nuffnang

Thursday, February 2, 2012

hidup susah

Salam

Ada orang kaya, ada orang biasa, ada orang miskin, ada yg melarat dan mengemis.

Kepada yg mempunyai khudrat yg lengkap, serta akal yg mampu untuk menilai mana baik & mana yang buruk, Perlukah kita salahkan takdir kerana mempunyai hidup yg berliku-liku? kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. hari ini berlapar, esok makan biskut, lusa belum tahu apa yg hendak dimakan sebab xdak duit nak beli makanan.

Jika kita fikir secara rasional, kita pasti sedar yang semuanya adalah salah diri kita sendiri. kita yang tak mahu mengubahnya. kita yang tak kuat untuk berusaha keluar daripada belenggu hidup susah. kalau ya pon dah berusaha? adakah usaha itu sudah mencukupi? tanya diri salah siapa sebenarnya? lebih baik salahkan diri sendiri dulu baru tuding orang lain.

Ramai org yg aku kenal adalah dr orang kebanyakkan. ramai jugak yg mengadu hidup susah, duit xda, xtau nak buat macamana. buntu, dengan kehidupan yg dirasakan membebankan itu. padahal hm...

Zaman sekarang ni memang orang pandang ilmu. ada ilmu hidup senang. mudah dapat kerja. kerja gaji mahal. boleh kumpul harta. dan sebagainya.

Bila xda ilmu, susah dapat keja. kerja gaji sikit. harta yang ada terpaksa digadai. hidup dalam hutang keliling pinggang.

Betul kah macam tu??

Ya betul. tapi ada tapinya...

Bagi pendapat aku, zaman sekarang ni kalau xbelajar tinggi pon boleh berjaya dalam hidup. apa caranya? BISNESS!
bisness mampu mengubah hidup anda itu. dah ramai orang yg aku kenai dah membuktikan bahawa bisness mampu mengubah taraf hidup keluar dari belenggu hidup susah. yang penting, usaha tu. ada peluang rebut, xda peluang? cari!! jgn jadi pemalas. kalau malas, apa pon xjalan.

Bisness apa nak buat? terpulang. ikut kesesuaian diri sendiri. yang penting halal dan tidak menyeleweng. sah disisi undang-undang dan agama.

Antara bisness yg aku rasa mempunyai peluang yg cerah :
1) Bisness Makanan
2) Bisness kesihatan
3) Bisness Pelajaran
4) Bisness Kenderaan
5) Insurans
6) etc...

Jangan salahkan takdir atas apa yg berlaku terhadap kita. jika hidup susah, usaha lah keluar dari belenggu itu. semoga berjaya.

P/s: jom buat bisness. (^^) V

1 comment:

Leen said...

Setuju! Jom bisnes