nuffnang

Tuesday, December 27, 2011

Orang yang Happy

Assalamualaikum...

Mood nak menulis hari ni sangat tinggi entah pasaipa. so, here it is...

Pengalaman hidup kita yang pelbagai seringkali mengajar kita 1001 erti tentang kehidupan. Suka duka hidup di dunia berteraskan Iman dihati, dan ilmu diminda insyaAllah.

Kenapa kita perlu jadi orang yang berjaya dalam hidup?

Im sure, semua orang pastinya mahukan hidup yang hebat, tenteram, hidup yang bermaruah & dihormati, disayangi dan tidak dibenci makluk mahupun Allah swt atau Tuhan yang mencipta (kepada yang berlainan agama)

Hidup hebat yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika 5 tahun dulu kita bersungguh-sungguh berusaha.

Hidup tenteram yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika hari ini kita kembali kejalan yang diredhai Allah swt. tidak pernah terlambat selagi Allah masih kurniakan nyawa.

Hidup bermaruah yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika 5 tahun dulu kita mempunyai perancangan masa depan yang betul selari dengan usaha yang kita lakukan untuk mencapainya. Jika hari ini kita merancang, pastinya 5 tahun akan datang kita adalah kita yang bermaruah.

Hidup disayangi yang diidam-idamkan kita itu, mungkin akan menjadi kenyataan hari ini jika kita sentiasa berbuat baik pada orang sekeliling, tidak berdendam, tidak bercakap atau mengeluarkan kata-kata yang menaikkan darah seseorang, tidak membuat sebarang kejahatan kepada orang, dan belajar nilai baik untuk menyayangi seseorang yang secara langsung @ tidak langsung berada disekitar kita.

Manusia yang melakukan dosa dan maksiat, sudah tentu menguncang kemurkaan Allah swt. Nauzubillah. sebagai hamba, kita harus sedar yang segala apa yg kita ada adalah kepunyaanNya. tiada satu apa pun yang terlepas pandang dariNya dan tiada satu apa pun yang kita mampu menyembunyikan dariNya. Orang yang mendapat keredhaan Allah pastinya orang yang paling happy antara kita. Jadi, kenapa kita masih tidak berusaha mendapatkannya?

Bagi aku, orang yang happy tentunya adalah orang yang mempunyai kesemuanya. hidup ini bukan sekadar untuk kesenangan dunia, tapi untuk mencari keredhaan yang hakiki.

P/s: Orang yang selalu escape dari masalah adalah orang yang tidak mampu untuk menjadi Orang yang hidup happy. apapun masalahnya, hadapinya dengan tabah, usaha dengan kesungguhan, insyaAllah Allah bersama kita.

Wassalam
Hadi Pelera


Aku bukan orang yang 'sangat bagus' dan 'orang yang happy', tapi aku sedang berusaha mendapatkannya. insyaAllah. Agaknya apa yg menyebabkan aku berkongsi semua ini? Wallahualam.

No comments: