nuffnang

Saturday, November 27, 2010

hobi aku yang pertama

salam.

tinggal satu paper ja lg untuk habiskan degree aku ni. yeah! tp dengan syarat semua subject mestilah lulus. adat exam la, ada yg boleh jawab ada yang xboleh jawab. tp paper Power Electronics II kemarin buat aku rasa nak keluaq exam awai. keluaq awai sebab xleh jawab sekian. 'enough said', kembali ke topic~

semua orang ada hobi masing-masing. ada orang hobinya main game, ada yang hobinya membaca, ada yang hobinya shopping dan macam-macam lagi. apakah hobi anda? tepuk dada tanya (__sometextmissing__) dada. tepuk dahi tanya dahi. tepuk bantal sila tidoq. tepuk orang sebelah tanya (__isi tempat kosong__)? hahaha.

tau x hobi pertama aku sebenarnya apa? sapa tau aku bg p(___) dua das boleh? hahaha (entry semakin emo, hoho). cerita tentang makan (___), tangan aku ni dah hinggap kat dua orang dah selama aku hidup, pertama ialah kawan aku aka seorang mamat kt sekolah rendah (nama tidak perlu disebut kot!), lupa dah gaduh sebab apa dengan dia. gaduh sebab kalah main rubber kot. ~[big lol]~ gaduh budak-budak biasalah kan takat (___) dua tiga das xda hal lah. hahaha. satu lg kalu xsalah kt muka adik aku kot, (___) seorang abang, xda la kuat sgt kot. muhaha. tu la sapa suh ketegaq sgt. aku kan abang. wakakaka crew~

eh jgn salah faham, hobi aku bukan (___) orang. jadi jangan terlalu risau sampai lari bila nampak muka aku lalu. kahkahkah!

sebenarnya, hobi aku yang pertama ialah melukis. :D aku sangat suka melukis dan mencongteng. sejak waktu kt sekolah rendah lg, habis buku-buku latihan sekolah aku conteng termasuklah buku matematik dan buku pendidikan islam. buku matematik adalah buku pilihan utama untuk melukis sebab ada garisan grid yang mana memudahkan bila nak lukis gambaq kepala Goku, Bezita dan Kurin sbb senang nak bg center bahagian kepala. erk??

aku juga suka lukis gambaq portreit. gambaq portreit pertama yang aku pernah lukis ialah gambaq shah rukh khan. xpayah gelak kot, zaman aku membesar banyak terpengaruh dengan unsur-untuk cerita hindustan. betui? Hero hindustan lama yang aku minat adalah Govinda. hoho style beb~ boleh kata kaset radio lama yang masih ada kt rumah aku sekarang ni adalah 75% daripadanya adalah lagu-lagu hindustan. haha. semuanya mestilah bukan pembelian aku, pembelian kakak sulung aku yang dulu taksub sungguh dalam meminati artis hindustan. jadi, kulit cover album kaset tu la aku bedai untuk testing melukis. dari hari ke hari, tahun ke tahun lukisan aku semakin improve dan semakin (---). yeah!. SPM pon aku amik seni visual dan dapat A1. :D. tapi sayang aku rasa lukisan-lukisan yang aku lukis semua dah kena bakaq ngan mak aku time beliau dok kemas rumah. sob3. sedihnya xdapat nak simpan sampai ke tua haih.

sekarang ni aku dah jarang melukis. mungkin sbb dah lama tinggalkan tabiat ni. btw, sejak dua tiga menjak ni, keinginan untuk melukis tu tiba-tiba muncul balik. mungkin sbb dah nak abih blajaq dah kot. sekurang-kurangnya dapat isi 'masa lapang' time keboringan tak buat apa-apa sebelum gelut mencari peluang kerjaya nanti. ngeh~

P/s: kalu ada sapa-sapa berminat nak suruh aku lukis portreit dia boleh pm aku. hahaha. tp xda jaminan la jadi ke tak sbb dah lama xmelukis.

P/s 2: kpd rakan2 seUTP, aku mintak maap noo kalu da salah silap sepanjang perkenalan kita di UTP neh. kpd yg aku sedang berhutang, insyaAllah aku akan langsaikan dengan segera sblum aku keluar UTP. kepada yg aku terhutang budi, biarlah Allah saja yg membalasnya. terima kasih semua.

