nuffnang

Thursday, May 6, 2010

Madu Lebah

Salam
Sejahtera Semua
Salam Kesihatan dan Keceriaan
Salam Kebahgiaan dan keharmonian
moga2 kita sentiasa sihat dan diberkati Allah SWT dalam kehidupan kita seharian
insyaAllah.. amiin.

hari ni nak cerita sikit lah ttg khasiat madu lebah
mungkin ada sesetengah dari kita xtau ttg khasiat madu lebah ni..
cuba kita lihat maksud ayat Al-Quran kt bawah ni:


Firman Allah dalam surah an-Nahl(ayat 69):

''Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan TUhanmu yg telah dipermudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yg bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yg memikirkan [69]''

Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda:

"Ambillah dan pergunakan lah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Quran"
(hadis riwayat ibnu Majah)

okeh, dua ayat kt atas ni jelas dan terang bgtau kita yg madu lebah ni sebenarnya adalah ubat yg mujarab. bukan saja ubat bg masalah fizikal sahaja, namun juga sebagai ubat kerohanian.


hari ni ada beli madu jenama NAQIA. hehehe. beli kt farmasi, :D
Harganya RM 15, aku beli kt Farmasi taman maju(Tronoh, Perak).
berat bersih 350 gram.

dibawah adalah khasiat madu yg dinyatakan kt botoi madu NAQIA ni:
1)membuang lendir2 dalam saluran pernafasan
2)menguatkan sendi dan tulang
3)membersihkan saraf daripada segala bahan toksik yg terkumpul
4)menguatkan antibody tubuh
5)mengawal jangkitan bakteria
6)menajamkan kekuatan minda
7)menguatkan rohani
8)membersihkan darah
9)memulihkan gangguan dan tekanan perasaan
10)ikhtiar terbaik untuk segala jenis kecederaan pada kulit dan tubuh

dan dibawah ni adalah cara2 menggunakannya:
1)Selawat, bismillah dan doa
2)Minum satu sudu besar setiap hari, 3 kali iaitu selepas bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur malam.
3)boleh diminum terus dan diikuti dengan secawan air
4)boleh dicampurkan dengan air jus @ air yg berkhasiat.

p/s: mari mengamalkan madu lebah dalam kehidupan. Semoga kesihatan bersama kita, insyaAllah. amiin..

Wednesday, May 5, 2010

Air sumber kehidupan

Surah Ibrahim
Ayat 23-24
''Dan orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga- syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai. Mereka yg kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka(Allah). Ucapan penghormatan mereka dalam Syurga adalah salam(Sejahtera) [23].
Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yg baik(?)
seperti pohon yg baik, akarnya kuat dan cabangnya(menjulang) ke langit,(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin tuhannya(ALLAH), dan Allah membuat perumpamaan itu agar mereka selalu ingat [24].''
p/s:
nak ulas sikit boleh?. benda ni simple, tp kadang2 kita buat endah xendah. dalam Al- Quran, banyak kali juga disebut ttg air dan sungai.
sbbnya (?). air adalah eliment penting dalam kehidupan. dekat bumi, air datang dlm pelbagai sumber. air laut, sungai, tasik, air hujan, air mata air.
di dalam air ini terkandung zat seperti garam mineral, makanan, dan juga benih.
bunyi air terjun juga sangat menenangkan jiwa. xdapat air terjun, air shower pon sgt menenangkan juga. aku sgt suka bunyi air mengalir.
oleh itu, hargai lah air kerana air adalah pemberian Allah kpd kita. jaga lah sumber2 air krn Allah. pohon yg kuat akarnya itu pon kerana mempunyai asas air yg cukup. dan oleh kerana itu, jangan cemari air!

Tuesday, May 4, 2010

FYP II

Salam
Selamat Malam
moga malam ini menjadi malam yg indah buat kamu semua
amiin~

FYP sekali lagi membawa aku dalam kesusahan di alam fana ni
masih dibelenggu dengan result & discussion yg belum ada progress.
ini bahaya, sangat bahaya.

Ya.. aku belum submit lg interim!
sebabnya, pagi td baru SV aku bagi balik aku punya Draft report
Alasannya, tertinggal di rumah.
ops.. xkan la draft report aku tu lawak sgt smpai nak jadikan komik buat baca kt rumah.
xkan kot kan.. haha

Sepatutnya Interim hantar harini 4/5/2010

tp disebabkan sedikit tolak ansur dr Kak Hawa, dapat lah aku hantar esok, sebelum pukul 11 pagi.
makasih Kak, jasamu dikenang.

kehidupan oh kehidupan..
pergh.. sgt phyco kehidupan aku minggu ini..
nasib baik juga xpayah hantar harini, at least aku dapat la study sikit tuk Test PPCS td.

apa-apa pon,
mlm ni terpaksa la aku stay up untuk edit Interim aku ni..
blom siap menggelecek..
doa2kan lah aku berjaya menggelecek k..
huhu

kamon hadi kamon
yakin! pasti! mesti!

p/s: oh ini kena highlight! dalam sedar xsedar, menipu dah jadi tabiat aku. ini kah sifat seorang bakal engineer? humm.. aku harap xsemua engineer dan bakal2 engineer mempunyai tabiat menipu mcm aku. ini antara part yg xbagus dlm diri aku, jgn ikut ok. paham? bagus!

