nuffnang

Tuesday, March 22, 2011

Tak Sempat

Salam
update siang dan malam
akukah ini?
Pelik tapi benar, ini adalah aku.

wahai penduduk planet bumi,
Bersyukurlah pada Allah SWT

yang sentiasa memberi kesempatan kepada kita hamba-hambanya

kerana sehingga saat ini kita masih diberi kesempatan untuk bernafas

masih diberi kesempatan untuk memohon ampun dan taubat

masih diberi kesempatan untuk menerima rezeki dan nikmat di muka bumi

Alhamdulillah
::syukurku sujudku hidupku matiku::
hanya padamu Ya Rahman Ya Rahim

.......................

hari ini aku melihat
ramai antara kita yang kecundang di medan nafsu
gagal menjunjung ajaran Rasulullah
menyimpang dari Quran dan Sunnah
lebihkan duniawi berbanding akhirat
lebihkan maksiat daripada taubat

.......................

ada yang sanggup meninggalkan solat kerana katanya tak sempat
[mana ada masa nak solat katanya]

"Saya kan CEO syarikat Kerajaan Langit SDN BHD! kerja saya banyak, mana sempat nak buat benda-benda remeh macam ni, orang macam kau kerja biasa-biasa memang la banyak masa nak buat tu sumer"

"alaaaaa... kubur masing-masing lar, kenapa kau nak peduli pasal aku sangat ni?? kau jaga la kubur kau sendiri!!"

.......................

ada yang meninggalkan tanggungjawab kepada ibubapa kerana katanya tak sempat
[ibubapa ni menyusahkan katanya]

"Mak oii, saya ni kan CEO syarikat Kerajaan Langit! saya busy la mak, mana ada masa nak balik kampung. ada meeting sana ada meeting sini, mak apa tau!!"

"alaaaaaa... mak ni bukannya nak mati lagi, nanti mak dah nak masuk kubur saya balik la, sibuk la orang tua kerepot nih!"

.......................

banyak lagi perkara yang kita selalu rasa tak sempat
Malas punca utama kita rasa tak sempat
tak sempat itu tak sempat yang ini
kita hanya pandai memberi alasan
tapi penyelesaiannya macamana pula?
tepuk dada tanya dada
banyak la ko tanya dada
tanya hati tanya iman daa

jangan beri 1001 alasan untuk sesuatu perkara
Malas itu nafsu
Rajin itu Hati

P/s 1: Bertaubatlah kepada Allah atas perbuatan kita yang lalu, selagi ada kesempatan
P/s 2: Sayangilah ibubapa kita, selagi ada kesempatan
P/s 3: Tulis untuk diri sendiri juga, sama-sama kita kearah kebaikan insyaAllah.


Sekian dulu,

Wassalam




5 comments:

Erin Azizan said...

saya sayang ibu bapa saya. harapnya kita semua tak mudah lupa di mana asalnya kita..bila nafsu mula menguasai diri, iman yang rapuh akan mudah goyah.

hadi Saaidin said...

:)

sangcXL3 said...

hai erin.nak ngorat.

Anonymous said...

hai sangcXL3. saya erin, auuummmm~

Pendekar Lebuh Raya said...

oi Farouk, jum turun UTP ujung minggu ni. ada ride genting. mau?