nuffnang

Friday, June 11, 2010

Plan Harini Belum Tercapai

Salam

Wokeh.., Alhamdulillah syukur, FYP1 dah setel metal. Segulung ucapan terima kasih harus diucapkan kepada FYP Supervisor aku, AP. Dr. Radzuan Razali kerana memberi ruang kepada aku untuk melaksanakan presentation dengan harmonis, kurang berkata-kata dan hanya menganguk ( itu maksudnya dia paham apa yg aku 'present', kan?) ha ha. Dan semestinya tidak dilupakan juga kepada examiner Dr. Irraivan diatas keprihatinan dan kebaikan anda semasa menilai kualiti 'oral presentation' aku tadi. Overall aku boleh katakan OK. Terima Kasih Sekali Lagi. oh, Dr. Naufal, evaluator kedua tak datang. Tak tau dia pergi mana, mungkin ada hal kot.

Sebenarnya, kelmarin aku dah merangcang macam ni. lepas saja habis 'presentation', aku terus nak baiki moto aku tu. Biasalah bila dah selalu buat angan-angan taik kuceng, sifat malas membuak-buak menyebabkan aku malas betul nak 'proceed' ikut plan aku ni. dalam hati, esoklah esoklah, aku penat perlu rehat. huh! aku memang tak pandai tepati plan aku sendiri. selalunya akan gagal. last minute kerja jugak jadi pilihan aku. dem! cis, esok tinggal aku sorang terkontang kanting kat UTP, semua kawan balik pagi. adoila..

hm..Oleh itu, esok la terpaksa bertungkus-lumus siapkan moto aku ni. harap-harap boleh jalan la moto aku tu esok. kalu tak siap jugak, terpaksa lah naik bas balik kampung. itu yang aku paling meluat dan tak suka. renyah betul nak naik bas, berenti sana sini. nak kena beli tiket. silap-silap esok naik bas, lusa baru sampai rumah. tidakk! itu tidak perlu berlaku dalam hidup aku. Doakan lah moto aku tu sihat walafiat esok, boleh sampai rumah pon jadi lah. ha ha.

oh, tadi aku tengok World Cup Afrika Selatan lawan Mexico. Ingatkan Mexico hebat sangat, rupanya seri ja dengan Afrika. Dari game yg aku tengok tadi, aku nampak kedua-dua pasukan lebih kurang sama 'ballance'. ok lah, ada juga babak serang menyerang xda la 'boring' sangat. cuma waktu 'first half' macam mengantuk sikit sebab 'game' xda bunyi. mana pergi orang sorak? buat 'silent' boleh, nasib baik '2nd half' ada bunyik. ada la best sikit.

Kepada rakan-rakan UTP, selamat pulang ke rumah anda. Kepada yang memandu sendiri, berhati-hati dijalan raya. Ingatlah orang tersayang. Kalau ada umur panjang, jumpa anda next semester rakan-rakan. Yang mana berkeinginan nak turun utara, 'roger2' lah k, insyaAllah kalau aku free boleh kita pergi jalan-jalan. Rumah aku sentiasa terbuka untuk kawan-kawan, jemputlah datang.

~Selamat bercuti~

2 comments: