nuffnang

Monday, March 21, 2011

Mari Bangun Awal

Mulakan harimu dengan lafaz bismillah dan lafaz syahadah,
InsyaAllah,
didoakan semoga bahagia hidup di dunia dan Akhirat

Salam

Sejuk betul pagi ni
siap ada kabus lagi kat luar rumah
masyaAllah subhanallah Allahu Akbar
sangat cantik dan menenteramkan hati
hilang kekusutan minda yang semalam

............................

seperti rutin biasa
macam hari-hari lain juga
aku bangun awal, tp harini paling awal pukul 5.42 pagi
macamana leh terjebak dengan bangun awal ni? kitaorang student payah bangun awal la, ce citer ce citer?
nak tahu eh?
hehe
rasa macam orang nak tau macamana aku leh bangun awal tiap-tiap pagi sedangkan tiap-tiap hari aku tidor lewat, woho!
korang xyah la pelik sangat
sebab mak aku pon dah rasa aku pelik sekarang ni
nampak perubahan pelik yang berlaku kat anak dia sampai tiap-tiap pagi,
mesti mak aku sound,

Ahad: eh da bangun??? peliknya!
Isnin: eh da bangun??? peliknya!
Selasa: eh da bangun??? peliknya!
Rabu: eh da bangun??? peliknya!
Khamis: eh da bangun??? peliknya!
Jumaat: eh da bangun??? peliknya!
Sabtu: eh da bangun??? peliknya!

untuk pengetahuan para pembaca yang dihormati sekalian, mak aku seorang tukang masak kat kantin sekolah berdekatan ngan umah aku ni,
jadi tiap2 pagi mak aku kena bangun awal
seawal jam 5.40 pagi.
amik masa untuk bangun mandi, solat dan sarapan untuk bertolak ke sekolahnya.

tp sekarang ni mak aku da mula tergugat dengan gelaran dan kejuaraan bangun awalnya
yang seakan-akan telah dirampas oleh aku
sebab tiap-tiap hari aku akan lawan sapa bangun dulu
aku ke mak aku.
hihihi
keji! keji! keji!
apa salahnya kan, benda yang baik xpa nak berlumba-lumba
ini bukannya lumba moto, ini lumba sapa bangun awal!
~(^.^)~

...................

sbb bangun terlalu awal
rutin aku seperti biasa
akan ke tandas basuh muka
buang sisa-sisa makanan semalam yang dah tercerna
then tunggu subuh, amik air semayang dan solat
selepas itu kembali ke depan komputer
untuk update blog



~(^.^)~



Ko xde kejer ke encik Hadi Oiii? Lepak jer memanjang???



actually sekarang ni aku memang xdak keja yang profesional lagi
masih tengah mencari-cari
dah banyak resume yang aku hantar
dah banyak juga interview yang aku dah hadiri
tapi nampak gayanya belum ada rezeki aku lagi
jadi sekarang ni aku masih berusaha mencari pekerjaan
yang sesuai dengan jurusan pengajian aku,

Bachelor Degree (Hons) Electrical & Electronics Engineering
Majoring Control & Instrumentation
Minoring Power Electronics

jadi kalau ada employer yang sanggup ambil aku bekerja,
aku amat alu-alukan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
~(^.^)~

tapi dalam pada masa yang sama
aku xda la selepak mana
sebab aku bukannya si pelepak tegar
haha
sekarang ni secara jujurnya
aku jadi consultant dibawah naungan syarikat Edata Network
terlibat dalam selling and promotion
sapa yang tahu, tahu lah benda apa aku buat ni
sapa yang tak tahu, jangan malu bertanya nanti sesat jalan
~(^.^)~

aku juga dah buat macam-macam kerja semenjak aku habis belajar ni
aku penah jadi rider piza hut
aku penah jadi tukang goreng roti canai di sebuah restoran
aku penah buat catering
aku bercucuk tanam
dan banyak lagi

itu lah serba serbi tentang diri aku
jangan pelik sebab aku update blog tiap-tiap hari sebab masa aku banyak terluang disini
sebab aku seorang consultant network marketing
terpaksa berkerja dengan komputer
~(^.^)~

dah lari topic pulak
hahaha
apa-apa pon cubalah untuk bangun pagi ye kawan-kawan
bangun pagi ni banyak manfaatnya
otak cergas minda sehat badan kuat
rezki pon mudah masuk pagi-pagi nih
selamat beramal

Sekian dulu

Wassalam





2 comments:

aidakmal said...

insyaALLAH..nti ade rezeki yg seswai dgn degree ko..sabar je :)

hadi Saaidin said...

tima kasih. :)