nuffnang

Wednesday, June 9, 2010

perihal orang muda

Salam para pembaca yg sudi menjenguk blog buruk aku ni. Aku doakan rahmat Allah segunung tinggi seperti tingginya menara berkembar klcc atau sepanjang jambatan pulau pinang kepada saudara saudari sekalian.

dalam sedar xsedar, usia aku kini sudah mencecah 22 tahun. ini bermakna aku telah hidup atas muka bumi tuhan pencipta alam ni dah lebih dari dua dekat. setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada aku untuk menghirup udara di atas dunia ni lagi. segala rezeki dan nikmat kurniaan tuhan aku dahulukan dengan ucapan Alhamdulillah. moga umur aku masih panjang untuk aku perbaiki kelemahan dan kekhilafan aku dalam hadapi cabaran hidup buat masa-masa mendatang, insyaAllah.

dahulunya aku seorang bayi yg xmengerti apa-apa tentang erti kehidupan. aku meningkat usia menjadi seorang kanak-kanak riang yang mempunyai keinginan untuk mengenal dunia. di dalam lingkungan usia kanak-kanak aku belajar mengenal erti persahabatan, konsep ketuhanan, kasih sayang dan yang paling manis semestinya berhibur dalam dunia kanak-kanak yang penuh dengan permainan. walaupon aku aktif, tetapi aku masih merupakan seorang kanak-kanak yang baik. terserlah kebaikan aku kerana aku juga seorang anak yang baik dan mendengar kata ibubapa. :D kemudian aku berubah menjadi seorang remaja. saat menjadi remaja semestinya murupakan zaman yang paling indah dalam hidup aku, hidup terasa diisi dengan pelbagai aktiviti yang aku rasakan bermakna dalam hidup aku. semakin banyak aku mengenal erti kehidupan. dan aku rasakan bahawa kehidupan bersosial amatlah menyeronokkan. Ya, aku yakin aku adalah seorang yg innocent dulunya. sebab dizaman remaja lah aku baru sedari manusia ni ada dua gender laki dan pompuan. (kaw2 tipu). ho ho.

sekarang ini aku sudah dapat rasai yang zaman remaja aku kian berlalu pergi meninggalkan aku. bukan setakat fizikal, malah cara pemikiran juga berbeza. walau apa pon aku masih wajar digelar orang muda kerana usia aku masih 20 an. he he. payah sebenarnya nak jadi orang muda ni. sapa kata senang? tersalah langkah, menyesal seumur hidup. dan sekarang ni, ada juga langkah-langkah aku yang sudah terlangkah yang aku menyesal. Ya lah, aku orang muda suka bertindak ikut sesuka rasa. mbak kata orang-orang tua, orang muda berdarah panas. jangan dicucuh api, sekali terbakar ibarat gunung berapi meletus. jangan main-main.

lelaki pompuan sama saja. kita xlepas dari terleka melakukan dosa. cuma kalu kita pelan2 insaf dan baiki apa yang patut mungkin kita xdak la rasa menyesal sangat bila kita dah tua nanti. remaja hari ini, pemimpin masa akan datang. xpayah tunggu tua la kalu nak insaf kan, sekarang pon boleh. pelan2 kita kayuh jom.

kita orang muda, memang banyak buat silap. mari la sama2 kita ubah apa yg xelok dalam diri kita. kita cuba, kita doa. kita tawakal. moga Allah tunjuk jalan dan buka hati kita untuk menjadi yang lebih baik. amiin..

p/s 1: entry aku ni macam ayat ustad pon ada. ha ha ha. xpa kan aku kongsi benda baik? kan?

p/s 2: ingat la hidup didunia ni Allah pinjam ja. bila-bila masa Dia boleh amik balik. (Hak Dia)

p/s 3: kepada sapa2 yg aku penah maki, kutuk2 aku mintak maaf lah. sengaja atau xdisengajakan. aku pon manusia biasa, mempunyai kelemahan.

p/s 4: kpd gadis-gadis yang membaca blog aku ni, pandai2 lah korang pilih baik buruk. korang dah besaq kan. dah pandai menilai. jadilah mawar berduri, jgn jadi mawar layu. kelak menyesal xguna.

3 comments:

Wazie said...

ini bukan wayang kan?

bagus2.

ingat ini: "fikirkan apa yang dikatakan, bukan yang siapa yang memperkatakan"

jangan tunggu jadi super alim, baru nak tegur orang. niat ko baik. superb lah!

hadi Saaidin said...

terima kasih wazi. :D

hadi Saaidin said...

oh ini bukan wayang. confirmed. hehe