nuffnang

Thursday, March 17, 2011

ibubapa

pengorbanan ibubapa kepada kita sudah tentu tidak terbayar nilainya
bagaimana pula dengan pengorbanan kita kepada mereka?

...........................

"nantilah, nanti bila aku ada duit aku bayarlah pengorbanan mereka" mungkin ini yang akan diungkapkan oleh segelintir dari kita, mungkin.

atau,

"ibubapak aku kan dah kaya, nak bayar apa lg?" nampak sangat anak jenis ni seorang yang tak guna sedet!

atau,

"untuk aku pon belum cukup, macamana nak bantu depa?"


atau,

"adik beradik aku yang lain semua dah bekerjaya, kereta besar, rumah besar, isteri besar! ahh.. mereka aja la yang tolong, aku kan miskin!!!"

dan mungkin pelbagai lagi jawapan-jawapan yang negatifnya lebih dari positif, wallahualam. nauzubillah.

.............................

sayangnya jika kita masih tergolong dalam salah satu golongan diatas.
jika kau rasa hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi cita-cita kau semata, bertaubatlah!
jika kau rasa kau belum kaya untuk berbakti kepada ibubapa, bertaubatlah!
jika kau rasa hanya duit kupang yang dapat membahagiakan ibubapak kau, bertaubatlah!
jika kau rasa segan untuk mendoakan kesejahteraan ibubapak kau, bertaubatlah!

.............................

duit kupang bukan ukuran kepada kebahagiaan
bahagiakan lah ibubapak kita dengan tuturkata yang baik
dan juga dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyenangkan hati mereka
hargailah ibubapak selagi mereka masih bernyawa
doakanlah kesejahteraan mereka
sama ada masih hidup atau telah mati.

Sekian.

P/s: jangan jadi anak derhaka, jangan tunggu mereka mati baru nak menangis teresak-esak memohon ampun maaf.





No comments: