nuffnang

Saturday, May 29, 2010

Sedikit Peringatan Kpd Gadis2..

Salam
Selamat Sejahtera

mudah untuk menjadi seorang gadis, tp bukan mudah nak jadi seorang gadis yang muslimah dalam dunia serba moden sekarang ni. Ya, agak sukar. jika aku dijadikan sebagai seorang gadis pon belum tentu aku dapat menjadi muslimah sejati. jujurnya, aku sangat kagum dengan gadis-gadis diluar sana yang pandai menjaga diri sebagai seorang muslimah. tahniah!.. tabik spring* toing3*


"Wanita, apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas Bin Malik)


"Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar, maka mendongaklah syaitan memandang akan dia." (Riwayat Tarmizi)


"Dinikahi wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah." (Riwayat Bukhari)


"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)


"Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (memohon maaf)." (Riwayat Hassan)


"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)


"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)


"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja Pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Syurga itu terletak dibawah kaki ibu." (Riwayat Imam Ahmad)


"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."

(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)


"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk dia ke dalam syurga." (Riwayat Tarmizi)


~semoga jadi renungan gadis-gadis semua, insyaAllah~
untuk kebaikan bersama


No comments: