nuffnang

Thursday, July 14, 2011

Bulan Ramadhan Sudah Hampir Tiba. Apakah kita sudah bersedia?

Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan, bulan rahmat, bulan penuh keberkatan dan keampunan Allah swt sudah hampir tiba. Sudahkah kita bersedia secara mental dan fizikal untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah Swt dalam bulan yang mulia ini? insyaAllah, semoga ramadhan tahun ini akan menjadi ramadhan yang lebih baik dari ramadhan yang terdahulu.


Sekadar perkongsian ikhlas ttg satu hadis tentang keistimewaan bulan ini.



Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

rujukan : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm


Wassalam

Hadi Pelera

2 comments:

Kira Sakura said...

senang jer klu nk kutip pahala kan..

hadi Saaidin said...

senang jugak nak buat dosa. :D

sama2 la kita menjadi lebih baik, insyaAllah.