nuffnang

Sunday, November 7, 2010

hujung minggu aku

salam wbt

wah, dah lama xupdate blog. kahkahkah. jgn terpedaya, cuma beberapa hari saja aku xupdate blog tapi rasa macam dah bertahun. itulah tanda-tanda blogger sejati, betul jugak kata si romate aku tu aku dah jadi blogger tegar. hidup hadi! yeahh

tahun 2010 ni mencatatkan satu lagi record buruk bg penduduk kubang pasu, atau lebih spesifik lg penduduk jitra kerana telah mengalami bencana banjir. agak dahsyat jugak banjir kali ni sampai ada beberapa tempat yang tidak dijangka naik air telah naik air. ada juga kes orang mati hanyut banjir. haih agak horror bunyi disitu.

disebabkan kesedaran sivik yg agak tinggi sebagai anak jati negeri kedah atau lebih tepat sebagai salah seorang warga jitra, aku terpanggil balik untuk jadi superhero di kampung halaman aku tu. jadi aku pon balik kg dengan menunggang seekor kuda yang bernama honda ex5. ngeh ngeh ngeh, sejenis kuda liar yang tidak liar mana. dipendekkan cerita perjalanan aku balik kg tu, lebey kurang jam 8.30 malam macam tu aku pon sampai di exit alor star utara.

tiba-tiba.. alamakkkk!

jalan highway nak ke jitra ditutup? aiyarkk.. jadi terpaksa la aku keluar ikut exit alor star utara tu. sepatutnnya aku streit lg sampai jumpa exit bandar darulaman tapi jalan tu dah banjir kaw2 jadi ditutup buat sementara.

apa lagi exit alor star utara la aku membelokkan kuda. bila aku masuk exit tu, perghh.. air berada dimana2 terutamanya atas jalan raya. bekalan elektik juga diputuskan. mau xmau terpaksa randuk jugak dalam air yang paras stand kaki moto aku tu. aku redah slow2 takut jantung kuda aku kena air maklum la kuda aku kena penyakit jantung berlubang. wakakaka..

dipendekkan cerita lagi, banyak jalan alor star kena tutup. bila sampai simpang,contohnya simpang 4, mesti ada tiga simpang yang ditutup sebab dinaiki air. jadi mau xmau terpaksa ikut saja jalan mana yang ada. punya la susah nak balik rumah dijitra hohoho. dengan azam yang kental aku teruskan jugak perjalanan. yeah.. seperti biasa dua tiga kali jugak terpaksa patah balik jalan yg aku lalu sebab air semakin naik. rasa macam xdapat balik pon ada. kahkahkah.

aku pon cari la inisiatif, tgk mana ada jalan kampung aku redah ja. syukur la kepada Allah sbb ada jalan yg aku boleh lalu. dipendekkan cerita lagi setelah menyelinap jalan demi jalan, sampai jugak aku kt pekan jitra. tu pon moto aku mati sekali sebab carburetor dan plug tenggelam air.


pheww~

letih jugak la main air dalam perjalanan balik rumah tu. bila dah sampai jitra aku tengok keadaan dak OK. xda la teruk macam tengok dalam tv tu. tp masih ada beberapa kawasan perumahan yang detenggelami air. selamat la jalan kt jitra dah kering jadi boleh balik dengan hati yang senang. tp keadaan nampak horror sikit la sebab banyak kereta park tepi jalan sbb tenggelam air, sebijik macam dalam cerita zombie. kehkehkeh~

keesokan hari, mak aku ajak pegi jalan-jalan tengok kawasan banjir sebab mak aku xkeluar rumah pon time banjir, kesian mak aku xdapat nak tgk orang main air. jadi aku pon bawak la mak, adik dan sorang anak saudara aku. terkejut mak aku tengok orang tidoq atas jalan. ada jugak yang masak tgh2 jalan. haih macam-macam lagi malas nak tulis.

itu saja update dari aku sekian wassalam.

P/s: syukurlah xda apa-apa yang terjadi kat keluarga aku, Alhamdulillah.

2 comments: