nuffnang

Thursday, March 17, 2011

Lebih Positif

Bagaimana untuk menjadikan minda anda lebih positif?
Minda yang positif di pagi hari insyaAllah akan menceriakan hari anda,
sehingga hari anda akan terasa 'pagi' hingga ke malam nanti.

..................................................
Iklan : hari-hari korang bangun pukul brapa eh?
..................................................

Ini ada beberapa tips yang aku rasa patut aku kongsikan bersama, tip untuk lebih positif :

1) Solat Subuh yang sempurna.

Bagaimana ya? bermula niat niat semalam lg sebelum nak tido tu, niat lah untuk bangun pagi nak solat subuh awal-awal. kalu yang lelaki, rajin macam aku pegi la masjid lagi bagus kan, (harini aku xpegi masjid pon, alamak kantoi!) tp kalu yg pompuan pula, sekadar bersolat dirumah itu sangat baik.

Apa yang penting? bukan kerjasama, tapi niat!.

Bila da bangun awal tu, jgn malas-malas lagi, terus ke bilik air dan buang bahan buangan bertoksik yang anda rasa perlu buang tu. kalau anda xmampu buang diwaktu pagi, saya rasa anda ada masalah kesihatan yang kronik. baik pegi check dengan doctor yang berdekatan. :)
next, ambil air semayang dengan sempurna, guna air banyak sikit pon xpa biar segar sikit kepala yang mengantuk tu. bila dah segar tu, solat lah dengan tertib dan cuba untuk khusyuk. fokus dan jangan lena. hayati setiap bait Al-Fatihah. insyaAllah kita usaha Allah mengabulkan.


2) Maafkan orang di sekeliling kita.

untuk menjadi lebih positif, maafkan lah orang yang kau benci tu. dengan memaafkan orang, hati akan berasa lebih lega dan ringan. tak percaya eh? ko maafkan dulu lepas ni kau akan rasa. Dendam ni amalan yang tak bagus, dia rosakkan hati dan punca stress berlaku. dendam ni ibarat seketul bata yang ditag ke badan kita, semakin banyak dendam kita semakin banyaklah ketul-ketul bata yang melekat ke badan kita. kemana saja kita pergi pon ketul-ketul bata itu sentiasa melekat. berat tak? nak ringan, jangan berdendam, marilah maaf memaafkan.


3) Sarapan pagi.

Ya, perlu makan dengan segera selepas bangun. makan roti dah cukup bagus. perut yang diisi selepas bangun dapat memberi tenaga kepada fizikal dan mental anda. akan akan rasa lebih bertenaga jika amalkan sarapan pagi. try lah tulis banyak pon xguna kalau anda xmo try kan.

Dengan mengamalkan tiga tips ini insyaAllah anda akan rasa lebih positif.
~Selamat beramal~

Err..
Apa yang penting?
tadi kan dah kata
bukan kerjasama, tapi niat!.

~^v^~







ibubapa

pengorbanan ibubapa kepada kita sudah tentu tidak terbayar nilainya
bagaimana pula dengan pengorbanan kita kepada mereka?

...........................

"nantilah, nanti bila aku ada duit aku bayarlah pengorbanan mereka" mungkin ini yang akan diungkapkan oleh segelintir dari kita, mungkin.

atau,

"ibubapak aku kan dah kaya, nak bayar apa lg?" nampak sangat anak jenis ni seorang yang tak guna sedet!

atau,

"untuk aku pon belum cukup, macamana nak bantu depa?"


atau,

"adik beradik aku yang lain semua dah bekerjaya, kereta besar, rumah besar, isteri besar! ahh.. mereka aja la yang tolong, aku kan miskin!!!"

dan mungkin pelbagai lagi jawapan-jawapan yang negatifnya lebih dari positif, wallahualam. nauzubillah.

.............................

sayangnya jika kita masih tergolong dalam salah satu golongan diatas.
jika kau rasa hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi cita-cita kau semata, bertaubatlah!
jika kau rasa kau belum kaya untuk berbakti kepada ibubapa, bertaubatlah!
jika kau rasa hanya duit kupang yang dapat membahagiakan ibubapak kau, bertaubatlah!
jika kau rasa segan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapak kau, bertaubatlah!

.............................

duit kupang bukan ukuran kepada kebahagiaan
bahagiakan lah ibubapak kita dengan tuturkata yang baik
dan juga dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyenangkan hati mereka
hargailah ibubapak selagi mereka masih bernyawa
doakanlah kesejahteraan mereka
sama ada masih hidup atau telah mati.

