nuffnang

Monday, May 9, 2011

jangan terlalu mengagung-agungkan manusia


Assalamualaikum...

Salam keinsafan, Salam Ketenangan, Salam Keceriaan.


Termasuk entri sebelum entri ini, dah hampir lima kali aku menulis entri, tapi tak tergamak pulak rasanya nak postkan kat sini, jadi aku simpan saja sebagai draft. kenapa? err... aku rasa macam entri aku terlalu aiskrim (ekstrem) dan melampau, jadi xpayah la aku postkan. nanti jadi isu susah.


Antara tajuk entri yang aku simpan dalam draft tu adala seperti:

1) wanita dan kecantikan
2) bayangkan anda seorang artis
3) istajib du'a ana Ya Allah
4) buat para pembaca (follower) imanadalahmutiarahati
5) airmata seorang lelaki
6) + +


semua entri berunsur ekstrem dan tak sesuai untuk dipublishkan lagi, biar aku modified dulu nanti aku post, insyaAllah.


okeh jum kembali kepada tajuk entri kali ini, jangan terlalu mengagung-agungkan manusia.


P/s: apa yg aku nak cakapkan di sini bukanlah nak mengutuk mana-mana pihak, cuma terdetik hati untuk berkata dan mengeluarkan pendapat peribadi. kalu ada yang tak kena sila tegur secara profesional.


zaman jahiliah dulu, kalau kita lewati hari-harinya dan mengkaji sejarah purba, kita tahu bahawa zaman jahiliah dulu merupakan zaman kejahilan manusia yang jauh menyimpang dari agama yang kita sedang anuti sekarang ini, iaitu Islam. masyarakatnya hidup dalam kegelapan, bukan sebab xda lampu pada masa itu cuma gelap kerana tiada ilmu.


walaupun ada sesetengah dari mereka dikatakan bijak, berjaya mencipta sesuatu seperti alatan untuk memburu, bercucuk tanam, menggali lubang, tapi ilmu mereka hanya terhad untuk melakukan kerja-kerja asas untuk terus hidup.


manusia yang lemah akan terus menerus ditindas, manakala manusia yang gagah akan dipandang hebat seperti Tuhan. wanita hanya dianggap sebagai bahan tunggangan nafsu serakah. Maka, kelahiran anak-anak perempuan akan dianggap bala dan akan dibunuh. lebih teruk dari itu, manusia hidup ibarat bermata buta maka tak kenal mana satu ibu, mana satu anak, mana satu jantan betina. hasilnya, hidup sangat carcamerba dan tidak bertamadun. (aku bukan pakar sejarah, aku bercakap melalui unsur-unsur asas yang boleh dipercayai)

............................

tenyata agama Islam berjaya mentamadunkan manusia. dengan munculnya agama Islam banyak perubahan kearah kebaikan yang berlaku. sebagai contoh, semua manusia dianggap sama-rata tidak kita pangkat, harta, dan susur galur keluarga. wanita diangkat darjatnya, hidup lebih aman dan harmonis dalam suasana saling-hormat menghormati antara satu sama lain. ilmu tidak lagi menjurus kepada ilmu kehidupan didunia saja, malah turut menitikberatkan kehidupan selepas mati.


setelah masa yang agak lama berlalu, kini sudah tahun 2011. tahun yang telah menjangkau hampir 1500 tahun selepas kemunculan nabi aka rasul terakhir utusan Allah SWT.

Apa yang telah terjadi hari ini ??


to be continue....



Sekian dulu dari aku,

Hadi Pelera

7 comments:

"Cik Belog Kecil" said...

"wanita hanya dianggap sebagai bahan tunggangan nafsu serakah"
tertarik dengan ayt 2..zmn skrg pun maseh ada mnusia jnis 2.. dah puas,jemu,tgal.. nk salahkan siapa? tepuk dada..
np che xda dlm mereka blogger KBU??waa tacing ni..

EMANNUAR said...

islam lengkap dan syumul. semua aspek dicover dgn baik sebaik baiknya. segala ilmu sudah ada dalam islam. hingga ke ilmu seks pun tetap dijaga dan diberi ajaran lengkap. manusia jek skrg yg perlu belajar dan tertib mengamalkan mengikut perintahNya.

Kira Sakura said...

seronok bila explore apa yg ade dalam Al-Quran =)

hadi Saaidin said...

@che ain. hehe. kenapa xdak? err.. sebulan rm10. hahaha. :p

@inchik Eman : betul tu, setuju sangat. thx koen. :)

@kiera' sakura: sama-sama la kita explore demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,insyaAllah. :)

hadi Saaidin said...
This comment has been removed by the author.
hadi Saaidin said...

@inchik Eman : thank komen* sori typo

~nsar~ said...

setiap orang ada pendapat tersendiri... extreem tak pa.. dengan niat yang baik... dan jangan memalukan orang.. kita kena respect each other...