nuffnang

Tuesday, September 20, 2011

lelaki dumbass

P/s : xyah baca pon xpa

haha, ni sure aku punya post paling merapu dalam list aku.


tadi time aku keja, tiba-tiba aku terbosan. jadi untuk tidak membosankan diri, terklik la aku pada skrin komputer peribadi di office aku tu. cewah ada office xleh blah...


disebabkan nak bukak facebook xboleh sebab kena block (baru pagi tadi aku perasan yg facebook dah diblacklisted kan kat office aku), jadi inisiatif terbaik dari ladang aku untuk menghilangkan bosan tahap cipan tu aku pon bukak la twitter. (twitter boleh plak??)


belek punya belek oh bosan kot, aku pon xdak idea apa nak tulis jadi aku pon tulis la sikit kat wall twitter tu,

[kepala hotak la block facebook ] sebagai tanda protes! haha.


xda orang reply.


pastu aku ternampak satu status yang agak lol gak la bagi aku, kawan aku tulis.

dia tulis,

[lelaki kalau dumbass macamana pon, kalau hemsem pompuan suka jugak]

ni kalau reply mmg best ni, sambil jeling2 rakan sekerja kat sebelah yang tengah kusyuk melukis guna solidworks.


ok line clear! aku pon ambil kesempatan untuk reply jap. haha

aku reply,

[ hang memang hensem pun , so jangan risau lah]

duk 2 3 minit aku nampak aku tweet baru masuk, ini confirm mamat ni la neh. hehehe

dia reply,

[hang nak kata aku tak hensem la neh bro?]

tanpa pikir panjang, dan slumber badak ja aku reply,

[bukan, aku nak kata hang tu memang dumbass. haha]

.....

lama gak dia nak ambil masa tuk reply tweet aku yang berbaur cili padi tu, hahaha

lebih kurang 30 minit, dia reply,

ya la. Sori la abang hensem. Sy yg dumbass. Sy x grad lg. Sy xdak kerja lg. Abg mmg god]

haha sekali sekala tulis merapu syok jugak. ayat yang lain tu aku boleh terima la, cuma ... ayat last tu aku xpaham sikit, apa la maksud dia 'abang memang god???

aiyooo. ngeh! ^^

Friday, September 9, 2011

Sila Beri Perhatian!,

Assalamualaikum...


P/s: Entri ini sangat sesuai dibaca oleh adik-adik yang mengalami masalah untuk memberi tumpuan ketika belajar.

Sebagai seorang student, memberi tumpuan ketika lecturer sedang mengajar itu penting. dengan focus, kita akan lebih memahami apa yang lecturer tu sedang ajar.

Dan sudah tentu senang untuk kita bertanyakan mana-mana topic yang kita tak berapa nak paham sangat sebab kita tahu apa yang kita tak faham. ada faham?

Macamana caranya untuk memberi 100% tumpuan ketika didalam kelas? err... ehem! AHAA!


1) tido mau awal. lupakan facebook, lupakan awek serta pakwe yang nak ajak g dating kat nashmir tgh2 malam. itu semua xda faedah ok! hehe


2) kunci jam 10 minit sebelum subuh. bila bunyi jam ja terus bangun pi bilik air mandi terus jangan melengah lagi. sudah mandi terus solat atau pegi masjid ok.


3) dah sudah solat, buat review sikit tentang topic yang bakal diajar dikelas nanti. imbas mana-mana istilah yang anda tak paham nanti ada modai sikit nak bertanya dalam kelas.


4) hilangkan segala perasaan dendam serta benci pada lecturer anda itu. anggap lecturer tu kawan karib anda yang sangat baik. fokus ketika lecturer mengajar ! sama sekali dilarang untuk bersembang dengan rakan sebelah walopon dia ada psp ditangannya!


5) jangan terlalu kalut untuk menyalin apa yang ditulis(salin yg penting ja cth : formula atau istilah). cuba fokus apa yg dikatakan ok. sediakan gula2 untuk bekalan time mengantuk.


6) catit homework yang diberikan dan pastikan anda buat ketika pulang di hostel nanti. bincang dengan rakan-rakan supaya lebih paham ttg topic itu. elak budaya meniru, amalkan budaya bincang.


7) doa. takkan doa pon nak ajar kan? :p


8) mcm nerd ya tak? ngeh

selamat beramal ya adik2 :p!

P/s: dapat 4 flat nanti jangan lupa blanja guwe. heheh
P/s: aku pon xpernah amalkan macam tu punya step wakaka
P/s: orang yang cepat matang diawal usianya adalah ciri-ciri orang yang berjaya, alangkah untungnya orang itu. Al da best!

Hadi Pelera

Friday, September 2, 2011

Surat Al-Ikhlas and Surat An-Nas - Sheikh Bilal Assad



Ramadhan sudah pon berlalu,
bulan yang diidam-idamkan oleh hamba-Nya yang beriman kini sudah pun berakhir.
mungkin berjumpa lagi atau tidak untuk ramadhan seterusnya wallahu'alam.
sangat rugi lah bg orang-orang yang telah mengabaikannya.

Kini bulan syawal sudah pon tiba,
bulan yang menyusul selepas bulan ramadhan.
apa salahnya jika kita ambil kesempatan dibulan syawal ini untuk berpuasa lagi enam hari.
selamat berpuasa.
selamat mengikhlaskan hati.


Hadi PELERA