nuffnang

Thursday, May 17, 2012

The day

This feeling is weird, I can't tell
sometimes it fast, sometimes it move slower
hahaha. Im lol.
the mood is really in the air, feeling like flying without wing
wish the day will come soon
Allah's Plan Better, may Allah granted my wish as the day will come true.
insyaAllah. 


Friday, April 13, 2012

Oh Dunia ini

Salam.


Kita dapat lihat sekarang ni bencana alam semakin menjadi-jadi. adakah ini suatu petanda bahawa dunia ini akan berakhir? dengan ombak tsunaminya, gunung berapi, banjir, penyakit dan sebagainya kita sememangnya patut akur bahawa dunia ini semakin hampir dengan ajalnya, begitu juga kita. dunia hancur, kita pun hancur. bila tarikhnya? hm... wallahua'lam.

aku tumpang sedih sebenarnya melihat rakan-rakan seagama ibarat endah tak endah dengan ini semua. paling ketara bila ditanya hang da solat belum? dan dijawab "belom, xpa ang pi dulu *sambil buat muka tak bersalah*", dan kita sebagai kawan tau yang dia memang xnak solat. em.. dimana letaknya agama dalam soal ini? jika solat pun endah tak endah. ibarat dunia ni takkan kiamat, dan dia takkan mati. masyaAllah.

dan bila kita melihat lelaki dan perempuan yang bukan mahram bergaul ibarat suami isteri, dikalayak ramai dan kita tahu itu kawan kita. ibarat dosa itu adalah dosa kecil. ibarat dunia takkan kiamat dan dia takkan mati. masyaAllah.

walaupun ilmu agama aku tidaklah tinggi mana, tapi didalam hati ini hanya Allah saja yang tahu betapa bencinya melihat keadaan itu berlaku didepan mata, dan tidak mampu untuk memperbetulkannya. silapnya dimana?

kepada yang membaca, aku inginnberpesan untuk diri sendiri dan juga hampa suma bahawa hidup kita ini adalah sementara. jika esok kita mati bersama dosa yang kita buat dan kita masih belum sempat bertaubat kepada Allah swt, apa akan jadi? Nauzubillah. Jom kita pakat2 kita muhasabah diri, ibarat esok dunia ini akan kiamat,dan kita akan mati.

Sekadar berpesan,

Hadi Pelera
wassalam.



Thursday, April 12, 2012

kemanisan iman

satu. siapa yang cintanya kepada Allah dan rasul melebihi cintanya kepada orang lain

dua. siapa yang cintanya kepada orang lain kerana Allah

tiga. dan ia membenci kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya ( dari kekufuran ), sebagaimana bencinya akan dicampakkan kedalam api

Hadith Riwayat Muslim

Sunday, April 8, 2012

Update 8/4/2012

Assalamualaikum...


simple update

health : excellent
income : not so delicious,but grateful enough. Alhmdllh...
family : life must go on. so many thing happened.
super bike : em...
sports : long forgotten

life seems so messy. need to tidy up again!

Wake up Hadi.
You need to...






Wednesday, February 29, 2012

buat silap

salam

kenapa kita sering buat silap walaupun kita tahu yang benda tu salah?

terfikir jugak aku sebab2nya

mungkinkah sebab naik turunnya iman diri

atau kerana hasutan syaitan yang kuat merasuk

bagi aku, benda yang salah tetap salah

kalau xboleh tinggalkan, cubalah untuk kurangkan.

kalau mampu kurangkan, cubalah untuk hilangkan.

kita manusia biasa seringkali diuji dengan pelbagai ujian.

jadikan kesalahan atau dosa itu sebagai sempadan, dan perubahan itu sebagai satu titik tolak untuk mendekatkan diri denganNya.

Astagfirullah. Allahu Akbar.

Sunday, February 19, 2012

Quran

Assalamualaikum.

Sepi ja blog ni. mai nak conteng sikit.

Quran. berapa ramai antara kita yang baca Quran hari-hari. dan berapa ramai yang membacanya dengan tajwid? dan berapa ramai pula yg betul-betul memahami makna isinya? berapa?

berapa agaknya. aku pon xpasti berapa. wallahualam. nampaknya aku sendiri pon tertunduk malu jika orang lain bertanyakan benda ini kepada aku sekarang. entah-entah tajwid pon aku xbetul juga.

banyak lagi benda yang perlu kita perlu perbetulkan dalam usia pinjaman Allah kepada kita ni, insyaAllah.

Quran, sebuah kitab suci yang tak luput ditelan zaman. marilah membacanya dan memahami maknanya, insyaAllah. amiin.

Thursday, February 9, 2012

kurang ilmu

salam.

Siapalah aku ini jika dinilai dari sudut ilmu. bertapa kerdilnya aku ini berbanding besarnya ilmu Allah itu. Jesteru, aku jadi sangat kagum dengan orang yang mempunyai pengetahuan luas dan terperinci dalam ilmu-ilmu yang mereka dalami. untung lah orang - orang yang dikurniakan Allah ilmu yang besar itu.

Orang yang lebih beruntung lagi adalah orang yang dapat kaitkan ilmu itu dengan Agama Allah. Gunakan ilmu yang diberikan itu pada jalan-jalan Allah. aplikasi ilmu itu dan berkongsi pada dunia tentang inilah ilmu yang Allah beri pada hamba-hambanya. MasyaAllah. Allahu Akhbar.

Kenapa dunia kita semakin pincang? semestinyalah akibat daripada kekurangan ilmu. apa akan terjadi apabila orang yang kurang ilmu memimpin masyarakat? lebih teruk lagi bila pemimpin itu sendiri abaikan agama. nauzubillah.

sehebat manapun ilmu yang kita ada, jangan sesekali abaikan ilmu agama.

aku yakin, dengan ilmu dunia ini akan lebih indah, aman dan harmoni.