Wednesday, November 24, 2010

Sekali ketawa terus tak bleh berenti




P/s: sapa yg xda 'common sense' macam farouk dan Gegaq xyah tengok pon xpa. sia-sia!

Monday, November 22, 2010

Kechut Peghut......dowhh~


Salam wbt,

pernah menjejakkan kaki ke Kellie's Castle? jika belum pernah, anda boleh google 'Kellie's Castle' skrg atau sekejap lagi.


sebagai ringkasan:

Kellie's Castle (sometimes also called Kellie's Folly) is located near Batu Gajah, and is about 20 minutes' drive from Ipoh, Perak,Malaysia. The unfinished, ruined mansion, was built by a Scottish planter named William Kellie Smith. According to differing accounts, it was either a gift for his wife or a home for his son. (taken from wiki)

kalu tak silap aku, tempat yang aku sedang berdiri dalam gambar tersebut adalah court tennis tuan smith. dahsyat jugak dia punya angan-angan nak main tennis atas bumbung rumah, eh silap bumbung istana, ka kota eh? err... castle tu apa sebenarnya? kota kan? kahkahkah. ah lemahnya kosa kata bahasa inggeris aku. deng! -abaikan anggap saja atas bumbung.

disebabkan struktur binaan 'castle' tu masih belum siap, jadi anda perlu berhati-hati ketika memanjat 'castle' tersebut. betul ka memanjat? ah kosa kata melayu pon lemah jugak!!! -tak perlu tulis lagi, harini otak aku breakdown, sori ayat macam budak tadika hoho.

P/s: hati-hati kalu takut gayat semasa panjat tu, even aku yang xkenal erti gayat ni pon ketar lutut. wakakakakakaka.

Pee/ass: err.. aku memang takut tinggi sekian.

P/s lagi: err.. abaikan dowh itu.


boleh lihat sini juga:
http://itqaanmuslim.blogspot.com/2010/11/kellies-castle.html#comments

Friday, November 19, 2010

kawan lama

salam wbt,

Disebabkan hari ni adalah hari sabtu,

jadi,
jadi,
jadi?

ya jadi, sebarang aktiviti kekalutan yang melibatkan pelajaran dan pembelajaran harus lah ditinggalkan sebentar sempena menghormati hari hujung minggu. :D

No books today, yeah!!!

P/s : tak syak lagi aku memang seorang yang sangat malaih xhenggaa!.. ngehh~

Berkenaan dengan title entry aku tu, aku ada cerita sebenarnya nak kongsi dengan dunia tentang seorang kawan lama. err.. sepatutnya entry ni diberi nama 'erti persahabatan', tapi aku malas nak tukaq dah. lebih baik aku pikir cara yang relevant utk goreng sampai kena dengan title aku tu. kahkahkah! ( ini la kesan bila tulis tanpa berfikir)

kawan. erti kawan ni sangat luas sebenarnya. bak kata seseorang awek yang pernah aku kenali dulu, kawan ni terbahagi kepada tiga jenis. kawan jenis pertama disebut kawan. kawan jenis kedua diberi nama sahabat. dan kawan jenis ketiga diberi nama teman. menurut apa yang dia kata, kawan tu jenis yang kita kenal tapi xcukup mesra. susah senang belum tentu bersama. yang kedua iaitu sahabat, jenis yang ni yang rapat dengan kita. dapat kongsi susah senang. boleh pinjam duit,boleh mintak nasihat, boleh mintak tolong. yang penting time susah senang dia mesti ada kat sebelah. itulah sahabat katanya. yang last, teman tu yg paling special. sbb? teman ni jenis yg ada chemical bonding, dia dapat rasa apa yang aku rasa dan aku dapat rasa apa yang dia rasa tanpa perlu bicara. sama-sama merasa. wakaka. senang kata, lebih mesra dan lebih dekat dihati. itu dia yang kata, aku xkata. hahaha!

apakehei???

bagi aku la kan, kawan ni ada dua jenis ja. satu jenis dipanggil kawan sejati dan satu jenis lagi ialah kawan biasa.

sejak dari kecik, dah bermacam-macam jenis orang aku dah kenal. dan sekarang ni dah ramai sangat dah manusia yang bergelar kawan dalam hidup aku yang muncul dan muncul dan muncul dan muncul dan hilang. hoho dan hilang pon ada juga. korang describe sendiri la apa punya jenis dua katogori kawan yang aku maksudkan tu ye. jadi lepas ni, anda boleh lah golongkan aku ni jenis kawan yang mana satu dalam hidup anda.

