Assalamualaikum.
Semalam aku ada review pasal sebuah hadis yang ditulis oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (AABAN). boleh lihat sini. buku ni bagi aku sangat berguna dalam isu untuk memahami peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman ini.
Oleh kerana manfaatnya yang aku yakin sangat berguna, aku ingin teruskan usaha untuk meng'review' buku ni. harap anda dapat mengikuti hadis-hadis yang akan aku kongsikan untuk bacaan bersama, insyaAllah. sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Swt, dan yang buruk itu pon datang daripada Allah jua, tapi atas kelalaian aku sendiri.
Hari ini masih dalam misi ingat mengingatkan sesama umat. ada satu hadis yang akan aku kongsikan. walaubagaimanapun, aku bukanlah ustaz mahupun pakar agama. bimbingan daripada alim ulama diperlukan untuk memperhalusi makna hadis ini dengan lebih tepat dan teliti. harap maklong.
.............................
Maksud hadis,
Ertinya :
Daripada Abu Sa'idAl-Khudri r.a berkata : Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pon kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. 'Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan? Nabi saw menjawab, "siapa lagi kalau bukan mereka".
[H.R Muslim]
...........................
Ulasan hadis ;
Umat Islam pada hari ini terdedah dengan cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kita tidak sedar mahupun sengaja.
Zaman sekaran ni kita dapat lihat bahawa sabda Rasulullah saw ini betul-betul berlaku. Ramai orang Islam yang semakin sesat, leka dengan pengaruh dari Yahudi dan Nashrani, termasuklah dari cara pemakaian, hiburan, makanan, cara hidup dan sebagainya yang mana betul-betul lari dari landasan agama Islam yang sebenar.
Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nahrani dan ramai juga yang jadi alat dan tali barut mereka.
Ya Allah, selamatkanlah kami muslim muslimin daripada bahana pengaruh Yahudi dan Nashrani.
Amin Ya Rabb
Ulasan diolah oleh : Hadi Pelera
Buku panduan : Peristiwa Akhir Zaman susunan 'AABAN'
5 comments:
..dh tukaq header kah??
setuju sangat dengan entry ni.. manusia lani banyak lalai termasuklah diri yang sedang komen ni..huhu.. apa pun kita yang menentukan ke mana arah tuju kita.. tapis2 serangan daripada mereka yang dilaknat Allah.. Nauzubillah..
teruslah menulis sebab MO memang suka baca pengisian lagu ni..
terima kasih
Setuju sangat.. Yahudi punya strategi memang sgt licik smpai kita kadang2 tak sedar kita pun terikut diorang. Apa yang kita boleh buat adalah ingat mengingati sesama saudara Islam kita..
@ciktompam : yup, baru tukar. ihsan naqiah othman dan cik gksb (anis)
huhu
@MO : kita pakat2 cuba ubah mana yg tak kena,insyaAllah
@Leen : bagus la kalo leen pikir macam tu. hadi harap lebih ramai golongan remaja yg berminat ttg isu dan hal agama. jangan sampai da tua kerepot baru nak isap(insaf). huhu. sama2 la kita berpesan-pesan. :)
bery nice entry 4 sharing TQ~
Post a Comment