nuffnang

Monday, May 30, 2011

beberapa cara untuk jadi orang kaya

Kajian aku membuktikan, ada beberapa cara sebenarnya yang memiliki peluang cerah untuk jadi kaya. antaranya adalah :
.
.
.
.
.
.
P/s: kepada sesapa tak nak jadi orang kaya pelis jangan baca. nanti kau jadi kaya susah la kan. haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 ) anda memang anak keturunan seorang jutawan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2) anda kawin dengan seorang jutawan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3) anda menang dalam rancangan ''who wants to be a millionnaire''
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4) anda CEO syarikat besar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
5) anda golongan profesional ( Profesional Engineer, Doktor Pakar, etc)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6) anda seorang bisness person
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Agak-agak la kan, golongan mana anda berada sekarang ni? aku pilih no 6 sebab yang lain aku rasa aku tak mampu. :D


Friday, May 20, 2011

Update Terbaru Contest : Jom Hidup Lebih Sihat

Assalamualaikum...

Salam kehebatan, Salam Keceriaan, Salam Kesihatan


Contest apa ni weyh??? jom wushaa tengok!








Nama Contest : Contest : JOM HIDUP LEBIH SIHAT!


Tujuan Contest :

1) Menggalakkan peserta untuk mendapatkan berat badan yang ideal, range ideal BMI = {19 25}

2) Menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah dari segi penjagaan pemakanan dan juga senaman.

3) Melahirkan peserta yang aktif, cergas, dan berdisiplin dalam aspek penjagaan kesihatan.


Moto Contest : Minda yang Sihat dijana oleh tubuh badan yang sihat, sama-sama kita merealisasikan impian!


Syarat -Syarat Penyertaan :

1) Warganegaramaya Kami Blogger Utagha Sahaja

2) Mempunyai BMI yang tidak ideal ( X < 19 ; X > 25)



3) Follower blog Imanadalahmutiarahati (kalau belom, kena la folo nanti senang dpt update)

4) Jujur dan ikhlas untuk menyertai dengan niat nak jadi lebih sihat

5) Tiada unsur-unsur penipuan, (kalu menipu jawablah dengan Allah swt nanti)

6) Perlu menyimpan rekod Tinggi, Berat, dan BMI peserta yg terkini untuk simpanan sendiri. (sila jujur)


Tarikh tutup Penyertaan : Sabtu, 28 Mei 2011, 12 PM


Bilangan minimum peserta : 20 orang, jika tak cukup maka contest ini akan terbatal secara automatik. harap mak long.


Contest akan bermula : I june 2011 (dengan syarat cukup 20 orang peserta)


Tarikh contest berakhir : 4 bulan selepas tarikh pengumuman contest bermula. akan diumumkan dari masa ke masa.


Hadiah : berupa saguhati ikhlas sumbangan penaja (imanadalahmutiarahati), dirahsia kan. mungkin lumayan. :)


Pemenang Contest : pemenang akan diadili oleh penaja sendiri (imanadalahmutiarahati) secara adil melalui pengiraan BMI masing-masing dan juga tahap kesihatan. beberapa X-faktor lain turut diambilkira bersesuaian dengan terma dan syarat contest. harap mak long dan pak long.

P/s: Sebarang pertanyaan boleh lah diisu kan diruangan komen.










8)Hidir Abdullah

9) Shida Anwar

10) Sunah Mohamad

11)erin azizan

12) Abdul Hadi Bin Saaidin (erk?? kalu aku menang aku bg hadiah kt 2nd place keh3 dun wori)

13)...

Tersenarai diatas adalah nama peserta-peserta yang telah layak untuk join Contest ni, 13 orang lagi diperlukan untuk cukup korum. jom la join weyh, aku bg hadiah istimewa. xkan lah ampa xmau kan?? mungkin lumayan. mungkin. tettt.. haha.


~::bergantung kepada terma dan syarat::~

Hadi Pelera

Wednesday, May 18, 2011

INI SURVEY : CONTEST JOM HIDUP LEBIH SIHAT

Assalamualaikum...

Salam Kehebatan, Salam Keceriaan, Salam Kesihatan

hai hai hai,





Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian ramai orang termasuk aku sendiri. Malangnya, akibat pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat kita selaluya gagal untuk mengawal berat badan kita supaya sentiasa berada dalam range yang Ideal.


Atas kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan, aku tergerak hati untuk mengadakan satu contest kesihatan untuk orang-orang yang tak sihat. hahaha. Contest untuk menjadi lebih sihat dengan menaikkan atau menurunkan BMI supaya berada dalam range ideal iaitu (19- 25). wiwittt~



Siapa yang layak untuk menyertai contest ini???


1) Warganegaramaya Kami Blogger Utagha Sahaja

2) Mempunyai BMI yang tidak ideal ( X < 19 ; X > 25)

3) Follower blog Imanadalahmutiarahati (sila folo sekarang haha)

4) Jujur dan ikhlas untuk menyertai dengan niat nak jadi lebih sihat

5) Tiada unsur-unsur penipuan, (kalu menipu jawablah dengan Allah swt nanti)

6) itu saja buat masa ni.



Rasa-rasa ada yang nak join contest ni tak??? kalau ada sila komen diruangan komen dibawah. letakkan link blog anda juga okeh. kalau lebih 20 orang nak join contest ni, maka contest ini akan dijalankan. kalau kurang, bererti contest ini akan dibatalkan. harap maklong dan paklong.


Tarikh tutup mencari peserta adalah pukul 12 PM, Hari Sabtu, 28 Mei 2011. selepas pada tarikh ini sebarang permohonan tidak akan dilayan.


oh ya, kena bgtau Tinggi , Berat dan BMI anda sekarang berapa okeh. peace.


P/s: syarat-syarat serta update terkini akan diberitahu kelak selepas cukup peserta. harap maklong dan paklong.


P/s 2 : nama pon contest kan, mesti la ada hadiah kan. hadiah pon akan diberitahu kemudian kalau cukup peserta. :) harap maklong dan paklong serta anak-anak mereka. erk.

so apa tunggu lagi, komen la cepat!!! haha.





Yang Berani Buat COntest Ni haha (^,^)~ ,

Hadi Pelera

Sunday, May 15, 2011

Salah Cara


Assalamualaikum...



P/s: bahasa aku mungkin boleh buat kau menangis. tak sanggup? jangan baca. aku dah pesan, kalau jadi apa-apa kat kau jangan menyesal. err...



First of all, kau (____)!


Secondly, kau memang (____)!


Thirdly, aku tak pernah tengok orang (____) se(____) kau!


Fourth, dah la (____), berkawan pulak dengan orang (____)! bagus sangat la tu, jadi (____) secara berjemaah

last but not least, dah la (____) mem(____) kan pulak.


[(____) = bodoh]


1) nak mengajak orang berubah ke arah kebaikan, tapi berkata kesat seperti diatas - bodoh

2) nak mengajak orang berubah ke arah kebaikan, tapi dengan cara kasar dan keji - bodoh

3) nak mengajak orang berubah ke arah kebaikan, tapi diri sendiri pon tak betul - separa bodoh

4) nak mengajak orang berubah ke arah kebaikan, tapi dalam hati tak ikhlas - bodoh

5) orang dah ajak ke arah kebaikan, tapi kau buat tak dengar ja - bodoh

6) dah la sesat, menyesatkan pula - paling bodoh

7) kau keras hati tak boleh terima kekurangan diri sendiri (pesimis) - bodoh

8) kau tolak nasihat-nasihat orang kepada kau tanpa kaji baik dan buruk - bodoh

9) kau tolak ayat-ayat Quran dan Hadis - paling bodoh masuk neraka kau kalu tak bertaubat

10) kau mengaku kau Islam, tapi cara kau macam orang kafir - bodoh

11) kau kata kau tak hipokrit, walaupun kau tak pakai tudung tapi hati kau baik (refer no 9) - bodoh

12) kau compare diri kau yang tak bertudung dengan perempuan bodoh pakai tudung tapi beromen dengan pakwe gila seks - bodoh

kalau kau rasa diri kau tersenarai dalam 12 perkara bodoh diatas, yakinlah yang kau masih bodoh dan perlukan perubahan.


P/s 1: erk... aku pon tersenarai laaa...! Astagfirullahala'zim.

P/s 2: kan aku dah kata, kalu tak sanggup baca jangan baca, kan kau dah menyesal. :)

P/s: 3: sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik insyaAllah. maaflah kalau perkataan 'bodoh' tu sentiasa terngiang-ngiang diminda kau tu. memang itu tujuan aku pon. yg baik itu dari Allah, yg buruk itu dari Allah jua, tapi atas kekurangan diri aku sendiri.