P/s 1: ada seorang kawan lama ni, kami satu group waktu satu program kem sains darjah 6 yang melibatkan beberapa buah sekolah di daerah kubang pasu. baru-baru ni dia add FB aku. aku betul-betul xsangka yang dia masih ingat aku sedangkan kami hanya kenal 2 3 hari saja tu pon dalam tempoh kem tersebut. tima kasih kawan kerana masih ingat aku, dan mintak maaf jugak sbb mula-mula aku xberapa nak ingat. huhu. apa jenis kawan aku ni daa.. aiyark.. :D

P/s 2: kawan yang xmemahami mungkin boleh ketawa bersama-sama. tapi untuk menangis bersama mungkin tak mungkin. untuk berkongsi masalah apatah lagi. sebenarnya, kawan jenis ni la yang paling banyak dalam hidup kita. jangan salah kan kawan yang jenis ini jika anda rasa mereka nampak macam mengabaikan anda sebab memang sah mereka kurang memahami anda. peace~

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha kpd seluruh umat Islam

Ya Taiba

Ya Taiba Ya Taiba Ya Dawal Aiyyaana
Shtiknaa Lak Wilhawana Daana
Wilhawana Daana

Lammasaa Rilmarkabnaa Saani Saaru-ul Dam-ai Maa-Ja-Faani
Aakhazu Kalbi Ma Jinaani
Ya Taiba Yaati Malwal Haana
Yaati Malwal Haana

Ya Taiba Ya Taiba Ya Dawal Aiyyaana
Shtiknaa Lak Wilhawana Daana
Wilhawana Daana

Qiblaati Baitullahi Saabir Al-Laani Yaumal-Laki Zaayeer
Ya Turah Haltaraani Naazir Lilkaaba Tug Murnib Aamaana
Wa Tug Murnib Aamaana

Ya Taiba Ya Taiba Ya Dawal Aiyyaana
Shtiknaa Lak Wilhawana Daana
Wilhawana Daana

Nabina Agla Um-Nniyaati Azur-rak Lov Mar-Rab Hayaati
Wab-Jiwa-Rak Salli Salaati Wazkur Raab-bi-wat-lul Quraa'na
Wat-lul Quraa'na

Ya Taiba Ya Taiba Ya Dawal Aiyyaana
Shtiknaa Lak Wilhawana Daana
Wilhawana Daana

Bushraki-il Madina Bushraki Bi-Kudumil-Haadi Ya Bushraki
Fa Haal-Li Maawa Fihi Maaki Ataman-Na Fan-Nooru Sabaana
Nooru-Kum Sabana

Ya Taiba Ya Taiba Ya Dawal Aiyyaana
Shtiknaa Lak Wilhawana Daana
Wilhawana Daana



Translation

Chorus
O Tayba, O Tayba
O cure of the patient
we missed you, and passion has called us to you

As the ship departed, it forgot me
they sailed away and my tears never dried up
they took my heart and my soul with them
O Tayba, you're the distracted's love

Chorus

My direction of prayer (my Qiblah), the house of Allah, I'm patient
perhaps a day will come to visit you
I wonder, Will I be looking upon alkaaba
and being overwhelmed with it's safety..

