~::Assalamualaikum::~
Indahnya pagi jumaat ni, cuaca suam-suam kuku.
Selalunya pagi-pagi jumaat ni aku kat rumah ja dan takdak aktiviti yg menarik pun, cuma duduk lepak-lepak kt umah sambil tgk tb & buang masa. Entah kenapa waktu ini dan saat ini aku terdetik untuk menulis apa yang aku sedang mahu tulis neh.
2012 dah nak muncul, hampa semua ni dah tersedar dari mimpi dak lagi?
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, umur pon semakin mengganti, dan ajal pon semakin menghampiri. Siapa kita untuk menolak tarikh kematian kita?
Pastinya kehadiran 2012 amat bermakna untuk sesetengah orang yang merasakan tahun 2012 ni adalah tahun permulaan, ada yg baru mendirikan masjid, ada yg baru mula bekerjaya, ada yg baru dapat anak, ada yg baru dinaikkan gaji & pangkat, dan sebagainya... permulaan kepada titik tolak hidup untuk mencorakkan masa depan kita. apa salahnya jika hari ini kita memperbaharui niat untuk tahun baru yang akan muncul 2 hari lagi. Jika dalam niat kita sebelum ni hanya duniawi semata, jom kita sertakan dengan akhirat juga moga kedua-duanya seimbang, insyaAllah.
Adakah kita sudah bersedia dan apakah persediaan kita untuk menghadapi masa depan yang belum pasti Syurga atau nerakanya?
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Bismillahahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kurniakan kami rahmatmu, nikmat rezki yang melimpah ruah, nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat keharmonian, nikmat keinsafan, nikmat ketaqwaan, dan nikmat kemanisan iman.
Semoga apa yg kita hajatkan akan menjadi kenyataan. amiin.
Hadi Pelera
Jitra