Sunday, May 2, 2010

minggu yg pantas

Salam
Salam Sejahtera
Semoga sihat sentiasa
amiin

sedikit update pagi, macam break fast juga.

Sekali lg berada dalam minggu yg pantas
perlu tangkas fizikal dan mental
perlu pandai menggelecek juga
menggelecek untuk hidup
didepan SV dan juga didalam report.
...
('v')/

oh.. ini harus dicatit juga
aku sudah mempunyai satu set penjagaan lengkap fizikal..
wakaka~
ya.. sudah pakai pencuci muka dan minyak rambut juga.
hahahaha.. untuk apa?
hoho.. mungkin ini revolusi baru untuk kelihatan lebih kemas, lebih yakin!
ya.. mesti.. pasti!

chiow~

Saturday, May 1, 2010

moto idaman hati gua

ini nama dia KTM RC8, cc1000, tahun 2008

Salam.

Gua mintak maap siap2 sebab bahasa wa guna kt bawah ni kasaq siket. :D

kalo lu orang nak tau, ni la moto idaman hati gua. Sejak dari tarikh wa kena potong laju waktu gua dok speedy kt highway dlu3 ngan bnda tunggangan gua, TZM 150. Binatang ni mai potong gua slumber dan teruih lesap. gua nampak muka kerek owner dia sebab owner dia berenti isi minyak kt rnr gurun. dia xkesian langsung ka kat gua ni?? suka hati ja potong gua kan. gua punya moto dah limit, senang2 hati ja la mak2 tiri dia ni mai potong. gua panas. sangat panas. pergh.. gua jadi benci sama dia.. tp gua jatuh cinta sama dia punya benda tunggangan. hikhikhik...


dia xtau ka gua dok line kanan waktu tu?

dia xtau ka wa punya meter sudah 180++??

dia xtau ka gua sangat malu ngan keta merc yg wa tgh potong tu??
mana gua nak taruk muka ensem gua ni? (seb bek pakai helmet)
sebab gua malu, sampai gua masuk line kiri. (rasa nak nyanyi lagu TNB ja..hoho)

malu!

malu!

dan malu malu..

serious gua sangat malu..




xpala, itu hari dia. nanti hari gua pulak kan? kan? haha.. apa-apa pon, gua berhasrat, pasti dan mesti dapatkan superbike juga. ini penting demi menjaga air muka. huh~

eh macam tinggi sangat ja gua punya angan berangan ni.. tp kalu nasib gua kurang baik, benda tunggangan kt bawah ni pon dah ok bg gua yg malas belajar ni. Sob3~




ini nama dia ER6 -cc650

marii bersuperbike! ini mesti. pasti

p/s: berdasarkan sejarah hidup gua, semua cita2 gua tercapai. ini ja yg blom. mesti. pasti!!, insyaAllah~

Friday, April 30, 2010

nasihat e-klas dari aku






Yo
Salam
Salam Sejahtera
kepada semua makluk2 Allah yg sudi baca blog aku ni

Aku nak bg nasihat sket boleh?
apa??? xboleh???
samseng r luu!
argh.. biaqpila..suka hati aku la kan nak bagi ka x, ni kan blog aku.
apa lu kesah??
nak kena pukui??
mai r..ingat aku takut ka??

haha. xda la. aku gurau2 ja. dont take it to heart k.
mintak maap ya semua.
emo pulak petang2 ni.
wohoho~

btw,

nasihat aku simple ja.
bunyinya macam ni,

hargailah org2 yg anda sayang sementara mereka masih hidup. dan pohon maaflah kepada musuh2 anda juga, sementara mereka masih hidup.

renung2 kan lah
tranung2 kan lah
mimpi2 kan lah
bawa2 lah ke hati anda
nasihat aku ni
yg xseberapa nasihat ni. :D

apa-apa pon, semoga hidup kita lebih bahagia setiap hari dan diberkati Allah hendaknya. amiin~

Tuesday, April 27, 2010

ilmu itu sangat luas dan tiada had

lihat lah dunia
lihat lah dunia lihat lah
masa itu terhad
ada batasnya
tidak setanding ilmu,
keupayaan aku juga terhad
ada batasnya
juga tidak setanding ilmu,
pemikiran aku juga terhad
ada batasnya,
memanglah tidak setanding ilmu,
tenaga aku juga terhad
ada batasnya
jauh ditinggalkan ilmu,
lihat lah dunia
lihat lah dunia lihat lah
lihat lah
dengarkanlah
rintihan hati ini