Chorus

Our prophet, my best wishes, to visit u,
At least once in my life
and near you, to perform my prayers
to praise my Lord, and to recite Qur'an

Chorus

O Madina, How lucky you are
for the coming of the loadstar
May I have a shelter beside you
Indeed, your light has enchanted us

Monday, November 15, 2010

Amanarrasul

Bismillaah ar-Rahman ar-Raheem
Amanar-rasulu bima unzila ilayhi min rabbihi wal-muminun
Kullun amana billahi wa mala ikatihi wa kutubihi wa rusulih
La nufarriqu bayna ahadin min rusulih
Wa qalu sami'na wa a-ta'na ghufranaka rabbana wa ilaykal masir
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Laha ma kasabat wa alayha maktasabat
Rabbana la tu akhidhna in nasina au akhta'na
Rabbana wa la tahmil alayna isran kama
Hamaltahu alalladhina min qablina
Rabbana wa la tuhammilna ma la taqata lanabih
Wa'fu anna, waghfir lana, warhamna
Anta maulana fansurna alal-qaumil-kafirin

Saddaqallah hul Azim

............................................................................

The meaning :

In the Name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
The Apostle, and the believers with him,
believe in what has been bestowed upon him from on high
by his Sustainer: they all believe in God, and His angels,
and His revelations, and His apostles,
making no distinction between any of His apostles; and they say:
"We have heard, and we pay heed. Grant us Thy forgiveness, O our Sustainer,
for with Thee is all journeys' end!
"God does not burden any human being with more than he is well able to bear:
in his favor shall be whatever good he does,
and against him whatever evil he does.
"O our Sustainer! Take us not to task if we forget or unwittingly do wrong!
"O our Sustainer! Lay not upon us a burden such as Thou didst lay upon those
who lived before us!
O our Sustainer! Make us not bear burdens which we have no strength to bear!
"And efface Thou our sins, and grant us forgiveness, and bestow Thy mercy upon us!
Thou art our Lord Supreme: succor us, then, against people why deny the truth!"

Allah, the Most High, speaks the truth. If one recites only a portion of a surah, it is necessary to say at the end of the selection:
Saddaqallah hul Azim (Allah, the Most High, Speaks the truth.)

Sunday, November 14, 2010

final exam & raya haji

Salam Wbt,

Ya Allah Ya tuhan kami, kami memohon kepadaMu ya Allah, agar kau permudahkanlah segala perkerjaan kami. Ya Allah, berikanlah kami hidayah dan cahayaMU agar kami mudah memahami ilmu yang kami pelajari, sehingga meresap kedalam sanubari hati kami. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami ya Allah, sesungguhnya kami insan yang lemah, insan yang lalai, yang belum cukup kuat untuk melawan hawa nafsu kami. sesungguhnya yg baik itu datang dariMU, dan yang buruk itu juga datang dariMU tetapi atas kesilapan kami sendiri.

amin ya rabb


P/s: selamat hari raya korban/raya haji kpd semua yg sudi membaca blog aku.

P/s 2: semoga pada hari raya kali ini, kita dapat melakukan pengorbanan menuju kearah kebaikan,insyaAllah.

Thursday, November 11, 2010

Globalisasi

salam wbt,

Lately hidup aku agak terumbang ambing, sebab banyak benda dah nak sampai due date tp masih xsiap-siap lagi. memang pressure hidup macam ni, time-time ni la baru nak mengeluh sana mengeluh sini. haih (perkataan yang menggambarkan mengeluh). apa-apa pon inilah diri aku dan cara aku, insan kekurangan yang diberi nama Abdul Hadi ~::peace::~

okeh entri ni bukan nak sembang tentang kelemahan-kelemahan yang aku ada, tapi nak sembang pasai apa yang aku rasa.

P/s 1: dalam kalut-kalut sempat lagi tuuu.. budak ni la kan. okeh mari kembali ke topic utama~

sekarang ni kita boleh bahagi dunia kepada dua, satu dunia nyata dan satu lagi dunia maya. dunia nyata adalah dunia tempat kita bertapak dan bernafas sebagai manusia. dunia maya pulak dunia khayalan yang dicipta manusia sendiri untuk keperluan-keperluan tertentu. berbekalkan teknologi yang semakin canggih macam sekarang ni, manusia dah boleh lihat lebih jauh. boleh nampak sampai system angkasaraya. dahsyat manusia skrg. tahniah!

iklan : Filem inception sangat menarik! sila tengok kalau belum. best 5 bintang.

