Masjid An-nur UTP, Perak
Entri kali ini adalah pasal apa yang berlaku pada 1 ramadhan 1431 hijrah, dimana semua pelajar Islam Universiti Teknologi PETRONAS (mungkin semua sbb nampak ramai sangat sampai nak park moto pon xda tempat) bersama-sama ke masjid untuk mengimarah solat tarawih di masjid an-nur. Alhamdulillah untuk itu. Mungkin semua warga Islam UTP telah mendapat hidayah di awal bulan ramadhan ni, syukurlah.
Hari pertama menunaikan solat tarawih memang mengghairahkan bagi sesetengah orang. Mungkin ada juga yang sempat menangkap gambar mereka ketika di masjid semalam untuk diupload ke laman facebook yang mana boleh dijadikan bukti segala yang dia pergi semayang solat sunat tarawih. hoho. xkisah lah nak tangkap gambar pon, janji xkacau orang lain sudah lah noo.
Bercakap tentang parking, mungkin ada sesetengah daripada kita yang rasa lentur semangat untuk ke masjid lagi. Kepada yang naik moto macam aku xda hal lah sebab aku boleh parking moto ikut dan saja. Siap boleh selit menyelit time kereta tengah Q panjang. Mesti ada pemandu kereta yang tension melihat gelagat si penunggang moto macam aku yang nampak macam sangat happy ke masjid sedangkan dia tension melayan karenah kereta yang berduyun-duyun. Sudah la traffic lembab, nak cari parking pon susah, keluh pemandu kereta yang confirm bukanlah aku. hehe. Yang dikesiankan lagi, pemandu kereta konfem pening kepala bila melihat parking kereta yang penuh sampai ada yg perlu parking jauh untuk ke masjid. Aku sendiri cukup bersimpati dengan pemandu kereta tapi apakan daya aku ini, hanya mampu tersenyum kambing. :p
Secara peribadinya, ramadhan kali ni mungkin merupakan ramadhan terakhir untuk aku dan rakan-rakan final semester yang lain di UTP, insyaAllah. Dan untuk itu, aku akan cuba pastikan bahawa aku akan memanfaatkan ianya semaksima mungkin selagi mampu oleh kudrat aku untuk mengimarahkan ibadah sunat ni, insyaAllah. Somoga memperolehi keredhoaan Allah SWT dalam setiap amalan kebaikan yang kita kerjakan di bulan ini. Amiin.
Kepada yang masih bermimpi sehinggakan lupa nak solat tarawih, sedarlah yang Ramadhan sudah muncul kembali tahun ini, begitu juga dengan malam Lailatul qadar yang penuh dengan barakah. Adakah kita akan berjaya memperolehi pahala lailatul qadar? untuk menjawabnya, tepuk dada tanya iman masing-masing. (mari kita tepuk sekarang :D)
Dulu waktu sekolah menengah, ustaz selalu tanya apakah maksud kemanisan iman?
Soalan 2 markah yang selalunya aku jawab dengan betul. Jawapan skema buku teks adalah "rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada". dulu kalau soalan menghafal yang macam ni cukup laju la nak jawab, hafal 10 kali confirm boleh ingat terus. xpaham xpa, janji ingat. Aduhai, bila sekarang nampak soalan ni rasa sedih (geleng2 kepala siap) menandakan diri belum capai kemanisan iman. So, marilah kita sama-sama renungkan sejenak di bulan ramadhan ni.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Selamat bersahur, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa bila tiba waktunya nanti.

~Marhaban Ya Ramadhan~
Salam
Salam
No comments:
Post a Comment