Salam Semua
Entri ini akan menyentuh tentang hukum, mungkin juga bukan hukum, atau kata yang lebih tepat ialah panduan apabila mahu mengambil harta orang lain, yakni bukan harta sendiri yang mana tuan asal itu tidaklah diketahui latar belakangnya. aih.. skemanya ayat. xtau macam mana nak simplified ayat aku kt atas ni bg korang mudah paham. hm.. harap2 korang paham lah ya. :D
Soalan:
Jika saya terjumpa barang orang, umpamanya duit $50.00 dan menjadi sulit untuk memulangkan kepada pemiliknya, adakah boleh saya masukkan saja ke dalam tabung sedekah untuk anak-anak yatim di masjid atau bagaimana?
Bagaimana pula dengan masalah jika kita terjumpa dengan barang makanan umpamanya lima kati ikan?
Jawapan:
Sunat memungut barang cicir itu bagi orang yang ada amanah pada dirinya, pada menyelesaikan barang-barang cicir itu, dan tiada sunat bagi orang yang tiada percaya amanah dirinya, pada memungut barang cicir itu, dan boleh ia pungut menurut al-ashah dan haram memungut barang cicir itu jika ia ketahui dirinya khianat pada barang cicir itu, dan makruh bagi orang fâsiq memungut barang cicir itu tujuan memiliki akannya, dan haram baginya tujuan memelihara barang cicir itu.
Orang fâsiq itu seperti Orang meninggalkan sembahyang atau mencuaikan sembahyang, puasa, zakat, zakat fitrah, haji dan umrah. Orang melanggar larangan Allah, menipu daya, berzina, minum arak, berjudi, rasuah, pecah amanah, bohong, riba, bermuka-muka, tiada ikhlas semata-mata kerana Allah, bergaduh, bersengketa dengan orang Islam, tiada memberi sara hidup kepada isteri, kepada anak-anak, tiada mengajarkan mereka akan fardhu ‘ain, sembahyang dan puasa dan lain. Derhaka kepada ibu bapa, sakit hati dan dengki hasad kepada orang Islam.
Apabila dipungut barang cicir itu dari tempat cicir di jalan raya, di padang raya, di tempat awam seperti di pasar atau perhentian bas, atau kawasan kapal, maka wajib bagi orang yang memungut itu memberitahu orang ramai akan barang cicir dalam tempoh setahun. Setelah ia ambil keterangan darihal barang-barang itu, di tempat-tempat perhimpunan orang ramai seperti di masjid-masjid dan di pasar-pasar, jika ada tuan punya, maka tuan punya terima barangnya. Jika tiada siapa mengaku akan barangnya, maka orang yang memungut itu memiliki barang itu dengan lafaz ia kata saya memiliki barang itu, dan jika ia suka ia jual barang itu dan simpan harganya, maka pada $50.00 (lima puluh ringgit) itu jika ia pungut dan hendak menyelesaikan perkara wang yang tersebut maka ia buat bagaimana tersebut di atas ini.
Jika tercicir di jalan raya, atau di pasar atau di padang raya dan seumpamanya akan barang seperti ikan, daging, buah-buahan, kuih dan makanan, maka pemungut itu pilih di antara ia makan barang itu sebagai miliknya dan ia ganti harga barang itu, atau ia jual barang itu dan ia beritahu orang ramai setelah ia jual barang itu supaya ia miliki barang itu.
Jika ada tuan punya barang itu, maka ia serahkan harga ganti rugi barang itu kiranya ia makan barang itu, atau ia serahkan harga barang itu kiranya ia jual barang itu.
Maka ikan 5 kati itu jika ia pungut dan hendak selesaikan perkara ikan itu maka ia buat bagaimana tersebut di atas ini kerana ikan daripada barang yang lekas rosak dan binasa.
Dalam perkara memberitahu orang ramai dalam perkara ia makan barang cicir seperti ikan, ada dua wajah, maka yang lebih ashah dari dua wajah itu maka wajib diberitahu kepada ramai jika dipungut barang cicir di dalam tempat yang ada orang-orang diam dan tinggal di situ, jika dipungut di tempat tiada orang tinggal di situ, maka kata Imam Al-Haramain tiada wajib diberitahu kepada orang ramai kerana tiada faedah berbuat begitu.
Jika ia dapat di rumahnya umpama kiranya 50 sen, dan ia mengharuskan orang-orang masuk di rumahnya yang tercicir kira-kira 50 sen itu, maka ia beritahu mereka seperti hukum barang-barang cicir bagaimana kata Al-Imam Al-Qaffal.
Diberitahu orang ramai akan barang cicir yang tiada berharga yakni sedikit nilainya yang biasa orang hiraukan dia.
Kata qîl yang sedikit nilainya itu seperti satu derham kira-kira 50 sen (lima puluh sen), maka diberitahu akan dia pada suatu masa yang biasa orang tiada hiraukan dia dan masa itu terpulang pada keadaan harta itu, maka satu daniq perak kira-kira 10 sen (sepuluh sen) diberitahu dengan dalam sedikit masa yang segera dan satu daniq emas dalam masa tiga hari. Satu daniq itu 1/6 (satu perenam) derham.
Adapun barang-barang yang binasa tiada dihiraukan dia seperti sebiji kismis maka orang yang memungut akannya, bersendiri dengannya dengan tiada diberitahu akan orang ramai.
lni semuanya diambil dan difahamkan dari kitab Al-Minhâj, Hâsyiah Al-Baijuri dan Us’ad Ar-Râfiq dan lain.
Negara asal : Brunei darussalam
Negeri : Brunei
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam
Penulis/Ulama : Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dan ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned
Tarikh Diisu : 1989
P/s: Semoga ianya dapat membantu anda menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam diri anda itu. Sekian wassalam.
2 comments:
dulu aku tanya cikgu aku.. die cakap tunggu 3 ari.. kalu xde orang tuntut.. so aku leh amek.. hahaha.. leh x camtu? aku x bape faham sgt ar
haha. ya2 ada certain cases 3 hari, ada certain cases amik masa yg lama. sila baca kembali entri ini kalu rajin. :D :D
Post a Comment