...............................
Usai solat subuh tadi, aku menadah tangan berdoa kepada Allah
agar dicekalkan hati ini untuk mendekatkan diri pada yang Esa
Alhamdulillah rasanya seperti doa itu diterima
masyaAllah, Allahu Akhbar!
...............................
kembali kepada topic utama
bagaimana nak sucikan niat?
phewh!, agak susah sebenarnya nak sucikan niat ini
melainkan jika diri sendiri yang mengizinkannya untuk jadi begitu
selagi tiada izin diri sendiri untuk menyucikan niat selagi itulah seseorang itu tak akan berjaya menyucikan niatnya.
paham?
kalau paham anda sangat hebat, tahniah!
tapi kalau anda xpaham pon anda jangan kecewa
anda masih boleh jadi hebat jangan risau
dan
sebenarnya anda telah pon jadi hebat
:D
berbelit-belit eh?
tunggu jap nak bagi contoh supaya mudah faham.
(selami lah dengan mata hati, mata yang dua bijik tu pon kena bukak jugak! baru leh nampak, ye x? hehe)
......................................
contohnya,
Pakcu adalah seorang budak yang bakal menduduki SPM (misalnya nama budak itu pakcu, xda kaitan dengan Pakcu yg itu oke! :D)
Pakcu ni bertekad dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam SPM nya nanti
Dia pon berusaha siang dan malam untuk membuat latihan, ulangkaji matapelajaran, pegi tuisyen, bertanya di dalam kelas kepada guru-gurunya.
itu yang Pakcu buat sampai lah dia berjaya dalam SPMnya dengan cemerlang.
tapi malangnya Pakcu ini seorang yang suka menunjuk-nunjuk.
setelah dapat result baguih, 100 A1 untuk SPMnya itu. woha!
dia bertukar menjadi seorang yang keji
tidak pernah mengucapkan Alhamdulillah walaupun sekali
dia percaya yang kejayaannya itu hasil dari penat lelah dia semata selama ini.
dia mula riak takabur dan sebagainya sampai kawan-kawannya benci melihat keriakkannya yang membuak2 itu.
dalam kes ini
kita tahu pakcu adalah seorang pelajar yang sudah berjaya dalam matlamatnya
tapi betul ke salah niat Pakcu tu?
tapi cuba bayangkan!
jika pada mulanya
diawal-awal pakcu berazam dan bertekad untuk berjaya dalam SPM nya
pakcu telah taruh niat dihati untuk
..............................
Ya Allah
aku insan bernama Pakcu
aku ingin berjaya didalam SPMku
niatku untuk menjadi seorang yang berguna dimasa kelak
dapat berbakti kepada ibubapak, ahli keluarga, sahabat dan juga masyarakat
dapat menegakkan Agamamu Ya Allah
Engkau Permudahkan lah hala tujuanku
kuatkan lah azamku untuk berjaya
demi mencapai keredhaanMu ya Allah
................................
~sucikan hati~
~kerana~
~niat yang suci itu~
~datang dari hati yang suci~
~zikir dapat menyucikan hati~
sekian,
To Be Continue...
~::yang baik dari Allah, yang buruk dari Allah jua tapi atas kelemahan diri saya sendiri::~
Wallahualam
2 comments:
tq PakCu ...post yg bergune...teruskan mengepost lg
baik en pp, insyaAllah
Post a Comment