nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Rabiatul Adawiyah II

Salam para pembaca yg dihormati,

Didoakan semoga pembaca sekalian dalam keadaan sihat Wal-afiaat, insyaAllah.

P/s 1: Entri ini ditujukan khas kepada sesiapa sahaja yang telah membaca entry aku sebelum ini iaitu 'Rabiatul Adawiyah'.

Okeh dulu aku pernah tulis cerita tentang kisah wali Allah ini, Rabiatul Adawiyah. Aku ingin minta maaf jika ada sebarang kesilapan dalam menulis kisah tersebut, maklum lah ilmu-ilmu sejarah silam aku memang tak expert sangat. Dan mungkin ada sesetengah daripada penceritaan aku itu agak diragui dan mungkin telah diolah kebenarannya. Untuk itu, diharap anda semua dapat merujuk semula penceritaan yang lebih jelas disini.


P/s 2: Credit kpd En. Zahiruddin kerana sudi berkongsi. Sekian Wassalam.

Tuesday, September 28, 2010

Hilang

Salam dan Hai,

Xda update yang sempoi untuk kali ini, hari ini semua cerita tentang kehilangan. Kehilangan yang memberi Kesedihan hati. Oh, sepatutnya kena letak intro lagu sedih tapi taktau nak upload lagu sedih yang mana, yang pastinya kalu ada lagu yang paling sedih anda penah dengar anda boleh pasang sendiri. Mungkin anda akan lebih menghayati erti kesedihan aku.

Kelmarin aku hilang wallet, aku sangat sedih. T_T
Duit dalam wallet cukup-cukup saja untuk duit makan sampai ujung bulan. kalu hilang duit, xmakan la aku. sob3..

Hari ni, aku hilang kunci moto pulak. T_T..
Kunci moto tu skali dengan kunci moto satu lagi, jadi ada dua kunci moto hilang sekaligus.

Aku belum tau esok aku hilang apa, aku kena lebih berhati-hati sebelum aku hilang benda yang paling serious!, iaitu HILANG SABAR dan HILANG AKAL!.

Jadi kepada pembaca yang sudi membaca, diharapkan anda lebih berhati-hati sebelum anda kehilangan sesuatu kerana ia mungkin sangat berharga untuk anda, mungkin anda tidak sedar sekarang tapi anda akan sedar bila anda telah hilang macam aku.

P/s: Dompet dan kunci moto aku dah jumpa, Alhamdulillah. arap2 esok aku lebih berhati-hati, insyaAllah. Ini memang salah aku kot. Aku anggap ini semua ujian tuhan atas kelalaian aku sendiri.

Sunday, September 26, 2010

Currently this is my Fav Song

Tahniah Black! Suara kau mampu membuat aku terhibur.

Ini baru artis.

Friday, September 24, 2010

EE Jan06 DInner Raya Terbaek!!!








P/s 1: EE Jan06 mmg terbaek!!! Smoga Success Slalu~

P/s 2: Naj, Syaji, Terbaek la gambar kita.. Woho~

P/s 3: Credit to Gad & Enol for this Fantastico video. thumbs up~

P/s 4 : Sila Share kalu ad gmbar Aku okeh?



Thursday, September 23, 2010

saja-saja

Salam Semua.
Sebenarnya, aku terasa nak tulis entri jiwang, tapi xsanggup pulak nak tulis sebab nama blog aku macam patut ada unsur2 keimanan sahaja. haha, lupakan. haih..
Ini ada sedikit permintaan.. :)
Kpd sesapa yang terbaca, terbuka, terstalk atau tertekan blog aku ni, nak mintak korang tolong doakan aku supaya lancar Final Year Project aku nih.. ada macam sangkut-sangkut sikit la. hadoi.. aku xdemand tinggi, dapat B pon jadilah. Erm.. B macam tinggi sangat, lulus pon jadilah. huhu. sedihnya ayat.
TQVM - may Allah bless u all,insyaAllah.

Tuesday, September 21, 2010

Awful Foods

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"

"Thanks dot dot dot for the awful Foods"
Awful is Awesome
Awesome is Awful
It is just the same meaning I guess
are you sure Mr. F?
laugh* laugh* laugh*
opsss..
P/s: To whom it may concern, just read it through like you read a lyric or a melody.What a day! hahaha.

Sunday, September 19, 2010

Dunia Akhir Zaman (insaf sejenak)

::Pukul::
::Seksa::
::Bakar::
::Bunuh::
::Rogol::
::Rampas::
::Tipu::
::Flush::
::Dera::
::Bunuh Diri::
Bla3...
Untuk apa semua ini??? haihh.
Ini semua tanda-tanda Dunia akhir Zaman!
Ya dunia akhir zaman, zaman kembali ke zaman jahiliah.
Zaman sebelum manusia kenal mana satu tuhan mana satu makanan.
Zaman sebelum manusia dapat bezakan mana satu anak, mana satu isteri.
Zaman sebelum manusia reti pakai baju.
Zaman sebelum manusia takut api neraka.
~Nauzubillah~
p/s : Semoga petunjuk Allah sentiasa menerangi hati kita supaya senantiasa berada diatas jalan yg diredhai-Nya. Amiin.

Saturday, September 18, 2010

Nasik Lemak


''Nasik Lemak RM0.50, RM1.00, RM1.50, RM2.00''

Persoalannya disini, yang mana paling sedap?
Jawapannya terletak ditangan anda!
Buat lah pilihan yg bijak sebelum anda membeli
Selamat membeli nasik lemak :D
P/s: Nasik lemak Al-Quds paling mahal, boleh mencecah sepuluh hinggit.
(xtermasuk dalam list diatas kerana diluar katogori. hahaha)

Thursday, September 16, 2010

Raya 2010 Terbaekk!

Salam Semua



P/s 1: Ini cerita raya aku, xmo baca sila lah blah.. hahaha!

Alhamdulillah syukur, tahun ni dapat aku dan keluarga beraya bersama. Tahun depan belum tentu lagi semuanya ada pada syawal pertama. Hmm.. agak sedih tapi nak buat macamana mungkin abang aku beraya di Pendang ikut keluarga sebelah isteri, dan kakak aku pula beraya di Johor ikut sebelah suami. Memang dah jadi adat la bila orang dah berkahwin, bukan boleh tiap2 tahun nak beraya dikampung sendiri. kan? [betul betul betul]

Di pagi syawal pertama, sebelum melangkah menuju ke masjid, syukur kehadrat Ilahi kerana berkesempatan aku bermaaf-maafan bersama ahli keluarga. Al-maklum la, dosa banyak sangat kt keluarga kena la mintak ampun. hahaha. Terima kasih Mak, Kaklong, Abang, Kakcik, dan adik terutamanya kerana sudi memaafkan segala kesalahan diriku ini. :) Dan lagi, tahun ni sempat pergi smayang raya walaupon terkena virus sakit perut. Hari raya ja sakit perut, sakit perut ja raya. hadoii!

Selepas smayang raya, berkesempatan pula menziarah makam ayahda tercinta di Masjid Pulau Maharaja jalan Koadiang. [Al-fatihah]. Dan apabila selesai semuanya, pulanglah aku ke rumah untuk mencekik santapan yg sedap2 di teratak bondaku. Dan selepas mencekik sudah tentu aktiviti seterusnya adalah ti....dooorr. hahaha. pastu, makan balik dan tidor lagi sampai la matahari terbenam. hoho!

Dan kisah hari raya bersama keluarga, sanak-saudara sebelah Allahyarham Ayahda dan sebelah Bonda bersambung ke hari raya kedua, ketiga dan keempat. Penat la penat oii, tp puas hati dapat menziarah semua. :D (yang syoknya, dapat duit rayaaa.. lalala~)

Okeh kisah family tamat disini, sori gambar keluarga belum diterima. nanti aku hupload insyaAllah.

~ to all my family : I love you all! ~
...............................................................................................................................



Reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra Batch (2001-2003)
Yo kawan-kawan, terima kasih aku ucapkan kepada yang terbabit kerana menjemput diri ini ke reunion tersebut. Dah lama xjumpa, bibir terkelu lidah membeku ya lah lama xjumpa aku jadi kaget. haha. apa-apapon, korang memang terbaekk! Walaupon ramai yang xdatang, tp aura reunion tu memang terasa. Semoga Korang success selalu noo,aku doakan. Aminn.

P/s 2: Tahun depan kita buat yang grand punya, dan rancang betul2 noo. Gambar aku hupload kemudian, insyaAllah nanti aku curi dari korang punya Facebook jgn marah noo. hehe [credit to najmie]










~~~

Reunion Maktab Rendah Sains Mara Pendang Batch (2004-2005)

Hari raya kali ni bertambah meriah apabila buat kali keduanya ada konvoi raya budak-budak pendang menziarahi rumah kawan-kawan seMRSM. Tahun lepas dah buat tp cuma 4 5 orang saja, tahun ni semakin sakan sampai 6 biji kereta. woho! tahniah2. Terima kasih yang tak terbelah bahagi kepada saudara Amhar Azmi kerana berjaya mengumpulkan kitaorang semua. caya lah bro, taun depan hg arrange lagi noo. hoho.. okeh dibawah ni nanti akan aku hupload gambar2 kenangan yang akan aku curi difacebook korang. harap anda semua bergumbira~

P/s 3: Kepada penumpang keta aku, diharap anda semua juga bahagia. pro x aku bawak? haha. kepada yang xsempat nak naik keta aku tu, kena lah isi borang siapa cepat dia daaa...paatt. wakaka~







Wednesday, September 1, 2010

Baju Raya

salam dan yo!

Aku teringin sangat nak pakai baju melayu warna hitam sejak dari kecik-kecik lagi. Malangnya, setiap tahun hasrat untuk membeli baju melayu berwarna hitam tak pernah sekali pon kesampaian. Kesiannya aku nih sob3. sedih jugak bila pikir pasal baju raya ni. :( nak tau pasaipa? pasai dia, 'taste' aku ni kurang disenangi sikit oleh mak aku, sbb mak aku kata baju warna hitam ni macam baju orang nak pegi berkabung. ya ka mak? (x kot) haha. haih! Mungkin itu sebab utama aku kempunan sampai sekarang ni xdapat den nak meraso bergayo dihari rayo dengan memakai baju melayo kalor hitom tuu ( bahasa kejadah apa ni?) hoho.

Mintak-mintak tahun 2010 ni kesampaian la hasrat aku utk bergaya di hari lebaran dengan kaler kegemaran hati aku nih, insyaAllah. doa2kan lah noo sahabat2 blogger sekalian yg memahami kesedihan hati aku nih (ceh poyo) haha.

p/s 1: Hitam itu gaya, mutu, dan keunggulan.

update status baju raya aku taun ni :

hahaha. kan aku dah cakap, memang xdapat punya nak yang hitam tu. btw, taun ni kaler baju aku adalah pitch. ok la 2 kan. hoho.. hadoii

p/s 2 : Taun ni raya amat best, nanti aku upload gambar raya, insyaAllah.