nuffnang

Saturday, July 2, 2011

Saling Curang Mencurangi

Salam


Semalam aku ada terbaca satu blog ni, sempoi gak apa yang ditulisnya tu. aku terlupa apa nama blog dia dan aku malas nak folo memolo. boleh macam tu? hoho. tapi dalam blog dia tu, macam-macam ada weyh! yang paling aku berkenan dan terteh-tarik bila terbaca satu entri tu, apanama dia?? ermmm.. adoi mak lupa plak. tajuk lebih kurang bunyi macam 'curang' jugak. curang antara suami dan isteri dalam kehidupan rumah dan tangga. yang suami curang dibelakang isteri, yang si isteri curang dibelakang suami.


Mungkin apa yang ditulis penulis blog tu kelihatan mengarut, tapi bagi aku la kan, kes-kes curang mencurangi antara suami dan isteri ni memang betul betul betul punya berlaku. bukti? bukti memang la aku tak dapat nak tunjuk sapa kan, sebab kalau aku tunjuk sapa nanti jadi fitnah pula. nauzubillah. tapi berdasarkan lambakan cerita-cerita lucah, video-video tersebar di youtube, facebook, email, phone dan sebagainya, aku yakin kes-kes ni memang betul betul betul terjadi.


Knapa perlu curang?

bagi yang lelaki, kan boleh kawin sampai empat ye dok?

bagi yang perempuan, memang la kau tak boleh kawin lain kalu ada suami, tapi kalu dah tak tahan sangat dengan suami kau yang tak berjaya 'memenuhi citarasa' kau yang tinggi tu, ko slow talk la dengan dia, mana tau kot-kot dia mau lepaskan. (erk maaf aku kurang ilmu)


Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)

Berapa ramai pasangan yang berkahwin curang dengan pasangan masing-masing? bertaubatlah selagi Allah buka pintu taubat. kalau ya pon, malu la dekat anak-anak la weyh. kalau anak-anak terikut jejak langkah ibubapa, sapa yang patut dipersalahkan?


P/s : sapa yang termakan lada, dialah yang terasa lada ya tak. hehe. aku? aku lain cerita la bero, aku belom berkahwin. ngeh tapi mengada boh status 'married; kt FB aduyai.






7 comments:

Leen said...

Memang takut dengar citer2 curang skang ni.. laki pompuan sama je, macam dah tak takut Allah dah masing2..

hadiee said...

laki keluar pegi keja, bini tido dgn org lain.

lelaki pulang lewat sbb tido dgn pompuan lain.

kawin dengan mat, anak muka dol. adehh

kiera'sakura said...

strategi mencari pasangan hidup

agama
rupa
harta
keturunan...

namun carilah agamanya dahulu kelak akan bahagia hidup kamu...

semoga kita semua dijauhkan dari sifat dan sikap macam nie.. amin

hadiee said...

betui betui betui.

cuma zaman skrg ni payah dah nak cari orang yang sesempurna seperti 4 stategi tu. :p

kiera'sakura said...

hihihi..

kita xkn mungkin dapat yang sempurna kan hadi...

tapi kita boleh mendidik seseorang tue jadi lebih terbaik...

x dapat penuh dapat separuh pown syukur alhamdulilah kan... =)

hadiee said...

quite correct. jodoh, pertemuan, ajal maut, qodo' qadar, rezki,

Allah yg tentukan, tapi atas usaha kita jugak la. :D

kiera'sakura said...

agree...

kami tak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubahnya sendiri...

betol kan ayt nie?