nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

Matlamat

hidup tanpa matlamat ibarat hidup dalam kelam tanpa lampu suluh
mahukah kita hidup dalam kelam sepanjang masa?

dulu waktu sekolah rendah, cikgu kata :

"Hadi, kalau kamu mahu berjaya dalam hidup, kamu mesti belajar rajin-rajin, buat cikgu dan ibubapa kamu bangga dengan kamu! cikgu yakin kamu mesti berjaya dalam UPSR"

dengan usaha yang gigih, doa ibubapa, adik-beradik, guru-guru serta kawan2. Alhamdulillah dapat keputusan yang agak membanggakan seperti yang diharapkan semua orang.

Tahniah Hadi! akhirnya kamu sudah berjaya. ramai yg ucap begitu. serious aku keliru! aku keliru dengan ucapan kejayaan yang diberikan kepada aku secara bertubi2. timbul persoalan, apakah erti kejayaan? memang aku seorang yang bengong atau aku masih mentah.

dan dalam kekeliruan itu aku sambung lg belajar, menduduki PMR, SPM, dan kemuncaknya Bachelor Degree yang baru aku tamatkan.

okeh sekarang ni macamana pula?
degree pon sudah ada kan.
ini betul-betul sudah berjaya ka?
ini kah erti kejayaan yang digembar-gemburkan selama ini?
inikah yang semua orang banggakan?
inikah apa yang aku inginkan selama ini?

........................................................................................................................

aku biarkan menjadi persoalan kepada anda yang sudi membaca.

dulu aku betul-betul keliru, hidup dalam kegelapan, tiada matlamat hidup yang kuat. tapi sekarang aku sudah dapat jawapannya.
Alhamdulillah atas jalan yg Engkau tunjukkan kepadaku, Ya-Allah.




Yakin itu kuncinya.

2 comments:

Leen said...

Kita kena tetapkan cita2 kita dulu, baru kita boleh tentukan kita berjaya bila kita dapat capai cita2 tu.. so, kesimpulannya, tetapkan goal dulu :) setiap manusia lain bentuk kejayaannya

hadi Saaidin said...

betul. jawapan hampir menyamai skema dan kehendak penulis. tahniah! :D