, 2010

Pre-EDX 2010

Pre-Engineering Design Exibition (EDX) 2010 adalah sesi poster presentation untuk budak-budak Final Year Project II yang di'organize' oleh 'komiti' EDX. Poster presentation ini menyumbang 5 peratus daripada jumlah keseluruhan gred untuk FYP II project. Gua xmau cakap banyak, ini lah muka-muka kitaorg selepas presentation poster tersebut.

So apa macam? nampak ceria ka xceria? hahaha.



Monday, October 18, 2010

Cameron Lagi

Salam

ehem2..

Sedang orang lain sibuk menyiapkan saki baki asignment, project, lab report, study dan bla3 berkaitan dengan pelajaran, aku masih sempat lg mengupdate blog. kental x? aku mmg kental. yeah!

Sepatutnya entri ini ditulis pada lewat 2009

Kemalangan yg melibatkan aku sendiri pada awal 2009 telah memberi impak besar dalam hidup aku dari segi rohani dan jasmani sebagai seorang rider berjiwa kering menjadi seorang rider yg berhemah dan beringat ketika menunggang motosikal. Hmm.. kemalangan yg telah sedikit sebanyak mengubah diri aku yg dulu menjadi diri aku yg kini, yang mana hanya rakan-rakan rider terdekat saja yg boleh nampak perbezaannya. Ya, memang ada beza kalau anda betul-betul seorang observer wahai rakan. kemalangan yg memberi seribu satu kenangan manis dan juga pahit. Pengalaman masuk bilik bedah sudah cukup untuk membuatkan aku rasa getar lutut untuk masuk hospital lg. Terima kasih aku ucapkan kpd beliau yg telah memberi aku kekuatan untuk bertahan diambang diserang kesakitan yg amat. trima kasih. oh, tidak lupa juga kpd rakan-rakan yg bersama-sama aku waktu aku susah. walaupon aku xtulis nama korang disini, tapi aku dah catit nama-nama korang dalam hati aku. aku amat hargai dan ucapan terima kasih yg xterhingga. aku akan ingat itu selamanya. terima kasih sekali lg.



Teringat kisah kali pertama naik cameron highland bersama rakan-rakan pada awal 2009 yg lalu, bertapa kering dan kentalnya semangat aku untuk folo rakan-rakan ke sana yg mana pada waktu itu keadaan aku adalah dalam serba-serbi daif. mana tidaknya, moto masih dalam keadaan barai , dan aku sendiri pon masih dalam keadaan barai sbb belum sempat recover dari kemalangan. Tp disebabkan kekentalan hati dan juga semangat sebagai seorang rider sejati, aku berjaya sampai ke cameron. yeah!








Hari sabtu ni aku akan konvoi naik cameron lg. aku harap dengan konvoi kali ini akan dapat sedikit sebanyak merakamkan kenangan dan memori manis bersama rakan-rakan mungkin untuk kali terakhir sebelum menjejakkan kaki keluar dari UTP yg dicintai(?). :D

P/s: ayuh rider2 sekalian, kita gempur lg cameran. kaman bebeyh~


Friday, October 15, 2010

Isu panaih

Entri ni aku tatau nak tuju kt sapa. ada sangkut paut sikit tentang isu pelajar toronto tempoh hari. lu xmau baca, lu boleh blah. sikit pon xheran. maaf kasaq sikit naa, bukan salah lu yg baca, bukan2. ni pasai kipaih bilik aku jadi panas nak mampuih. haih.

Yg sebenaq-benaqnya, aku ni xsuka baca surat khabaq pon. Ya aku bukan jenis yg suka baca surat kabaq pon, harap maklum. napa xpueh hati? kalu aku belek surat khabar tu ada dua sebab saja, satu sbb aku tertarik dengan gambaq cantik menarik memang the bomb atau satu lagi sebab aku bosan tahap gampang. Tp disebabkan ramai sangat makluk di UTP yg menyibukkan diri untuk mengulas berita panas nehh, aku pon nak join skaki menyebok. aku cuba selidik sikit la menatang apa yang depa dok gebang sakan tu. awat sampai depa kalut sangat dok crita sana sini pom pang pom pang sampai aku cemuih dengaq hari hari depa dok crita siap maki-maki. haih, pelajar UTP hampa ni kan. aku nak ulaih panjang-panjang pon aku pon xtau hujung pangkai sangat apa jadik. jadi selepas apa yg aku baca, aku teliti, aku kaji (pergh aku tipu), aku rasa, aku psikik, aku tilik, aku jampi, haa.. ni dia aku buat sedikit kesimpulan baq hang. hat mana tak kena hampa boleh tegurq direct, aku xdak hal punya lah.

antara kesimpulan yg boleh dibuat ialah:

1) Hang berani buat, hang berani tanggung, tp hang bukan besi berani.
2) Masakan pokok bergoyang kalu xdak angin. erm.. boleh kalo ada org goncang. org goncang?
3) Berani kerana benaq, takut kerana salah. pikiaq sendiri hat mana ada otak pandai.
4) Sepandai-pandai tupai melompat, tertomoih jugak ke tanah.
5) Siapa yang makan cili, telinga dia yang bedesing. hidung keluaq hinguih. eyeerrkk.
6) Kerana nila setitik, rosak susu satu UTP. hat ni yg kita xmau.
7) Bagaikan meludah ke langit, akhirnya jatuh tertelan kembali. iyeerrkk!
8) Mula-mula menipu, lama-lama mencurik. erk! maaf, xda kaitan.
9) Lu pikir la senirik, lu ada otak pandai.


P/s: Ini satu lagi aku nak pesan. nak dengaq xmau dengaq itu lu punya suka. aku xda hal. lu kalo ada hupload gambaq gampang dlm facebook atau kat mana-mana celah lu hupload kt intenet tu, lu buat privacy larr.. lu tunjuk semua orang buat apa? lu tunjuk gambaq gambang lu merata-rata lu pikiaq dosa sama la pandaiii.

Thursday, October 14, 2010

Selamat Hari Jumaat


terima kasih ya Allah kerana temukan aku sekali lagi dengan jumaatMU
terima kasih ya Allah kerana masih berikan aku peluang untuk menghirup udaraMU
terima kasih ya Allah kerana masih memberi nikmat-nikmatMU
terima kasih ya Allah kerana berikan aku kesempatan lg untuk memohon ampun padaMU
terima kasih ya Allah atas segalanya

Selamat Hari Jumaat


Tuesday, October 12, 2010

serabut

kepala gua bersepah dengan macam-macam sampah!
gua kena kerja keras mau bersihkan kepala gua sekarang juga
kalau tidak gua tidoq nanti dengan bau busuk
mana boleh tidoq dengan bau busuk, gua mesti kerja keras. yeah!


Saturday, October 9, 2010

13.10.1982


Salam

Satu dunia hari ni sure tgh heboh-heboh pasal tarikh hari ni 10.10.10. Ada yg rasa tarikh hari ni sgt semat smpai nak bunuh diri. Phew..haih sila jangan!. Ada yg rasa tarikh hari ni sgt baik dan ada fengshui untuk menambah kekayaan lalu pegi jumpa bomoh kt Tanjung Rambutan. Mesti ada. Ada yg nak mungkin first time declare couple, ada yg first time buat project haram (Astaqfirullah), ada yg pergi bercuti ngan isteri kt bali tinggal anak-anak, ada yg pegi cuti-cuti malaysia, ada yg duk tidoq xbangun2 lg subuh pon x pon mesti ada, ada yg sambut busday dan sebagainya. Walau apa pon yg anda semua lakukan itu, aku harap ianya diredhai Allah SWT, insyaAllah.

Okeh, kepada mat-mat isap rokok diluar sana apakata kita berazam untuk berhenti rokok. Amacam? Ada bran? Mari-mari hari macam ni la yg baik untuk berazam dan bertindak baru gempak ya? Lgpon rokok ni xbaik untuk kesihatan. :). Mana org kementerian kesihatan? bg la hadiah sikit aku dah tolong kempen ni.. haih haha.

okeh, kepada mat-mat rempit di luar sana, cuba berazam lebih tinggi sikit, nak jadi rossi x?
xkan nak jadi rempit sejati sampai mati, apa kejadah nya ini. Kalu masuk rancangan tv3 999 pon org xpandang lu bro, org maki!! haha haih.