Apa yang menarik dalam dunia maya? err.. dalam dunia maya kita boleh buat bisnes (tanpa sempadan), kita boleh bersosial (tanpa sempadan), boleh timba ilmu pengetahuan (tampa sempadan), boleh buat macam-macam macam dunia nyata jugak (juga tanpa sempadan). nampak pada dasarnya macam sama tapi tak serupa. (?) ada manusia zaman skrg ni lebih banyak luangkan masa didalam dunia maya berbanding dunia nyata kerana mereka rasa hidup mereka lebih selesa lebih hebat didunia jenis ini.

Jadi, apa kejadahnya topic yang aku nak bincangkan ni?

okeh, ada beberapa isu yang aku nak highlight sebenarnya. antaranya:

isu 1: Glabalisasi mengganggu privacy

sejauh mana kita sudah pergi dalam dunia maya? sudah berapa banyak info tentang diri kita yang telah kita publish? persoalan macam tu kadang-kadang boleh buat orang telan air liur glup glup. mungkin dalam separa sedar, sudah banyak info yang sepatutnya jadi privacy tapi kita telah dedahkan kepada dunia. Ini sangat mengancam diri kita sendiri sebenarnya, dan aku pon macam baru nak sedar akan kecaman yang sdang berlaku itu.

isu 2:bahan porno semakin berleluasa

tidak syak lagi ramai pelacur murahan sudah pandai guna alam maya, kesannya banyak video-video dan gambar-gambar porno tersiar sekitar alam maya ni. yg memang sah pelacur murahan xkisah la, yang terlanjur dengan pakwe pon disiarkan, yang kena skodeng, yang paling kesian yang kena rogol. haih... ini sgt memalukan dan mencemar nama baik si pesabit. tuan punya blog lansung tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang dinyatakan ini, masih suci harap maklum. :D

isu 3: publisity orang bukan artis

skrg ni xperlu jadi artis untuk dilihat macam artis. dengan bermodalkan laman web kegemaran ramai, FB dan juga Blog ataupon website, anda mampu untuk menonjolkan diri anda macam artis. tambah-tambah kalu tuan punya diri tu ada rupa, memang cepat la popular macam artis. bila dah rasa artis, mula la nak ajar orang berfesyen, nak kongsi tip kecantikan, nak publishkan kecomelan yang ada, nak kongsi perasaan, tip-tip kecemerlangan dan sebagainya. tambah-tambah golongan pompuan. opss.. maaf. hahaha... nampak macam aku kondem golongan ni? mana ada, aku tak kondem. tapi kalu dah sampai tahap budget macam artis tu sila jaga-jaga sikit, mungkin privacy anda akan terganggu sbb anda dah terdedah kepada bahaya dunia maya. anda sendiri pon paham kan maksud aku.

jadi, apa kejadahnya aku tulis semua ni?

semua orang punya harga diri/semua orang rasa perlu dihormati/semua orang tidak suka apabila diganggu privacy. Apa-apa pon yang anda lakukan, aku harap anda sentiasa beringat yang dunia maya ni global tiada sempadan, bila-bila masa orang boleh ceroboh, boleh ganggu, boleh kill hidup anda ( I kill you) dan bila-bila masa orang boleh buat hidup anda kacau bilau.

P/s 2: jadi, apa kejadahnya aku tulis semua ni?
Kahkahkah... Lu pikir la sendirii~

P/s 3: kalu semua nak jadi artis, artis jadi apa?
*bg jawapan engineer sikit lar*

Sunday, November 7, 2010

hujung minggu aku

salam wbt

wah, dah lama xupdate blog. kahkahkah. jgn terpedaya, cuma beberapa hari saja aku xupdate blog tapi rasa macam dah bertahun. itulah tanda-tanda blogger sejati, betul jugak kata si romate aku tu aku dah jadi blogger tegar. hidup hadi! yeahh

tahun 2010 ni mencatatkan satu lagi record buruk bg penduduk kubang pasu, atau lebih spesifik lg penduduk jitra kerana telah mengalami bencana banjir. agak dahsyat jugak banjir kali ni sampai ada beberapa tempat yang tidak dijangka naik air telah naik air. ada juga kes orang mati hanyut banjir. haih agak horror bunyi disitu.

