nuffnang

Thursday, May 6, 2010

Madu Lebah

Salam
Sejahtera Semua
Salam Kesihatan dan Keceriaan
Salam Kebahgiaan dan keharmonian
moga2 kita sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT dalam kehidupan kita seharian
insyaAllah.. amiin.

hari ni nak cerita sikit lah ttg khasiat madu lebah
mungkin ada sesetengah dari kita xtau ttg khasiat madu lebah ni..
cuba kita lihat maksud ayat Al-Quran kt bawah ni:


Firman Allah dalam surah an-Nahl(ayat 69):

''Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan TUhanmu yg telah dipermudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yg bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yg memikirkan [69]''

Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda:

"Ambillah dan pergunakan lah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran"
(hadis riwayat ibnu Majah)

okeh, dua ayat kt atas ni jelas dan terang bgtau kita yg madu lebah ni sebenarnya adalah ubat yg mujarab. bukan saja ubat bg masalah fizikal sahaja, namun juga sebagai ubat kerohanian.


hari ni ada beli madu jenama NAQIA. hehehe. beli kt farmasi, :D
Harganya RM 15, aku beli kt Farmasi taman maju(Tronoh, Perak).
berat bersih 350 gram.

dibawah adalah khasiat madu yg dinyatakan kt botoi madu NAQIA ni:
1)membuang lendir2 dalam saluran pernafasan
2)menguatkan sendi dan tulang
3)membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yg terkumpul
4)menguatkan antibody tubuh
5)mengawal jangkitan bakteria
6)menajamkan kekuatan minda
7)menguatkan rohani
8)membersihkan darah
9)memulihkan gangguan dan tekanan perasaan
10)ikhtiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh

dan dibawah ni adalah cara2 menggunakannya:
1)Selawat, bismillah dan doa
2)Minum satu sudu besar setiap hari, 3 kali iaitu selepas bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur malam.
3)boleh diminum terus dan diikuti dengan secawan air
4)boleh dicampurkan dengan air jus @ air yg berkhasiat.

p/s: mari mengamalkan madu lebah dalam kehidupan. Semoga kesihatan bersama kita, insyaAllah. amiin..

No comments: