nuffnang

Friday, December 9, 2011

Jawapan untuk persoalan

Assalamualaikum

Sahabat yang dimuliakan, semoga berada dalam redha Allah sentiasa, InsyaAllah, Amiin.


Hidup ini kadang-kadang sangat membelenggu, kadang-kadang sesetengah perkara yang terjadi kepada diri kita sukar untuk diterima dan sukar untuk kita mengerti. lalu pelbagai persoalan muncul satu persatu danak benak pemikiran kita. Ada antara kita yag hanya gunakan logic akal utuk mentafsir, ada yang hanya redho dengan apa yang berlaku tanpa membuat apa-apa tindakan. betulkah apa yang selama ini kita lakukan? renung2kan lah sebentar.


Hayatilah Islam dengan mata hati, bukan dengan ikut-ikut orang. insyaAllah yakinlah Allah akan membuka hati kita untuk memahami apa yang terbuku dalam persoalan kita, insyaAllah Allah akan memberi hidayah dan jalan mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang membelenggu itu.


Indahnya Islam. Ia adalah Kesempurnaan.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Bila kita diuji, kita harus cekal menghadapinya. bukannya lari dari masalah. ayat diatas jelas memperlihatkan pada kita bertapa pentingnya usaha. Usaha kita adalah jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapi.


Allah sesekali tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha keluar dari masalah itu. kalau perlu merangkak, merangkaklah. bukan hanya redho dan berdoa agar Allah mengubah nasib kita tanpa sebarang usaha. Malangnya masih ramai antara kita yang hanya begitu, meleset pemikiran jika sebegitu rupa. Moga kita bukanlah gologan itu, amiin.


Bila kita ditimpa sesuatu musibah dan bala, cepat2 kita ingat pada Allah. Contohnya bila tsunami yang setinggi pokok kelapa berada dihadapan kita, tiada apa yang kita ingat kecuali Allah swt, memohon dan merayu supaya Allah meyelamatkan kita. Namun, bila kita tidak diuji, hidup aman dan tenteram, nyata Allah kita lupai, nauzubillah. kita lalai, leka terhadap ikmat kesenangan yg Allah berikan. semoga kita tidak jadi seperti Qarun, Firaun yang diuji dengan kesenangan dan kuasa dunia sehingga terlalu angkuh untuk menghambaka diri pada Allah. Natijahnya, Neraka lah tempat mereka.


Beruntung kita dilahirkan dalam Islam, secara fitrahya semua orang dilahirkan Islam, namun berapa orang yang betul-betul Islam seIslamnya, Islam dihatinya. berapa? Wallahu'alam.


Dengan ilmu, kita akan terhindar dari jahiliah dan kembali kepada fitrah yang sebenarnya iaitu Islam. insyaAllah. amiin.

::Bersambung::



2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tak ada soalan yang tidak mempunyai jawapan...

=)

Kira Sakura said...

betul...

dgn ilmu baru kita dpt menyambung corak yg dah dimulakan oleh kedua orang tua kita..

islam yg sebenar atau hnye pada nama...