nuffnang

Thursday, November 11, 2010

Globalisasi

salam wbt,

Lately hidup aku agak terumbang ambing, sebab banyak benda dah nak sampai due date tp masih xsiap-siap lagi. memang pressure hidup macam ni, time-time ni la baru nak mengeluh sana mengeluh sini. haih (perkataan yang menggambarkan mengeluh). apa-apa pon inilah diri aku dan cara aku, insan kekurangan yang diberi nama Abdul Hadi ~::peace::~

okeh entri ni bukan nak sembang tentang kelemahan-kelemahan yang aku ada, tapi nak sembang pasai apa yang aku rasa.

P/s 1: dalam kalut-kalut sempat lagi tuuu.. budak ni la kan. okeh mari kembali ke topic utama~

sekarang ni kita boleh bahagi dunia kepada dua, satu dunia nyata dan satu lagi dunia maya. dunia nyata adalah dunia tempat kita bertapak dan bernafas sebagai manusia. dunia maya pulak dunia khayalan yang dicipta manusia sendiri untuk keperluan-keperluan tertentu. berbekalkan teknologi yang semakin canggih macam sekarang ni, manusia dah boleh lihat lebih jauh. boleh nampak sampai system angkasaraya. dahsyat manusia skrg. tahniah!

iklan : Filem inception sangat menarik! sila tengok kalau belum. best 5 bintang.

Apa yang menarik dalam dunia maya? err.. dalam dunia maya kita boleh buat bisnes (tanpa sempadan), kita boleh bersosial (tanpa sempadan), boleh timba ilmu pengetahuan (tampa sempadan), boleh buat macam-macam macam dunia nyata jugak (juga tanpa sempadan). nampak pada dasarnya macam sama tapi tak serupa. (?) ada manusia zaman skrg ni lebih banyak luangkan masa didalam dunia maya berbanding dunia nyata kerana mereka rasa hidup mereka lebih selesa lebih hebat didunia jenis ini.

Jadi, apa kejadahnya topic yang aku nak bincangkan ni?

okeh, ada beberapa isu yang aku nak highlight sebenarnya. antaranya:

isu 1: Glabalisasi mengganggu privacy

sejauh mana kita sudah pergi dalam dunia maya? sudah berapa banyak info tentang diri kita yang telah kita publish? persoalan macam tu kadang-kadang boleh buat orang telan air liur glup glup. mungkin dalam separa sedar, sudah banyak info yang sepatutnya jadi privacy tapi kita telah dedahkan kepada dunia. Ini sangat mengancam diri kita sendiri sebenarnya, dan aku pon macam baru nak sedar akan kecaman yang sdang berlaku itu.

isu 2:bahan porno semakin berleluasa

tidak syak lagi ramai pelacur murahan sudah pandai guna alam maya, kesannya banyak video-video dan gambar-gambar porno tersiar sekitar alam maya ni. yg memang sah pelacur murahan xkisah la, yang terlanjur dengan pakwe pon disiarkan, yang kena skodeng, yang paling kesian yang kena rogol. haih... ini sgt memalukan dan mencemar nama baik si pesabit. tuan punya blog lansung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang dinyatakan ini, masih suci harap maklum. :D

isu 3: publisity orang bukan artis

skrg ni xperlu jadi artis untuk dilihat macam artis. dengan bermodalkan laman web kegemaran ramai, FB dan juga Blog ataupon website, anda mampu untuk menonjolkan diri anda macam artis. tambah-tambah kalu tuan punya diri tu ada rupa, memang cepat la popular macam artis. bila dah rasa artis, mula la nak ajar orang berfesyen, nak kongsi tip kecantikan, nak publishkan kecomelan yang ada, nak kongsi perasaan, tip-tip kecemerlangan dan sebagainya. tambah-tambah golongan pompuan. opss.. maaf. hahaha... nampak macam aku kondem golongan ni? mana ada, aku tak kondem. tapi kalu dah sampai tahap budget macam artis tu sila jaga-jaga sikit, mungkin privacy anda akan terganggu sbb anda dah terdedah kepada bahaya dunia maya. anda sendiri pon paham kan maksud aku.

jadi, apa kejadahnya aku tulis semua ni?

semua orang punya harga diri/semua orang rasa perlu dihormati/semua orang tidak suka apabila diganggu privacy. Apa-apa pon yang anda lakukan, aku harap anda sentiasa beringat yang dunia maya ni global tiada sempadan, bila-bila masa orang boleh ceroboh, boleh ganggu, boleh kill hidup anda ( I kill you) dan bila-bila masa orang boleh buat hidup anda kacau bilau.

P/s 2: jadi, apa kejadahnya aku tulis semua ni?
Kahkahkah... Lu pikir la sendirii~

P/s 3: kalu semua nak jadi artis, artis jadi apa?
*bg jawapan engineer sikit lar*

No comments: