nuffnang

Sunday, July 31, 2011

Few Important Numbers

1106

115

KBE1755


To Everyone,

Wish everyone here Happy Fasting, May Allah SWT bless us in life and Hereafter insyaAllah.

To Me,

Take this opportunities to improve iman and be a good muslim.

Best Regards,
Hadi PELERA

Monday, July 25, 2011

hari pertama

salam dan hai,

harini adalah hari pertama aku start keja.


so hari ini aku jumpa beberapa perkara antaranya adalah;


suasana kerja baru,


machine tools yang baru,


ilmu-ilmu baru,


dan

bertemu muka-muka baru,


harap-harap ada la aweks-aweks baru aku jumpa nanti. hahahadehh!


esok blajaq benda baru lagi, go3 hadi.


wassalam
Hadi PELERA

Tuesday, July 19, 2011

Wordless Today : Pau3 Engineers in action




En. Syazwan aka syaz


En. Haniff aka anip


En. Hafifi aka pp

IR. Dr Hadi aka adi :p


En. Imran aka MSG

En. Farouk aka fakrol

Sunday, July 17, 2011

Disaat kita lupakan Dia


Salam Keinsafan

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Nabi Adam a.s, manusia yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai manusia pertama diciptakan oleh Allah swt, manusia yang menjadi titik tolak kepada percambahan manusia yang kini sangat banyak terdampar dipermukaan bumi dan didalam bumi (erk). Agak-agak lah kan, dah berapa ramai manusia dah hidup diatas muka bumi Allah ni ye? Agaknya sudak tidak terkira dengan akal Wallahualam.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Cerita tentang nabi Adam a.s, baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan. Sebenarnya Nabi Adam a.s ditempatkan di syurga, tetapi setelah mengingkari perintah Allah Baginda diturunkan ke bumi bersama-sama dengan isterinya, Hawa.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu ( Nabi Adam), mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:


"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."


Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::


Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna:


::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Rujukan : Penciptaan Adam

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Hakikat penciptaan manusia, kita adalah makluk Allah yang hebat dan disayangi oleh Allah swt sehinggakan Allah swt mengarahkan para malaikat untuk sujud hormat kepada manusia. apakah kita sedar akan hakikat ini?

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

kita makluk yang disayangi Allah swt, secara fitrahnya kita ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan unik. kalau muka sama pon, hati lain-lain. tapi kenapa kita asyik melupakan Allah setelah kita diberi nikmat?

Sekadar peringatan kepada diri sendiri juga,

disaat kita melupakan Dia, Dia masih memberi kita nikmat-nikmatNya

disaat kita melupakan Dia, Sepertinya Dia masih memberi ruang taubat kepada kita

makanan dan minuman itu, tempat tinggal, udara yang segar, kesihatan, itu bukan nikmat pemberian Allah kah? Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Semoga peringatan ini terkesan dijiwa masing-masing, insyaAllah.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Sekian
Wassalam
Hadi Pelera

Thursday, July 14, 2011

Bulan Ramadhan Sudah Hampir Tiba. Apakah kita sudah bersedia?

Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan, bulan rahmat, bulan penuh keberkatan dan keampunan Allah swt sudah hampir tiba. Sudahkah kita bersedia secara mental dan fizikal untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah Swt dalam bulan yang mulia ini? insyaAllah, semoga ramadhan tahun ini akan menjadi ramadhan yang lebih baik dari ramadhan yang terdahulu.


Sekadar perkongsian ikhlas ttg satu hadis tentang keistimewaan bulan ini.



Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

rujukan : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm


Wassalam

Hadi Pelera

Sunday, July 10, 2011

kecantikan hati mengalahkan kecantikan fizikal

Assalamualaikum...


Cantik itu subjektif, mengikut citarasa dan pandangan masing-masing. ada yang melihat cantik itu hanya pada luaran, namun ada juga yang melihat pada dalaman seseorang. Dan sudah tentu ramai yang melihat kedua-duanya,

Dalam memilih pasangan hidup khususnya, benda seperti inilah yang harus dititikberatkan. memilih hati atau rupa paras? zaman sekarang ni memang la payah sikit nak memiliki kedua-duanya. jika dapat, bersyukurlah. jika tak dapat, tepuk dada tanya orang tua. :p


Bagi aku, jika perlu pilih antara luaran dan dalaman, aku lebih berat untuk memilih dalaman. buat apa jika cantik diluar saja tetapi didalam buruk? tapi kalau ada keduanya itu kan lebih baik. sekadar pendapat aku.


tapi tak salah juga memilih yang cantik diluar saja, kerana yang dalaman itu pon masih boleh dibentuk. tapi mungkin mengambil masa yang lama.

..............................

Suatu pagi seorang gadis berkata pada Ibunya,

" Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu, beritahulah aku sesuatu..."

Dengan tatapan dan senyum haru, sang Ibu pun menjawab,

"Untuk Bibir yg Menarik, Ucapkanlah Perkataan yang baik... "
"Untuk Pipi yang Lesung, Tebarkanlah Senyum Ikhlas mu di muka bumi... "
"Untuk Mata Indah Menawan, Lihatlah selalu Kebaikan orang lain... "
"Untuk Tubuh yang Langsing, Sisihkan Makanan mu bagi fakir miskin..."
"Untuk Jemari Tangan yang Lentik Menawan, Hitunglah Dosa dan Pujianmu untuk Tuhan."
"Untuk Wajah Putih Bercahaya, Basuhlah Muka dgn air Ɣƍ bersih... "

Anakku......


"kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu, tapi kecantikan hati tak akan pudar meskipun oleh kematian"


.........................

P/s: Tudung bukanlah indikasi kepada kecantikan hati, tetapi wanita yang mempunyai kecantikan hati akan memakai tudung [Aslamiah]

P/s: jika anda berwajah cantik, cantikkan lah juga hati anda. percayalah yang anda adalah insan bertuah [Hadi Pelera]

Friday, July 8, 2011

ada otak, guna la otak

Assalamualaikum.

P/s: Entri ini mungkin menyentuh sedikit sentimen politik dalam negara. tapi secara jujurnya aku mengaku yang aku bukan lah sesiapa yang mahir selok belok politik negara, juga ku kurang dari aspek pendidikan agama. cuma mungkin ini apa yang aku rasa, sebagai salah seorang rakyat malaysia yang sah disisi undang-undang. untuk itu, aku rasa aku layak untuk bersuara. ye dok?

harap maklong dan pak long paham.


Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti dibawah :

1) Bijak (Berpendidikan Tinggi)
2) Berdedikasi Tinggi
3) Optimistik
4) Hensem/Cun/ Good looking
5) Sihat/Siuman
6) Jujur
7) Amanah
8) Tegas
9) Berpandangan Jauh
10) Kesedaran Sivik yang tinggi
11) Tabah
12) Tidak mudah putus asa
13) Petah berbicara
14) Sabar
15) Ikhlas
16) Banyak pengalaman
17) Adil
18) berkorban untuk orang lain
19) tidak berkira
20) taat perintah Tuhan
21) menjauhi perkara maksiat
22) banyak bertindak dari berkata-kata
23) etc...

Cukup sempurna! Berdasarkan list ciptaan aku diatas agak-agak ada sesiapa disini yang mempunyai SEMUA ciri-ciri diatas? ada? ada? ada?


Ramai orang dok maki BERSIH sebab BERSIH ni bikin huru hara sana sini. ramai yang komplen pelanggan lari la, sesak lalulintas lah, malu nama negara la, itu lah ini lah. kalau korang fikir macam tu, mintak maaf cakap aku rasa kau masuk golongan orang-orang yang bodoh sombong. please la kaji selidik sikit sebelum berkata-kata. jangan mudah terpengaruh dengan media sebar berita berat sebelah seperti tv3suku. tau la korang pro kerajaan sekalipon, xpayah la sampai putar belit fakta. haktuih!


P/s 1: Kalau korang ni penakut sangat nak bantah apa yang kerajaan buat, bagi jalan la dekat orang yang berani bersuara menegakkan hak-hak rakyat. ada pulak si punai yang tiba2 kaitkan perhimpunan BERSIH dengan isu ambiga kafir pa kejadah. bodoh tol la.


P/s 2: Lu pikir la sendiri de.

Thursday, July 7, 2011

Saturday, July 2, 2011

Saling Curang Mencurangi

Salam


Semalam aku ada terbaca satu blog ni, sempoi gak apa yang ditulisnya tu. aku terlupa apa nama blog dia dan aku malas nak folo memolo. boleh macam tu? hoho. tapi dalam blog dia tu, macam-macam ada weyh! yang paling aku berkenan dan terteh-tarik bila terbaca satu entri tu, apanama dia?? ermmm.. adoi mak lupa plak. tajuk lebih kurang bunyi macam 'curang' jugak. curang antara suami dan isteri dalam kehidupan rumah dan tangga. yang suami curang dibelakang isteri, yang si isteri curang dibelakang suami.


Mungkin apa yang ditulis penulis blog tu kelihatan mengarut, tapi bagi aku la kan, kes-kes curang mencurangi antara suami dan isteri ni memang betul betul betul punya berlaku. bukti? bukti memang la aku tak dapat nak tunjuk sapa kan, sebab kalau aku tunjuk sapa nanti jadi fitnah pula. nauzubillah. tapi berdasarkan lambakan cerita-cerita lucah, video-video tersebar di youtube, facebook, email, phone dan sebagainya, aku yakin kes-kes ni memang betul betul betul terjadi.


Knapa perlu curang?

bagi yang lelaki, kan boleh kawin sampai empat ye dok?

bagi yang perempuan, memang la kau tak boleh kawin lain kalu ada suami, tapi kalu dah tak tahan sangat dengan suami kau yang tak berjaya 'memenuhi citarasa' kau yang tinggi tu, ko slow talk la dengan dia, mana tau kot-kot dia mau lepaskan. (erk maaf aku kurang ilmu)


Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)

Berapa ramai pasangan yang berkahwin curang dengan pasangan masing-masing? bertaubatlah selagi Allah buka pintu taubat. kalau ya pon, malu la dekat anak-anak la weyh. kalau anak-anak terikut jejak langkah ibubapa, sapa yang patut dipersalahkan?


P/s : sapa yang termakan lada, dialah yang terasa lada ya tak. hehe. aku? aku lain cerita la bero, aku belom berkahwin. ngeh tapi mengada boh status 'married; kt FB aduyai.