Salam Semua.
Islam dan Melayu memang xdapat dipisahkan.Ini aku yang kata, mungkin kau rasa berbeza dari aku kan. Tapi apa pun yang kau fikir aku tetap yakin melayu itu dianugerahkan hadiah yang paling besar oleh Allah SWT, iaitu agama Islam. Maksud aku beragama Islam sekurang-kurangnya tertera pada kad pengenalan masing-masing. Mungkin juga sesetengah masyarakat kita menganggap Islam cuma begitu, Islam hanyalah tulisan rasmi yang tertulis pada kad pengenalan bagi setiap warga Melayu dinegara kita. Pemikiran secara begini nyata sekali meleset dan menyimpang dari kenyataan yang sebenar!
Islam itu kesempurnaan. Islam itu kecantikan. Islam itu adalah pegangan yang meliputi segenap aspek kehidupan kita didunia mahupun selepas kehidupan dunia(akhirat).
Umat Islam yang sejati adalah sebaik-baik umat. baik akhlaknya, jujur, sabar, rajin dan gigih berusahaha, berfikiran positif, kuat imannya,tabah menghadapi dugaan,bertolak ansur, menjaga percakapannya, mempunyai inovasi dan kreatif dalam hal-hal yang dikerjakan, istiqomah dalam mengerjakan kebaikan, selalu menjauhi perkara maksiat, serta bertawakkal kepada Allah SWT. Mungkin senarai ini hanya secebis daripada ciri-ciri umat Islam sejati.
Persoalannya, mampukah kita menjadi umat Islam Sejati? itulah persoalan utama untuk kita tanyakan pada diri kita pada saat ini. mari kita ukur kembali diri kita, setakat mana kita berada. Mungkin masih jauh perjalanan kita untuk menjadi umat Islam sejati. Bercakap memang mudah, nak buat memang payah. Itu semua orang pon tau. Tapi jika ada sedikit anjakan paradigma yang berlaku atas kerelaan diri kita sendiri, aku yakin kita pasti berjaya juga mencapainya sekurang-kurangnya sedikit.
Tak lama lagi ramadan akan tiba, bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. apa salahnya jika kita usaha perbaiki keburukan diri sendiri. misalnya, menjaga cara pemakaiaan kita supaya tidak terlalu menjolok mata dan mengikut syariat Islam. Menjaga tutur kata serta berbudi bahasa. Menjaga solat dan berpuasa dengan ikhlas dan reda. Memaafkan orang-orang di sekeling kita dengan ikhlas. insyaAllah aku yakin ia akan memberi sedikit ketenangan pada rohani kita. kepada kau yang membaca entry aku ni, terima kasih kerana membaca. mungkin Allah yang menginspirasikan Kau untuk membaca entry aku ni. Sekian~
p/s: Selamat menjalani Fardhu Puasa. kalo yang ada puasa ganti tu jangan buat-buat lupa pulak ye.. :D
No comments:
Post a Comment