nuffnang

Thursday, April 21, 2011

Golongan Ruwaibidhah

Assalamualaikum

Tau tak apa itu golongan Ruwaibidhah? sapa tau alhamdulillah, sapa taktau pon alhamdulillah sebab aku akan share disini Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah tentang golongan Ruwaibidhah.

Maksud Hadis

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah saw bersabda; " lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau yg panjang). Dan pada waktu itu orang yg berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang kianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi saw menjawab, " orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

HR Ibnu Majah

Ulasan Hadis :

Daripada ulasan yang diterbitkan oleh AABAN, aku dapat simpulkan beberapa perkara yang ingin dinyatakan dalam hadis ini. antaranya adalah :

1) zaman yg disebutkan adalah zaman akhir zaman.

2) zaman manusia kembali jahil tentang ilmu-ilmu akhirat dan lebihkan duniawi semata-mata

3) orang yang benar (berpegang teguh pada ajaran Islam) diketepikan, malah org yg kianat serta fasiq disanjung dan dipuja-puja

4) orang yg berilmu agama (benar) dianggap kolot serta ketinggalan zaman, tidak layak untuk berkata-kata dizaman serba moden ini.

5) lebih mempercayai orang yg buta agama (orang yg tak dapat bezakan antara yg disuruh dan yg ditegah Allah swt)


Sama-sama kita muhasabah diri, insyaAllah.

P/s: aku bukan ustaz. rujukan kepada orang yg lebih berpengetahuan agama adalah lebih baik dalam mendalami isi-isi hadis.

4 comments:

Muslimah Optimis said...

terima kasih tas peringatan yang sangat baik ni.. setiap hari memang kena muhasabah diri..moga Allah redha apa yang kita buat..

p/s pendekar lebuh raya (suka panggey pendekar lebuh raya dari hadi pelera, jemput meriahkan lagi contest ni

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BE...

terima kasih

hadiee said...

erm. insyaAllah ka kalu berkesempatan. :)

CikTomyam said...

thanxx for sharing..gud info..kami suka blog yg ada pengisian hadis cmni..penerangan pun jelas..Keep it up..!

hadiee said...

okeh, insyaAllah. sama-sama kita belajar. kalu ada nak sharing jugak silakan. :)