Assalamualaikum...
Salam kebahagian, Salam keinsafan, Salam ketenangan.
Tenangkah anda ketika ini? tenang mahupun tidak, aku sentiasa mendoakan ketenangan para pembaca yang dihormati sekalian, insyaAllah. Semoga rasa bahagia yang kita kecapi tatkala ini akan terus berkekalan selamanya. kepada yang bermuram durja, cermin cerminkan diri anda di depan cermin. tgk cun ka tak cun dengan muka anda yang suram itu? kalu tak, cuba buat tarik mulut anda membentuk senyuman yang besar sekarang. amacam? dah lawa? hehe. ceywah.. puitis macam A. Samad Said la plak. haha!
Aku baru ja balik dari Peneng ni. pergi antar abang ipar aku naik flight ke JB. flight berlepas pukui 6.55 pagi, so kami bertolak awal dalam kul 3.30 pagi td. so lepas drop by abang ipar aku di airport bayan lepas tu, aku pon terus balik. tapi sebelum tu cuba untuk mengajak 2 3 org ahli kbu untuk berjumpa tapi msg dak ni tak berapa nak dilayan. yg layan msg budak ni cuma naqiah, che ain, dan kak adish shida. tapi depa pon ada hal masing2. sob3.. jadi, aku pon ambik keputusan untuk pandu terus balik Jitra.
Kerana suasana agak suram tak dapat jumpa kawan-kawan, aku pon bawak kereta dengan sangat perlahan. average speed lebih kurang 80 - 100 km/j sahaja. bagi aku slow la tu, sebab selalunya 140 km/j tu paling slow. haha.
Entri ini bukan nak cerita tentang kesuraman yang berlaku, tapi nak mengupas tentang bagaimana caranya untuk kita lebih menghargai diri kita. mungkin kadang-kadang kita rasa rendah diri sebab kita memang dilahirkan rendah, ataupun terasa kecil hati kerana mempunyai saiz badan yang kecil, atau rasa rimas, kerana lemak dibawah dagu bertemu dengan permukaan dada sehingga menenggelamkan tengkuk sekaligus payah untuk menoleh ke kiri dan ke kanan. erk?
Bagaimana caranya untuk lebih menghargai diri kita? gunakan step - step dibawah ini!
1) Mencerminkan diri sendiri. mula - mula anda perlu bercermin. lihat diri anda sepuas-puasnya dicermin secara fizikal. adakah anda hensem? adakah anda cantik? adakah anda comel seperti siput comel? buat penilaian sendiri, tapi penilaian itu haruslah secara jujur dan ikhlas. jangan sesekali cuba untuk menipu diri sendiri! kalau tak hensem, mengakulah tak hensem. kalau tak cun, kata tak cun. kalo boleh sila lihat diri anda kearah yg negative. dah siap langkah satu? okeh kita proceed...
2) Kenal pasti kelemahan dan kekurangan diri. cuba senaraikan sebanyak mungkin kelemahan diri anda, dari A sampai Z secara spiritual dan emosi. anda seorang yang ketegar? seorang yang panas baran? ego? kurang didikan agama? mulut becok? tambah sendiri mengikut citarasa anda. yang penting, jujur dan jangan sesekali cuba untuk menipu diri sendri! dah siap langkah dua? okeh proceed next step...
3) Bermuhasabah diri. sekarang anda pasti yakin yang anda sangat banyak kelemahan. kelemahan-kelemahan anda itu melambangkan ketidaksempurnaan anda. sebagai makluk ciptaan Allah yang pelupa, kadang-kadang kita tak sedar kekurangan diri kita sehinggalah kita bermuhasabah diri. kadang-kadang kita terlalu banyak menipu diri kita sendiri untuk menutupi kelemahan-kelemahan diri kita yang ada. lama-lama kita boleh menjadi penipu tegar atas kekhilafan kita tanpa kita sedari. ibarat seseorang yg menghisap rokok, dah tau rokok itu bahaya tapi sebab selalu diamalkan, dia terlupa yang dia sedang membahayakan dirinya. muhasabah diri yangsebaiknya adalah dengan bertaubat kepada Allah swt. dengan itu kita akan rasa lebih insaf dan berasa dekat dengan-Nya.