disebabkan kesedaran sivik yg agak tinggi sebagai anak jati negeri kedah atau lebih tepat sebagai salah seorang warga jitra, aku terpanggil balik untuk jadi superhero di kampung halaman aku tu. jadi aku pon balik kg dengan menunggang seekor kuda yang bernama honda ex5. ngeh ngeh ngeh, sejenis kuda liar yang tidak liar mana. dipendekkan cerita perjalanan aku balik kg tu, lebey kurang jam 8.30 malam macam tu aku pon sampai di exit alor star utara.

tiba-tiba.. alamakkkk!

jalan highway nak ke jitra ditutup? aiyarkk.. jadi terpaksa la aku keluar ikut exit alor star utara tu. sepatutnnya aku streit lg sampai jumpa exit bandar darulaman tapi jalan tu dah banjir kaw2 jadi ditutup buat sementara.

apa lagi exit alor star utara la aku membelokkan kuda. bila aku masuk exit tu, perghh.. air berada dimana2 terutamanya atas jalan raya. bekalan elektik juga diputuskan. mau xmau terpaksa randuk jugak dalam air yang paras stand kaki moto aku tu. aku redah slow2 takut jantung kuda aku kena air maklum la kuda aku kena penyakit jantung berlubang. wakakaka..

dipendekkan cerita lagi, banyak jalan alor star kena tutup. bila sampai simpang,contohnya simpang 4, mesti ada tiga simpang yang ditutup sebab dinaiki air. jadi mau xmau terpaksa ikut saja jalan mana yang ada. punya la susah nak balik rumah dijitra hohoho. dengan azam yang kental aku teruskan jugak perjalanan. yeah.. seperti biasa dua tiga kali jugak terpaksa patah balik jalan yg aku lalu sebab air semakin naik. rasa macam xdapat balik pon ada. kahkahkah.

aku pon cari la inisiatif, tgk mana ada jalan kampung aku redah ja. syukur la kepada Allah sbb ada jalan yg aku boleh lalu. dipendekkan cerita lagi setelah menyelinap jalan demi jalan, sampai jugak aku kt pekan jitra. tu pon moto aku mati sekali sebab carburetor dan plug tenggelam air.


pheww~

letih jugak la main air dalam perjalanan balik rumah tu. bila dah sampai jitra aku tengok keadaan dak OK. xda la teruk macam tengok dalam tv tu. tp masih ada beberapa kawasan perumahan yang detenggelami air. selamat la jalan kt jitra dah kering jadi boleh balik dengan hati yang senang. tp keadaan nampak horror sikit la sebab banyak kereta park tepi jalan sbb tenggelam air, sebijik macam dalam cerita zombie. kehkehkeh~

keesokan hari, mak aku ajak pegi jalan-jalan tengok kawasan banjir sebab mak aku xkeluar rumah pon time banjir, kesian mak aku xdapat nak tgk orang main air. jadi aku pon bawak la mak, adik dan sorang anak saudara aku. terkejut mak aku tengok orang tidoq atas jalan. ada jugak yang masak tgh2 jalan. haih macam-macam lagi malas nak tulis.

itu saja update dari aku sekian wassalam.

P/s: syukurlah xda apa-apa yang terjadi kat keluarga aku, Alhamdulillah.

Monday, November 1, 2010

Doa tolak bala

ALLAAHUMMADFA' 'ANNALGHOLAA-A WALBA LAA-A WALWABAA-A WALFAHSYAA-A WALMUNKARO WAS SUYUUFALMUKHTALIFATA WASY-SYA DAA-IDA WALMINHANA MAADHOHARO MINHA WAMAABAATHONA MINBALADINAA KHOSSOTAN WAMIN BULDAANILMUSLIMIINA 'AAMMA TAN INNAKA 'ALAA KULLI SYAI-IN QODIIRUN

Wahai Allah, hindarkanlah dari kami kekurangan pangan, cobaan hidup, penyakit2 wabah, perbuata2 keji dan mungkar, ancaman2 yg beraneka ragam, paceklik2 dan segala ujian, yang lahir, maupun idalam batin, dinegri kami ini khususnya, dan seluruh negri pada umumnya, karena sesungguhnya Engkau atas segala sesuatu adalah berkuasa.