Sekian.

P/s: jangan jadi anak derhaka, jangan tunggu mereka mati baru nak menangis teresak-esak memohon ampun maaf.





Wednesday, March 16, 2011

Doa Harian

suhu air pagi ni tetap sejuk seperti biasa
tapi aku gagahkan diri jugak untuk menyentuhnya
pertemuan antara kulit dan air itu seperti menyambar deria rasa terbesar aku
sejuknya sehingga mampu menggelegarkan kepala.

hiuhiuhiu..sejuknya!!!!

................................................................

okeh pagi ini aku sekadar nak berkongsi sesuatu iaitu doa-doa harian yang baik untuk diamalkan
insyaAllah jika selalu diamalkan
hidup kita akan bertambah berkat dan diredhai Allah SWT.

mencari keredhaan Allah itu kunci kebahagian manusia didunia dan diakhirat.
semoga kita semua berada dalam lingkungan kerahmatan Allah SWT hendaknya.
amiin.
selamat beramal.


sila lihat doa-doa disini :


................................................................

terima kasih air yang sejuk
kerana mengejutkan aku
dari mimpi-mimpi pagi yang melalaikan
menyegarkan aku untuk bersolat subuh

terima kasih air pagi yang sejuk!

Tuesday, March 15, 2011

erti kejayaan


dalam mengharungi liku-liku kehidupan
banyak halangan dan cabaran yang mendatang
yang mematahkan sayap-sayap serta azam kita
azam yang dulunya kuat membara bagaikan api neraka

dulu kita pernah bertekad untuk berjaya
tp bila tiba saatnya untuk kita berdiri mencapai kejayaan
ada saja halangan dan rintangan yantg mencatas kaki dan tangan kita
ada saja mulut yang sumbang berkata-kata
ada saja jelingan-jelingan prasangka
dan tangan-tangan yang menuding

Ya ini masanya untuk kita melangkah
membuktikan apa yang kita perjuangkan
demi masa depan kita

hari ini yang kita lakarkan
masa depan hasil lukisan kita
hari ini lukisan kita
masa dulu punya lakaran

pilihan kita hari ini yang menentukan masa depan kita
mengalah bukan adat kita
bak hikayat lama
mujur lalu melintang patah

sama-sama kita merealisasikan impian kita yang selama ini seakan terpadam
siapapun kita
apa pun azam dan matlamat kita
yakinlah usaha itu tangga-tangga kejayaan

Monday, March 14, 2011

Sobar @ Sabar

apa itu Sobar?
Search Search Seach dlm diri masing2.

nampak menarik isu yang dibangkitkan hari ini dalam motivasi pagi bersama rancangan Tanyalah Ustaz di tv9. Menarik & Hebat!

Tau sebut tapi xtahu maksud yang jelas, itu yang kebanyakan kita tau hari ini.

Sabar bila ditimpa musibah.
Sabar dalam melakukan ibadah.
Sabar bila dimaki orang.
sabar dalam segala hal.

ikhlaskan hati dalam melakukan setiap perbuatan.
Sabar dan yakin dengan rahmat Allah swt.

P/s: dengan sabar kita dapat berfikir dengan jelas sebelum bertindak.









Friday, March 11, 2011

bangun pagi

dulu aku cukup liat bangun pagi
subuh tu hujung-hujung waktu saja
tu pon kadang-kadang ia semakin membesar seperti seekor gajah yang paling besar
haha xleh blah betui

tp skrg da boleh bangun pagi dengan semangat
Alhamdulilah
mungkin ini satu petunjuk
orang kata bangun pagi ni murah rezki
mari kita try tengok resepi kejayaan ni
kita tengok apa yang akan berlaku nanti


Thursday, March 10, 2011

niat

walau siapa pun kita
walau apa pun status kita
kaya atau miskin
genious atau tidak
dan sebagainya lagi

ingatlah kita bahawa kita ni hanyalah insan kerdil
yang diciptakan Allah untuk mentakbir muka bumi.


segala perbuatan mestilah bermula dengan niat.

niat yang tidak ikhlas sesekali pun tidak akan pernah mendapat keredhoan Allah SWT.
sucikan niat dalam kehidupan
sucikan matlamat dalam kehidupan
insyaAllah, yakinlah pada janji Allah SWT yang Maha mengetahui