4) Ubah apa yg patot. ini lah time paling crucial yang perlu anda lakukan. ianya amat berat untuk dilakukan tanpa azam yg kuat. mengubah kebiasaan diri memanglah payah, tapi percayalah tanpa perubahan, kita akan sentiasa berada di takuk yang lama. tak mungkin berubah. contoh mudah, kalu anda seorang obes, cuba kawal pemakanan anda. kalau anda berterus-terusan amal tabiat pemakanan anda seperti kebiasaan, adakah akan berubah? aku rasa tidak akan berlaku. begitu juga dengan apa pon, secara fizikal mahupun rohani, jika tiada tindakan atau anjakan paradigma yang sesuai dilakukan, maka apa yg anda expect akan berlaku? semestinya takuk lama itu yg aka anda kekal.
5) Sentiasa positif. 'last but not least', setelah kelemahan anda anda kaji satu persatu, muhasabah diri, serta perubahan yang sentiasa istiqomah kearah kebaikan yang anda lakukan, anda haruslah melengkapkan diri anda dengan pemikiran positif. contoh lagi : anda tahu anda tak cun seperti kawan anda yang bernama lisa surirumah, tapi apa ada hal? anda mungkin lebih cun berganda dari lisa surirumah dimata orang lain yang menyayangi anda. kalu dikatakan lisa surirumah itu cun secara fizikal, bagaimana pula secara rohaniahnya? cuba compare dengan diri anda. tapi kalu kedua-duanya anda takda, alangkah malangnya diri anda. dah la tak cun, lepastu buruk perangai pula. nauzubillah. (ini contoh bukannya betul pon harap mak long huhu, boleh guna namqa lain kalu anda suka seperti Hanis Zalikhi, Siti Nor Halija, Helija AF dan etc.) buat lah perbandingan yang sihat, yang penting tidak khurafat seperti cerita khurafat tu.
kesimpulannya, terima lah diri anda seadanya. yakin lah setiap yang berlaku keatas kita adalah percaturan Allah SWT, dan percaturan Allah SWT itulah yang paling terbaek untuk kita. buruk ka, huduh ka, gemok ka, cacat ka itu semua diri kita bukan orang lain, terimalah seadanya. lakukan perubahan jika perubahan itu membawa kebaikan keatas diri kita dan tidak melanggar batas-batas agama. peace.
P/s: semua nama yang aku sebut tu tiada kaitan dengan mana-mana pihak secara hidup mahupun mati. erk? huhu...
P/s 1; kalu ada apa2 yang tak kena, sila komen secara ikhlas, tima kasheh~
Sekian dulu dari Hadi PELERA,
Wassalam
6 comments:
wah wah dah suram terus bg tips eh..
tips ni terbaik der.. :D sama2 kita muhasabah. :D
tips yg boleh dijadikan iktibar....Allah dah kurnia yang terbaik tuk kita....sma2 la kita renungkan.....
@erin : bermuram durja. aiseyhh macam oyat org kurun ke-15 dah. haha
@frame+lenseS : harapannya adalah, ianya akan membawa kearah kebaikan. peace :)
@torazmaih : muhasabah diri menjadi dinding antara yg baik dan yg buruk. betul kata anda. semuanya yg terbaek untuk kita, kena yakin. pasti!
MMG NAK JUPE TP ITU LA KENA MASAK UTK ADIK..SEBAB MAK G KENDURI KAT KG....TGHRI NAK P HOSP TERUS..SORI NANTI KITA JUPE DI HOSP OK
nanti leh jumpa lg. jgn risau :)
Post a Comment