Salam
Aku ada mengikuti satu laman blog sorang mamat ni, dia punya blog ni boleh kata femes la jugak sbb tgk orang follow dia dah mencecah 1570 (aku dikecualikan). Nama blog dia ni 'SEMBANG KENCANG', memang padan pon dia letak nama tu, dia memang sembang lebat kalah perdana menteri punya sembang. haha. Mungkin korang juga pernah 'stalk' dia punya blog (terutama budak2 UTP), sebab kalu aku xsilap baca dia punya post terdahulu, dia ada kata yang dia pon student UTP jugak dulu. Nak tahu lebih lanjut tentang mamat ni dan blog dia, sila google 'SEMBANG KENCANG', 'confem' keluar dia punya blog.
Okeh, kembali kepada tajuk entry iaitu berbuka puasa di Masjid Tronoh..
Masjid Tronoh ni jika korang nak tau, ianya terletak dekat Pekan Tronoh. Sapa yang pernah makan mee udang Pekan Tronoh, mesti tau masjid ni kat mana. Kalu xtau jugak boleh pm aku lepas ni ok, kot2 nak try pegi sana sbb makanan buka puasa superb~.
Cerita sebelum berbuka di Masjid Tronoh
Petang kelmarin, ada sorang kawan aku ni, dia ajak aku pergi masjid tronoh untuk berbuka puasa. Aku pon macam pelik jugak sebab mamat yang ajak aku ni macam serius betul ajak aku pegi sana. Disebabkan ke'curious'an aku tu, aku mula korek cerita, aku tanya la dia macam ni;
Aku : Kenapa mesti Masjid Tronoh(?) Kenapa bukan Masjid UTP?
Kawan aku : haa.. (Dia ada buat muka poyo, ada nampak gaya macam bes sangat tmpat tu)
Aku : Aku mula berfikir.(?)Tiba-tiba aku teringat tentang entry mamat SEMBANG KENCANG, ada pernah cerita tentang pengalaman dia berbuka puasa dia masjid Tronoh tu. Dia ada pengalaman kena sindir dengan pakcik IC kepala 50 sbb lepas buka puasa terus balik xsempat pon nak berterawih. hahahaha.. (xleh blah teruk tol mamat ni,ish3) aku mula paham kenapa kawan aku tu buat muka poyo. hoho! Aku tanya kawan aku tu balik; Ni mesti kes hang baca blog mamat SEMBANG KENCANG tu kan? haa.. (cuba selitkan element hebat macam ahlil nujum)
Imran : haha. mamat tu sempoi, siap balik jalan kaki lepas kena sindir ngan pakcik IC kepala 50 tu.. dia kata situ makan sedap, jom kita try. ajak Farouk skali. amacam?
aku : Boleh juga.
(moral of the story dialog di atas tu adalah, kalu nak buka puasa kat masjid, tunggu la sampai abis terawih dulu, 8 rakaat pon jadi lah)
Nak dijadikan cerita, hari ni dah masuk hari kedua aku berbuka di Masjid Tronoh tu. Menu kelmarin bukan main sedap, ada pajeri nenas, sambal ikan bilis + petai, ikan asam pedas, kurma + buah pisang, dan air Oren satu Jag untuk empat orang. Aku, Imran, Farouk dan Matzam kami duduk satu hidang. Kelmarin kan hujan, so orang yang datang xberapa ramai. Apalagi, makan sampai pecah perut. Nasib baik sempat masuk solat magrib bersama imam rakaat ketiga. :D (kelmarin punya cerita lepas solat magrib terus balik)
Harini pulak, Menu Daging masak kicap, ayam goreng, sambal belacan, Sayur campur dan sedikit kurma dan kuih. Makanan sedap dan mengenyangkan, Alhamdulillah. xsia-sia kitaorang pergi. (harini punya cerita lepas solat magrib kitaorang pon terus ba... hehe)
P/s: Kawan-kawan, esok macam mana? aku confirmed On. :D
4 comments:
ampeh tol.. da makan x g teraweh skali.. hahhahaa :P
haha. aku terpaksa ikut drebar kreta. nak wat mcmana. huhu :D
must look at this cDBPHroB [URL=http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/]christian louboutin outlet reviews[/URL] for more detail cHCcAmcg [URL=http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/ ] http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/ [/URL]
check PCHmemDa [URL=http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/]christian louboutin outlet[/URL] for gift hXkVemfI [URL=http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/ ] http://www.christianlouboutin--outlet.tumblr.com/ [/URL]
Post a Comment