Salam
Dan Selamat Sejahtera kpd yg sudi menjenguk blog aku.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah. amiin.
Kenai x dengan rabiatul adawiyah? ya.. ramai antara kita yg kenal siapa sebenarnya rabiatul adawiyah ni. dan ramai juga yg hanya kenal nama, termasuk lah aku juga. Rabiatul adawiyah yg aku maksudkan ni adalah seorang wanita yg dikatakan juga sebagai Wali Allah. Disebabkan aku agak kebosanan, dan dengan secara xsengaja tangan terasa ringan nak seach nama rabiatul adawiyah dekat google search, aku pon tersearch nama tersebut.
param pam para...
oh, rupa-rupa nya kisah rabiatul adawiyah sangat tidak banyak diinternet. setelah banyak link yg telah dibukak, kebanyakan ceritanya agak sama dan tidak ada asal usul yg jelas ttg rabiatul adawiyah yg diceritakan. agak sedih disitu kerana dalam usaha mengenali seorang wali Allah tidak kesampaian. namun that is ok. kerana ada juga input yg boleh diceduk dan nak dikongsi disini.
perenggan seterusnya...
kalu statistik aku xsilap, sekali lg, kalu xsilap aku la. dan kalu silap aku mohon maaf. ramai wanita yg bernama rabiatul adawiyah sekarang. rabiatul adawiyah binti husin, rabiatul adawiyah binti syukri. rabiyatul adawiyah biti taufiq, binti farouk, binti hafifi, binti imran, binti figo, binti haniff dan macam-macam lg. dan, mungkin lepas ni ada juga yg bernama rabiatul adamaya binti dato Z @ rabiatul amani Binti adam. huhu. itu hanya rekaan semata2, jgn marah aku, marahlah tangan aku yg gatai mengeksploitasi nama2 tersebut. oh menyimpang!. tetapi yg sebenarnya yg ingin dimaksudkan disini ialah, aku nak tegaskan disini nama bukan apa2 untuk dipandang tinggi. yg dipandang tinggi oleh Allah adalah keimanan dan ketaqwaan kpd-Nya dengan hati yg tulus ikhlas. xmengira lelaki atau wanita.
param pam para...
mengikut jalan cerita yg diceritakan oleh beberapa sumber di internet, rabiatul adawiyah merupakan wali Allah. seorang wali wanita yg hidup dizaman dulu(xdisebut dgn jelas dulu tu bila).
Ya, dia serikandi Islam. seorang yg kuat berzikir dan memohon petunjuk kpd Allah, yg mana memilih jalan sufi sebagai jalan hidupnya tatkala mendapat hidayah Tuhan. Dari cerita yg diceritakan, rabiatul adawiyah adalah seorang anak kepada seorang guru agama yg juga pengayuh sampan. nak dipendekkan cerita, rabiatul adawiyah seorang anak yg taat kpd ayahnya dan membantu ayahnya itu mengolect tambang sampan tersebut. diceritakan, rabiatul adawiyah juga mempunyai suara yg lunak dan sering menyanyi diatas sampan ketika ayahnya mendayung menghantar penumpang sampan mereka.
Setelah beberapa lama, ayah rabiatul adawiyah meninggal. dan rabiatul adawiyah tinggal lah seorang diri. namun, beliau masih meneruskan perkerjaan mendayung sampan itu. Satu ketika, suara rabiatul adawiyah telah didengari oleh seorang jejaka istana dan dia pun mengajak rabiatul adawiyah untuk dipersembahkan kpd raja. rabiatul adawiyah mengikut saja. dan ketika diistana, beliau menjadi dayang kpd raya yg mana terpaksa menyanyi lagu untuk menghiburkan hati raja yg tidak taat kpd Allah itu. dan dikatakan juga, beliau juga selaku penuang arak kpd raja terkutuk itu.
suatu hari, rabiatul adawiyah mendapat petunjuk dari Tuhannya. Dia insaf. dia tidak mahu lagi menuang arak. dia duduk dan berzikir. mengenangi dosa2nya itu, rabiatul adawiyah bertaubat kpd Allah dan memohon bantuan dari Allah. banyak juga dugaan yg menimpa dirinya ketika diri mahu berubah kejalan Allah. namun, dengan rakmat Allah, beliau terlepas dari gangguan2 terhadapnya.
Dipendek kan lg penceritaan, Beliau dilepaskan oleh raja tersebut pd suatu hari. mungkin juga raja itu sadis tgk beliau asyik berzikir sepanjang masa. dengan iman Adawiyah yg kuat itu, beliau keluar dari istana dan menjalani hidup sebagai seorang sufi. hidupnya sederhana, hidup dalam sebuah khemah. dulu waktu aku kecik, ada terdengar ura2 yg mengatakan rabiatul adawiyah boleh berjalan atas air tp xpasti kesahihannya.(wallahu Alam).
Berzikir, bermunajat kpd Allah menjadi jalan hidupnya. dia meninggal kan kemewahan istana kerana Allah. dan hidup atas jalan Allah menjadi jalan hidupnya. suatu hari, ada penyamun mau rompak sama dia. tp penyamun kecewa, xda apa2 pon dalam khemahnya itu. panas!, lalu penyamun itu mau bunuhnya, akan tetapi rabiatul adawiyah ni relek sahaja. dia berdoa lg kpd Allah supaya perompak itu diberikan rezeki. Ya, permintaan beliau dikabulkan Tuhan. satu kereta kuda yg sarat dengan muatan harta singgah didepan khemahnya dan deceritakan itu adalah hadiah ikhlas sumbangan raja kpd rabiatul adawiyah. dengan sifat xtamak harta kebendaan dunia, dia menyerahkan semua harta itu kpd perompak tersebut..
itu lah sedikit kisah rabiatul adawiyah, seorang wali Allah. dan sejauh mana kesahihan cerita ini aku belum dapat pastikan. tp yg pasti iman yg ada di dalam hati wanita ini haruslah dicontohi. marilah perbaiki kelemahan diri kita. renungkan lah, seorang wanita yg telah terjerumus ke lembah maksiat, namun berjaya pulang kepangkal jalan. apakah kekuatan yg beliau dapat?
bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah. fikir2kan lah.. moga2 kisah ini jadi iktibar kpd kita semua, insyaAllah.
References:
http://www.ehoza.com/
http://blogs.myspace.com/
http://www.al-amin.edu.my/
4 comments:
dengar nasyid Inteam-rabiatul adawiyah...best...lirik2 die menceritakan sape rabiatul adawiyah
dah dengar.. terima kasih en hafifi.
tp masih ada lg misteri disebalik cerita rabiatul adawiyah yg kita xtau.
Assalamualaikum, ada satu novel berkenaan RA. Mohon rujuk di sini http://pts.com.my/index.php/buku/rabiatul-adawaiyah/
terima kasih En Zahiruddin atas perkongsian anda.
Post a Comment