Assalamualaikum...
Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi hadis nabi tentang peristiwa akhir zaman, iaitu hadis yang berbicara tentang ( Ilmu agama akan beransur hilang). seperti biasa aku reviewkan dari buku susunan AABAN. harap anda sudi baca.
Maksud hadis,
Ertinya :
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda ; "bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. maka apabila pemimpin-pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain"
H.R Muslim
sedikit ulasan hadis ( berpandukan ulasan hadis dari AABAN )
1) akhir zaman ini, alim ulama semakin berkurang. ramai orang lebih suka belajar ilmu sains/ keduniaan dan teknologi lebih dari ilmu agama. yang sedihnya, ilmu agama itu sebenarnya pendorong dan petunjuk jalan yang sebenar kepada kita untuk hidup didunia dan bila diakhirat nanti. sangat rugi bg kita orang islam jika kita mengabaikan ajaran agama kita sendiri. nauzubillah.
2) orang yang jahil, kurang ilmu pengetahuan agama memimpin dan menjadi pemimpin orang Islam. maka lahirlah fatwa kaum kera yang berlandaskan akal fikiran dan nafsu semata-mata. bila islam dianaktirikan, bayangkan lah apa yang akan terjadi. Islam kata itu tak boleh, tapi golongan pemimpin ni kata boleh. islam haramkan benda tu, pemimpin ni halalkan sebab guna ilmu akal dia yang kononnya lebih bijak dari ayat-ayat quran. astagfirullah.
3) satu saat nanti, bila alim-ulama sudah tiada seorang pon dimuka bumi, maka nantikanlah apa yang akan berlaku. tiada lagi ulama, tiada lagi Islam, tiada lagi ajaran-ajaran nabi terakhir, maka tunggu lah musibah Allah swt yang maha pedih.
4) jangan lah kita jadi orang yang sesat dan menyesatkan seperti yang disebutkan didalam hadis tadi, nauzubillah. marilah sama2 kita tingkatkan usaha mendalami ayat-ayat suci quran dan hadis disamping alim-alama menjadi guru serta panduan dalam usaha memahami agama.
bersambung...
Sekian dulu dari aku,
Hadi Pelera
9 comments:
Terima kasih di atas perkongsian tersebut ^_^ semmoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita yang sering kali terlupa.......
insyaAllah. moga Allah sentiasa beri kita hidayah didalam apa jua masalah dan keadaan yg kita hadapi. insyaAllah insyaAllah. amiin
pilihan ada di tangan kita ke arah mana hala tuju kita.. tapi zaman sekarang memang dikatakan ramai alim ulama palsu..wallahualam..
muhasabah diri..
p/s : hadi PELERA.. apa kata justify entry baru comei.. ecehh, macam buat asgmen pulak bila suruh justify kan.. hihi.. tapi bila justify lebih kemas kan.. :D .. tapi apa pun terpulang kepada tuan blog, pembaca cuma mencadangkan..
perkongsian yang menarik.....mudah2an kita semua sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t.....
@muslimah optimis. betul, ramai org zaman skrg ni mengaku dia alim-ulama sedangkan dia pura2. hati-hati. hanya yg berpegang teguh kepada quran dan hadis ja yg boleh dipercayai. ahli sunnah wal jamaah.
@torazmaih, mudah-mudahan insyaAllah. amiin
zaman sekarang pon dah ramai rasanya golongan2 yang kononnya ahli dalam perkara2 agama...semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 tak elok mcm ni dan tak terpengaruh dgn perkara yg salah.agama itu mudah tapi bukan boleh dipermudah.
P/s : baca ARMAGEDON 2012 untuk tambah info pasal hari kiamat :)
@anah : nak cari gak la armagedon 2012 tu. sapa penulis dia?
muhammad alexander..penerbit PTS
i see. nice2
Post a Comment