Sekian dulu,

Hadi PELERA

Saturday, May 14, 2011

wanita dan kehormatan


Assalamualaikum

Salam kehebatan, salam kecerian, salam kehormatan.
aku ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog tah apa-apa aku ni
terima kasih daun keladi

Hari ini aku nak bercakap tentang wanita dan kehormatan dari perspektif aku. layan. erm : nak lebih moody, pasang lagu warisan wanita terakhir nyanyian Teacher's Pet.


Sejuk perut ibu yang mengandung apabila dapat mendidik anak perempuannya untuk menjadi seorang wanita yang Solehah. Solehah disini bermaksud pandai menjaga kehormatannya, iaitu kuat agamanya, menjaga kemaluannya, baik akhlaknya, indah tutur bahasanya, lawa budibicaranya, lembut perwatakannya, manis dengan hijabnya dan pakaian yang menutup aurat. Senang kata, lengkap dengan ciri-ciri seorang muslimah sejati yang mana jika ibu-ibu diluar sana tak akan berfikir banyak kali untuk dijadikan anak itu menantu mereka.


Tapi kontranya bila seorang perempuan itu tidak menjaga kehormatannya sebagai seorang wanita, pasti ramai di kalangan masyarakat setempat (termasuk aku kadang-kadang) yang akan memandang serong, membebek muka, menuding jari, mengata, mencaci dan mencela. oh orang-orang kampung, lihat dan tengok semua, tengok mereka-mereka itu, itulah mereka dasar perempuan murahan! Dasar perempuan keberet! Dasar perempuan sial dan sebagainya. walaupun hakikat sebenarnya bukanlah sedemikian rupa. maka yg mencaci itu pon dapat dosa macam perempuan-perempuan tu dapat dosa. nauzubillah.


Memang betul semua orang sukakan kecantikan. sapa yang tak suka cantik? (kalu ada la kan hang memang species pelik weyh). sedangkan Allah swt pon sukakan kecantikan dan Maha Cantik. memang tak salah langsung untuk menjadi cantik dan dilihat cantik kerana cantik itu fitrah dan indah. masalahnya, ramai antara kita tak kira laki tak kira perempuan, yang menyalahtafsirkan erti kecantikan. bila sebut saja cantik, mesti dikaitkan dengan SEKSI dan MENGGODA!


cantik = Seksi + Menggoda...........(1)


zaman sekarang ni, zaman orang dah tak pandai pilih haram dan halal. yang halal sudah tentulah halal. masalahnya, yang haram pon kadang-kadang dihalalkan secara sengaja mahupon tak sengaja. ada pulak segelintir golongan yang berpendapat tudung tu tak wajib. ada juga yang berpendapat, Islam itu tidak memaksa, jadi apa perlu pakai tutup aurat. aku pon taktau la kitab mana yang depa pakai sampai bijak sangat depa menafsir Islam semudah itu.


Yang pasti, wanita yang bijak sudah semestinya wanita yang pandai menjaga kehormatannya. menjaga nama baik dirinya, suaminya, keluarganya, dan orang yang mengenalinya daripada difitnah dan dipandang serong. pemakaian yang menutup aurat sudah semestinya merupakan benteng dan kayu aras untuk orang lain menilai peribadi kita.


apa pendapat kau bila tengok perempuan yang tak pandai jaga kehormatan dirinya? maksud aku seksi. (kalau kau rasa seksi itu pon boleh jaga kehormatan, aku taktau lah mungkin kau lebih bijak agama dari tok imam). dengan memakai baju T-body fit jarang warna putih bra kaler hitam (erk), rambut teknik rebonding, seluar body shape cawat pendek, mulut pink wiwitt, dan sudah semestinyalah terserlahlah apa-apa yang nak ditonjolkan untuk tatapan ramai. maka, ramailah mamat-mamat gila seks diluar sana (kadang-kadang tok imam pon turut serta) memandang wanita itu lalu didepan mata. alangkah nikmatnya masa itu. masyaAllah cantiknya ciptaan Tuhan, kalau lah boleh sentuh. tetttt! dosa sendiri-sendiri tanggung. subhanallah.


dan


apa pendapat kau bila tengok perempuan solehah memakai tudung warna pink yang menutup auratnya dengan baik, berakhlak baik, perwatakan yang serba serbi manis untuk dipandang dan dijadikan contoh. mungkin ramai yan berkenan nak buat isteri dikala itu. masyaAllah, subhanallah.


aku saja tinggalkan persoalan ini untuk korang fikir sedalam-dalamnya.


Semoga cetusan idea ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua terutamanya rakan-rakan wanita yang dihormati sekalian. bukan nak cari kesempurnaan, bukan nak tunjuk kesempurnaan diri, bukan nak mengata diri ini sempurna, cuma nak menuju kearah yang lebih baik.


Dengan menjaga kehormatan, kita dapat hindarkan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. dapat elak maksiat dan fitnah dunia. jagalah kehormatan anda sebagai seorang wanita dengan sebaiknya. terlajak perahu boleh diundur, terlajak tak jaga kehormatan, menyesal tak sudah.





Sekian dulu,

Hadi Pelera



Tuesday, May 10, 2011

jangan terlalu mengagung-agungkan manusia part II

Assalamualaikum...

Salam Keinsafan, Salam Kecerian, Salam Ketenangan.


Part 1 view disini.

Setelah masa yang agak lama berlalu, kini sudah tahun 2011. tahun yang telah menjangkau hampir 1500 tahun selepas kemunculan nabi aka rasul terakhir utusan Allah SWT.


Apa yang terjadi hari ini? banyak tanda-tanda kiamat sudah pon betul-betul berlaku, subhanallah. sama-sama la kita beristigfar atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, insyaAllah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. semoga dosa-dosa kita yang lalu menjadi iktibar, dan dosa-dosa yang bakal kita lakukan kita dahulukan dengan istigfar. (hadis yang berkaitan)


Hari ini aku melihat, ramai orang khususnya para belia kurang menitikberatkan isu-isu agama. apa jadi bila agama dianaktirikan? berapa ramai anak muda hari ini yang meninggalkan solat, berkata kesat, melakukan hubungan terlarang tanpa segan silu, berpakaian seperti orang kafir, tidak hormat ibu bapa, terlibat dalam jenayah, rosak akhlak dan macam-macam lagi. bukan aku mahu menghina mana-mana pihak, tapi aku berasa sedih melihat fenomena yang sedang berlaku di depan mata aku yang mana sudah tidak dapat dibendung lagi, nauzubillah. [merujuk kepada diri sendiri juga]. (hadis yang berkaitan)




maksud hadis;

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : '' Jika seseorang berkata : orang ramai (sekarang ni) sudah rosak', maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" [H.R Muslim] (ulasan hadis)

Berdasarkan maksud hadis yang disebutkan diatas, setiap manusia semua sama disisi Allah SWT. Tiada manusia yang dapat menghukum manusia lain kerana yang hanya layak menghukum adalah Allah SWT sahaja.


Hari ini aku dapat melihat, ramai antara kita yang sanggup beratur panjang untuk membeli tiket konsert semata-mata untuk memenuhi tuntutan jiwa dan nafsu mereka. sanggup mengeluarkan beribu riban hanya untuk terkinja-kinja menjerit nama artis pujaan mereka tanpa rasa penat dan malu. sanggup beratur panjang untuk membeli tiket wayang, untuk menonton filem yang berunsurkan seks ganas lakonan maria ozawa. sanggup berkemah diluar stadium untuk saksikan perlawanan bola sepak yang sedang berlansung di Old Trafford melihat perlawanan antara Man Utd dan Arsenal, sanggup menghabiskan masa dan waktu yang lama semata-mata untuk berjumpa dengan manusia yang mereka agung-agungkan. sampaikan, ada yang lupa untuk mngerjakan yang wajib.


Apa kita menganggap Allah SWT tidak memperhatikan tingkah laku kita? nauzubillah~






to be continue...

Sekian dulu dari Aku,

Hadi Pelera

Monday, May 9, 2011

jangan terlalu mengagung-agungkan manusia


Assalamualaikum...

Salam keinsafan, Salam Ketenangan, Salam Keceriaan.


Termasuk entri sebelum entri ini, dah hampir lima kali aku menulis entri, tapi tak tergamak pulak rasanya nak postkan kat sini, jadi aku simpan saja sebagai draft. kenapa? err... aku rasa macam entri aku terlalu aiskrim (ekstrem) dan melampau, jadi xpayah la aku postkan. nanti jadi isu susah.


Antara tajuk entri yang aku simpan dalam draft tu adala seperti:

1) wanita dan kecantikan
2) bayangkan anda seorang artis
3) istajib du'a ana Ya Allah
4) buat para pembaca (follower) imanadalahmutiarahati
5) airmata seorang lelaki
6) + +


semua entri berunsur ekstrem dan tak sesuai untuk dipublishkan lagi, biar aku modified dulu nanti aku post, insyaAllah.


okeh jum kembali kepada tajuk entri kali ini, jangan terlalu mengagung-agungkan manusia.


P/s: apa yg aku nak cakapkan di sini bukanlah nak mengutuk mana-mana pihak, cuma terdetik hati untuk berkata dan mengeluarkan pendapat peribadi. kalu ada yang tak kena sila tegur secara profesional.


zaman jahiliah dulu, kalau kita lewati hari-harinya dan mengkaji sejarah purba, kita tahu bahawa zaman jahiliah dulu merupakan zaman kejahilan manusia yang jauh menyimpang dari agama yang kita sedang anuti sekarang ini, iaitu Islam. masyarakatnya hidup dalam kegelapan, bukan sebab xda lampu pada masa itu cuma gelap kerana tiada ilmu.


walaupun ada sesetengah dari mereka dikatakan bijak, berjaya mencipta sesuatu seperti alatan untuk memburu, bercucuk tanam, menggali lubang, tapi ilmu mereka hanya terhad untuk melakukan kerja-kerja asas untuk terus hidup.


manusia yang lemah akan terus menerus ditindas, manakala manusia yang gagah akan dipandang hebat seperti Tuhan. wanita hanya dianggap sebagai bahan tunggangan nafsu serakah. Maka, kelahiran anak-anak perempuan akan dianggap bala dan akan dibunuh. lebih teruk dari itu, manusia hidup ibarat bermata buta maka tak kenal mana satu ibu, mana satu anak, mana satu jantan betina. hasilnya, hidup sangat carcamerba dan tidak bertamadun. (aku bukan pakar sejarah, aku bercakap melalui unsur-unsur asas yang boleh dipercayai)

............................

tenyata agama Islam berjaya mentamadunkan manusia. dengan munculnya agama Islam banyak perubahan kearah kebaikan yang berlaku. sebagai contoh, semua manusia dianggap sama-rata tidak kita pangkat, harta, dan susur galur keluarga. wanita diangkat darjatnya, hidup lebih aman dan harmonis dalam suasana saling-hormat menghormati antara satu sama lain. ilmu tidak lagi menjurus kepada ilmu kehidupan didunia saja, malah turut menitikberatkan kehidupan selepas mati.


setelah masa yang agak lama berlalu, kini sudah tahun 2011. tahun yang telah menjangkau hampir 1500 tahun selepas kemunculan nabi aka rasul terakhir utusan Allah SWT.

Apa yang telah terjadi hari ini ??


to be continue....



Sekian dulu dari aku,

Hadi Pelera

Sunday, May 8, 2011

Saya blogger muslim


eceh comel la pulak katon ni
aku comel camni tak? errrr


Alamak kena tag dengan Pakcu la pulak...
jom p usha blog ini tengok apa tugasan tag

ala senang aje, nyatakan sama ada blogger muslim atau muslimah,

ok sekarang nak tag dua orang pulak



Saturday, May 7, 2011

Thursday, May 5, 2011

viewblog @ blog counter imanadalahmutiarahati cecah 20 juta!!!!

Ini yang aku sangat pelik ni, macamana viewblog imanadalahmutiarahati boleh cecah sampai 20 juta neh?

kelmarin 0 blogview harini dah 20 juta?

ceruk mana mai bloggers sampai 20 juta view blog aku neh?

ah tekanan!

ini betul-betul memeningkan kepala

adehh!

terlebih sudah

dahsyat!!!

sampai aku sendiri tak mampu nak pecaya.

ampa pecaya? haha

sampai ampa pon tak pecaya kan. haha

adoi la..


sapa-sapa boleh tolong jelaskan hal ini pleasee? haha

P/s: rakan-rakan yg folo blog baru 64 org, mana mungkin dah cecah 20 juta. pelik tapi benar. haha. tak caya tgk la view blog kat atas nun. Haaaaaaaaaaa... betui tak???


Wednesday, May 4, 2011

Amazing Small Creature



Assalamualaikum...

nidia video hebat, ampa mesti tonton! wajib

tengok la weyh! ni bukti kekuasaan Allah yang Maha Hebat. Kecil-kecil cili padi. Sapa tak paham bahasa inggeris boleh suruh aku translate ok. tengok lah dengan penuh keterujaan. peace~

Monday, May 2, 2011

Kami Blogger Utagha aka KBU




Assalamulaikum...

Rasa tak adil pulak bagi pihak kawan-kawan lain sebab aku blagak sombong sangat tak nak buat entri pasai KBU, sedangkan aku lah antara blogger yang pulun dok chit chat dekat 'wall page' KBU. "Ini tak adil," getus hati kecil aku. sangat tak adil!

maafkan lah maafkan lah

Sebagai seorang ahli KBU yang agak ketegar, aku mintak maap lah sebab lambat buat entri ini. hehe. aku sudah terlupa sebenarnya nak buat entri ini. hakhakhak. boleh terima tak? erk?

okeh sebagai rebiu ringkas, Aku nak cerita sikit apa itu KBU. Sebenarnya KBU ni adalah satu kelab ditubuhkan oleh seorang blogger tegar untuk menghimpun budak-budak blogger dari sebelah utara iaitu dari Perlis, Kedah, Penang, dan Perak. Blogger tegar yang dimaksudkan adalah Cik GKSB, dialah akar tunjang bagi kelab KBU neh. kalu ada salah apa-apa, dia lah orang yang pertama akan terima nahasnya. haha. Disamping itu, ada dua lagi akar sampingan yang menjadi teras kepada KBU adalah Kak Adish Shida dan Pakcu Sofi. tanpa mereka berdua juga, KBU macam tak berapa nak kukuh. wiwittt.

Apa yang best sangat di KBU neh? erm... Secara peribadinya aku berpendapat, KBU ni tempat yang sangat happening. nak tau happening ke tak mai masuk join tengok, kalu tak happening, sila ketuk kepala aku. itu jaminan aku. (kepala lutut boleh la haha, tu pon mesti dengan slow)

So ada siapa yang nak nok join ke'happening'an kami di KBU, sila berbuat demikian dengan request untuk join group ini di link yang kat atas tu, tapi dengan syarat bahawa anda seorang blogger dari sebelah utara sahaja. jemput-jemput lah masuk okayh. terima kasih daun sirih, dah masuk sila gigih.

Antara mereka (lelaki) yang aku kenai adalah seperti Syukri Hasshan, Encik Angah, Kirin Selama Perak II, adi suda, ady budika, nadr Zher Ee, papa khai, najwan juan, daus spartanz, adam zulhilmi, mikro kokus, hidir abdullah, dan lain-lain. yang masuk list yang lain-lain tu sebab aku tak berapa nak kenal, kalu kenal confirm masuk list seperti mereka-mereka itu.

Antara mereka (perempuan) yang aku kenai adalah seperti Anah Samsudin, Cik Zai Penang, Che ain, Erin Azizan, Rangers Muslimah, Syakira Yaacob, Naqiah Othman, Nurul Aifaa, Onie Iyoko, Erika rain, Tatia Bulat, Mastora Manshor, Munet, Hamizah Dali, Nur Amalina (lesung pipit mahai hehe), Kumiko Ryou, Cahaya Wany, Nora Amila, Anith Shasha Chan, Siti Jusiza, Hajar rasdi, Nur Amalina Athman, Badriah, teka teki misteri, Ezmaliza Ezrik dan yang lain-lain (sori xley tag ramai-ramai) ke nak aku tag semua? haha

P/s: yang mana aku tak tag tu jangan la marah eh, aku cuma tak larat nak tag jer, bukan tak ingat kat ampa. senyum mau maneh k.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~::sedikit biodata aku::~

Nama Penuh : Abdul Hadi Bin Saaidin
nick name : Hadi Pelera
umur: 23 tahun 4 bulan dan beberapa hari
Status : Single
Pendidikan Tertinggi : Sarjana muda Electric & Electronics
Kerjaya : E-learning Consultant
Hobi : melukis + konvoi + etc
kenapa berblog : err... err..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/S 1: THANKS SUDI JADI KAWAN AKU, SEKALI KORANG SUDI, 1000 KALI AKU SUDI. :)


Sekian dulu dari aku Hadi Pelera,

Wassalam