nuffnang

Saturday, May 14, 2011

wanita dan kehormatan


Assalamualaikum

Salam kehebatan, salam kecerian, salam kehormatan.
aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog tah apa-apa aku ni
terima kasih daun keladi

Hari ini aku nak bercakap tentang wanita dan kehormatan dari perspektif aku. layan. erm : nak lebih moody, pasang lagu warisan wanita terakhir nyanyian Teacher's Pet.


Sejuk perut ibu yang mengandung apabila dapat mendidik anak perempuannya untuk menjadi seorang wanita yang Solehah. Solehah disini bermaksud pandai menjaga kehormatannya, iaitu kuat agamanya, menjaga kemaluannya, baik akhlaknya, indah tutur bahasanya, lawa budibicaranya, lembut perwatakannya, manis dengan hijabnya dan pakaian yang menutup aurat. Senang kata, lengkap dengan ciri-ciri seorang muslimah sejati yang mana jika ibu-ibu diluar sana tak akan berfikir banyak kali untuk dijadikan anak itu menantu mereka.


Tapi kontranya bila seorang perempuan itu tidak menjaga kehormatannya sebagai seorang wanita, pasti ramai di kalangan masyarakat setempat (termasuk aku kadang-kadang) yang akan memandang serong, membebek muka, menuding jari, mengata, mencaci dan mencela. oh orang-orang kampung, lihat dan tengok semua, tengok mereka-mereka itu, itulah mereka dasar perempuan murahan! Dasar perempuan keberet! Dasar perempuan sial dan sebagainya. walaupun hakikat sebenarnya bukanlah sedemikian rupa. maka yg mencaci itu pon dapat dosa macam perempuan-perempuan tu dapat dosa. nauzubillah.


Memang betul semua orang sukakan kecantikan. sapa yang tak suka cantik? (kalu ada la kan hang memang species pelik weyh). sedangkan Allah swt pon sukakan kecantikan dan Maha Cantik. memang tak salah langsung untuk menjadi cantik dan dilihat cantik kerana cantik itu fitrah dan indah. masalahnya, ramai antara kita tak kira laki tak kira perempuan, yang menyalahtafsirkan erti kecantikan. bila sebut saja cantik, mesti dikaitkan dengan SEKSI dan MENGGODA!


cantik = Seksi + Menggoda...........(1)


zaman sekarang ni, zaman orang dah tak pandai pilih haram dan halal. yang halal sudah tentulah halal. masalahnya, yang haram pon kadang-kadang dihalalkan secara sengaja mahupon tak sengaja. ada pulak segelintir golongan yang berpendapat tudung tu tak wajib. ada juga yang berpendapat, Islam itu tidak memaksa, jadi apa perlu pakai tutup aurat. aku pon taktau la kitab mana yang depa pakai sampai bijak sangat depa menafsir Islam semudah itu.


Yang pasti, wanita yang bijak sudah semestinya wanita yang pandai menjaga kehormatannya. menjaga nama baik dirinya, suaminya, keluarganya, dan orang yang mengenalinya daripada difitnah dan dipandang serong. pemakaian yang menutup aurat sudah semestinya merupakan benteng dan kayu aras untuk orang lain menilai peribadi kita.


apa pendapat kau bila tengok perempuan yang tak pandai jaga kehormatan dirinya? maksud aku seksi. (kalau kau rasa seksi itu pon boleh jaga kehormatan, aku taktau lah mungkin kau lebih bijak agama dari tok imam). dengan memakai baju T-body fit jarang warna putih bra kaler hitam (erk), rambut teknik rebonding, seluar body shape cawat pendek, mulut pink wiwitt, dan sudah semestinyalah terserlahlah apa-apa yang nak ditonjolkan untuk tatapan ramai. maka, ramailah mamat-mamat gila seks diluar sana (kadang-kadang tok imam pon turut serta) memandang wanita itu lalu didepan mata. alangkah nikmatnya masa itu. masyaAllah cantiknya ciptaan Tuhan, kalau lah boleh sentuh. tetttt! dosa sendiri-sendiri tanggung. subhanallah.


dan


apa pendapat kau bila tengok perempuan solehah memakai tudung warna pink yang menutup auratnya dengan baik, berakhlak baik, perwatakan yang serba serbi manis untuk dipandang dan dijadikan contoh. mungkin ramai yan berkenan nak buat isteri dikala itu. masyaAllah, subhanallah.


aku saja tinggalkan persoalan ini untuk korang fikir sedalam-dalamnya.


Semoga cetusan idea ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua terutamanya rakan-rakan wanita yang dihormati sekalian. bukan nak cari kesempurnaan, bukan nak tunjuk kesempurnaan diri, bukan nak mengata diri ini sempurna, cuma nak menuju kearah yang lebih baik.


Dengan menjaga kehormatan, kita dapat hindarkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. dapat elak maksiat dan fitnah dunia. jagalah kehormatan anda sebagai seorang wanita dengan sebaiknya. terlajak perahu boleh diundur, terlajak tak jaga kehormatan, menyesal tak sudah.





Sekian dulu,

Hadi Pelera



10 comments:

aDisH.sHidA said...

betui2...masa duduk la leh buh ketui ais kat belakang hhehehee...kita yg tgok plak rasa malu..tudung pink auuuuw

Muslimah Optimis said...

betul-betul ekstrim seperti yang dikatakan dalam entry terdahulu.. ermmm.. sangat-sangat berguna entry ni.. sama-sama kita berubah menuju ke arah yang lebih baik..

p/s: lembut perwatakkan baru ciri-ciri muslimah sejati ek??? kalo lasak macam k.a bukan muslimah sejati la ek..huhuhuhu....

Kira Sakura said...

same2 berusaha menuju ke arah kebaikan.. terima kasih atas teguran.. yang x sempurna pasti akan dicuba smpi sempurna...

**x reti jadi lembut2,,, takut org kate gedik..

**tdung pink? hahahahah

hadi Saaidin said...

@kak shida : hahah. ketui ais? kahkahkah.

@ rangers muslimah : bukan semua apa yg budak ni cakap betui, kalau ada salah tang mana2 tu sila la perbetuikan. :)

btw, tangan yg lembutmenghayun buaiyan jgn disangka tak mampu menggoncang dunia! :)

@kiera'sakura: xyah lembut2 pon xpa, janji kita hepi dengan diri kita selagi kita tahu batas-batas kita. kadang2, xsemestinya lembut diluar tu bagus. :)

Muslimah Optimis said...

betol..betol.. tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.. nampak lembut tapi lasak sebenarnya..hihihi...

kiera... sama la kita tak reti lembut2 ni kan.. huhuhu... jadi diri sendiri lebih baik

hadi Saaidin said...

haha. asalkan bahagia. ngeh

"Cik Belog Kecil" said...

tudung warna pink???

torazmaih said...

sama-sama la kita melakukan perubahan ke arah kebaikan.....yang penting niat kita mst la kerana Allah Ta'ala......

hadi Saaidin said...

yup, insya Allah.

Pearl Atikah Binti Muhammad Akhir said...

nice.. =)