Assalamualaikum...
Cantik itu subjektif, mengikut citarasa dan pandangan masing-masing. ada yang melihat cantik itu hanya pada luaran, namun ada juga yang melihat pada dalaman seseorang. Dan sudah tentu ramai yang melihat kedua-duanya,
Dalam memilih pasangan hidup khususnya, benda seperti inilah yang harus dititikberatkan. memilih hati atau rupa paras? zaman sekarang ni memang la payah sikit nak memiliki kedua-duanya. jika dapat, bersyukurlah. jika tak dapat, tepuk dada tanya orang tua. :p
Bagi aku, jika perlu pilih antara luaran dan dalaman, aku lebih berat untuk memilih dalaman. buat apa jika cantik diluar saja tetapi didalam buruk? tapi kalau ada keduanya itu kan lebih baik. sekadar pendapat aku.
tapi tak salah juga memilih yang cantik diluar saja, kerana yang dalaman itu pon masih boleh dibentuk. tapi mungkin mengambil masa yang lama.
..............................
Suatu pagi seorang gadis berkata pada Ibunya,
" Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu, beritahulah aku sesuatu..."
Dengan tatapan dan senyum haru, sang Ibu pun menjawab,
"Untuk Bibir yg Menarik, Ucapkanlah Perkataan yang baik... "
"Untuk Pipi yang Lesung, Tebarkanlah Senyum Ikhlas mu di muka bumi... "
"Untuk Mata Indah Menawan, Lihatlah selalu Kebaikan orang lain... "
"Untuk Tubuh yang Langsing, Sisihkan Makanan mu bagi fakir miskin..."
"Untuk Jemari Tangan yang Lentik Menawan, Hitunglah Dosa dan Pujianmu untuk Tuhan."
"Untuk Wajah Putih Bercahaya, Basuhlah Muka dgn air Ɣƍ bersih... "
Anakku......
"kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu, tapi kecantikan hati tak akan pudar meskipun oleh kematian"
.........................
P/s: Tudung bukanlah indikasi kepada kecantikan hati, tetapi wanita yang mempunyai kecantikan hati akan memakai tudung [Aslamiah]
P/s: jika anda berwajah cantik, cantikkan lah juga hati anda. percayalah yang anda adalah insan bertuah [Hadi Pelera]
5 comments:
sangat menarik... kecantikan hati xkn dpt dinilai dgn kecantikan luaran...
yang diluar buruk, x bererti didalam jugak buruk...
terharu baca..untuk bibir yang menarik, ucaplah perkataan yang baik...
perkataan yg baik, lahir dari hati yang baik. itu cantik. :p
kecantikan hati dapat kita lihat dengan tingkah laku
mestilah semua nak yg baik di dalam .. tapi sendiri jugak perlu menilai cukup baikkah kita utk dapat org yg macam tu .. he ^^
betui tu tomato. tapi sebagai manusia, kita perlu la cari inisiatif untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. insyaAllah selagi berpegang teguh pada perintah Allah, jauhi perkara yang dilarang insyaAllah Allah akan memberi petunjuk kepada kita semua,insyaAllah. amiin.
Post a Comment