Ini kakak aku nombor 2, Rosshihah Saaidin

(aku panggil kakcik dan dia tgh pregnant anak pertama, sila ucap tahniah kpd beliau!)


okeh, kepada Kakcik, selamat hari lahir in advance (13.10.1982), semoga panjang umur, bahagia disamping suami tercinta, dimurahkan rezeki, sihat dan ceria-ceria selalu, serta diberkati Allah sentiasa didalam kehidupan. Tahniah untuk baby yg pertama ni, jaga makan sama okeh.

P/s: Wahh, ahli keturunan keluarga aku semakin bertambah Alhamdulillah.

Wednesday, October 6, 2010

Yamaha Rider Is Idle



This picture has been taken in 2008
seriously, every time when I starring at this pic, its reminds me a lot.
remembering all those good memories of riding my bike,
~TZM150~
now Im just Idle
::
for some time
::

P/s: gambar rider sila abaikan.. ha ha ha!
::Once be a rider, always a rider::

Monday, October 4, 2010

Angkara terlajak tidur

Skrg pukul 10.17am dan gua baru bangun. Sebenarnya ada siaran langsung sedang berlansung secara live di blog 21 waktu ni dan saat ni! demss.. gua da miss dekat 20 minit. Oh gua baru perasan, gua da miss dua siaran langsung pagi ni, satu ceramah agama kt poket D yg mmg gua saja-saja malas nak tonton, dan satu lg yg berlansung sekarang ni, cerita hindustan. Dah xsempat da gua rasa nak pi tgk ni, kan? kul 11 japgi gua ingat nak pi tgk wayang kt building 22, tu pon gua kena tgk dulu kalu-kalu gua rajin. haih.. hidup pemalas mcm ni la, xtentu hala. sapa mau pelempang gua?? gua bg chance 2 minit. cepat la gua bagi chance lu boleh buat lambat2.

P/s: sesekali cakap gua2, rasa gangstar pulak. haha. lu x puas hati? apa lu kesah?? ada gua kesah?? gua punya entry gua punya suka la! lu baca gua xcas tol pon. -maaf melalut- :D

Sunday, October 3, 2010

Just to Share

"Love blinds us to faults, but hatred blinds us to virtues"

Saturday, October 2, 2010

~Selamat Menyambut Hari Lahir Haniff Hasan~

Salam Wbt

Hari ini adalah hari lahir roomate aku, Haniff Bin Hasan. Dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana secara sedar mahupun tidak sedar, beliau sudah banyak membantu aku selama ini. Beliau xpernah berkira duit kupang, xpernah mengeluh penat membantu, xpernah buat taik yg teruk2 kt aku (kalu ad pon sekali dua ja kot. haha) dan yg paling penting beliau 'tidak pernah kata tidak'. hahahahaha...

Anip, aku tau hg mesti baca blog aku ni. Sori la aku xwish smalam. aku lupa. huhu. jangan marah noo, nasib baik EN Facebook tolong ingatkan. :D

Anip, sekali lagi terima kasih atas segalanya. Aku mintak maap dari ujung rambut sampai ujung kuku if aku ada buat salah sepanjang perkenalan kita sejak dari foundation. Sudah hampir lima taun kita berkawan, sudah banyak pahit maung kita bersama. AKu harap aku xnyanyok sampai mati untuk simpan semua memori yg kita ada. heheh. Satu ja pesan aku anip oi, tolong la jgn 'play play' lg, cubalah setia ok. :D

Aku doakan smoga hg success dalam hidup, murah rezki, hepi, sihat, bijak, hensem sampai mati, dan tidak lupa juga supaya sentiasa dirahmati dan diredhai Allah dalam kehidupanmu insyaAllah. amiin.




Akhir kata dari aku wahai sahabat,

~Selamat Hari Lahir Haniff Hasan yg ke-22~










Friday, October 1, 2010

Mainan orang dewasa




Dem! Calaaaaqqqq~


haih cam, apa la nasib hg esok. humm(?)


P/s: mintak maaf warga V5F ground floor, tumpang parking sat saja. bau minyak sikit xpa kot noo.. huhu.