nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

leka II

Assalamualaikum...


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Dan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, begitu juga yang berpesan-pesan kepada kesabaran". Surah-Al Asr


orang yang leka, orang yang tak pandai menghargai masa. banyak buang masa dari buat benda-benda berfaedah.


orang yang leka, imannya naik turun. buat ibadat pon ikut mood dan tempat.


orang yang leka, cintakan dunia, takut mati. buat dosa halal haram belakang kira.


orang yang leka, suka berkhayal. menyangka fantamorgana itu adalah realiti, namun hakikat sebaliknya.


orang yang leka, banyak mengeluh. itu tak kena, ini tak kena. semuanya nampak senget dan cacamerba.


kadang-kadang kita terleka seketika, tapi itu bukan bererti kita sudah tiada masa untuk berubah. selagi Allah swt memberi kesempatan kepada kita untuk bernyawa dibumi persinggahan ini, insyaAllah maka kita masih ada masa untuk berubah.


siapa tahu esok lusa kita sudah tiada didunia ini, marilah sama-sama kita ingat mengingatkan. yang baik iu tauladan, yang buruk jadikan benteng dan sempadan.




Wallahua'lam,


Hadi PELERA

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kadang2 terleka mujur ada yg menyedarkannya

anah samsudin said...

manusia semakin hilang nilai ketika memburu barang2 yang bernilai.dunia materialistik telah melahirkan ramai manusia plastik - yang tandus nilai2 murni.Ironinya , di hujung pemburuannya manusia hanya menemui fatamorgana - nilai yang tidak bernilai * SOLUSI

semoga kita bukan golongan yang menuju ke fatamorgana itu :)

hadiee said...

:)

kiera'sakura said...

kehidupan abadi di akhirat.. tapi masih ramai yang hanya mengejar hidup di dunia tanpa mempedulikan hidup diakhiratnye kelak..

semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayah.. amin