nuffnang

Sunday, April 3, 2011

Menjurus kearah Maksiat

Salam wbt

Aku tertarik dengan ayat yang ditulis oleh bro hamka
didalam enterinya yang bertajuk Hukum tengok wayang?


.................................................

"Soalan dari Athirah Addin:

Salam saudara hamka..

erm..boleh tak cakap sikit pasal wayang..?
Menurut islam..dan opinion saudara sendiri..


*********

Jawapan dari Hamka bukan ustaz

Salam.

jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram.

(Woha!)

Ps: Tengok wayang ke, tengok bola ke, tengok konsert Maher zain ke, jika korang tengok sambil buat maksiat, dan sengaja melengahkan-lengahkan solat bagi perempuan dan meninggalkan jemaah bagi lelaki maka hukumnya berdosa dan boleh masuk neraka jika tidak bertaubat, harap maklum. "

.........................................................

betul apa yang nak disampaikan oleh bro hamka dalam penulisannya
tak perlu lah untuk aku komen panjang-panjang
sebab aku rasa mudah saja nak menghadam maksud penulisan bro Hamka tersebut
secara tersirat mahupun tersurat
kahkahkah
nice one bro hamka! , (maaflah 'mencuri' entri anda sebijik-sebijik, takut originalitynya tergugat)


.........................................


Sebenarnya apa yang menjuruskan kita kearah maksiat?
itu yang perlu kita kaji
kita renung dalam-dalam, panjang lebar, luas muas.


Sebenarnya apa?
Adakah cara pemakaian kita itu yang menjurus kearah maksiat?
mungkin.

Sebenarnya apa?
Adakah diri kita dikelilingi oleh orang-orang yang suka melakukan maksiat?

Sebenarnya apa?
Adakah kita sendiri yang suka bergelumang dalam maksiat?

Adakah kita tak takut mati? (sedangkan kita tahu kita boleh mati bila-bila masa)
Adakah kita tak takut akan azab Allah yang Maha pedih? (nauzubillah)

sama-sama kita fikir-fikirkan
"kita hari ini adalah apa yang kita corakkan dahulu
kita hari esok adalah apa yang kita lakukan hari ini"
sama-sama kita cari redho Allah Swt

P/s: saya bukan ustad, bukan ilmu banyak macam saudara hamka, tapi hati saya meronta untuk berdakwah.

Sekian dulu,

Wassalam



5 comments:

AdyBudika said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... suke suke suke!! two thumb up..nak tengok movie dengan hemah

hadiee said...

Alhamdulillah. :)

Leen said...

Nice reminder to everyone.. :)

CIK TOM said...

menarik cr entry dr hamka tue...setahu cik tom hukum masuk panggung wayang tue pun dah haram sbb suasana yg agak kelam/gelap boleh menimbul isu syak wasangka..wallahualam..

hadiee said...

hai cik tom. trima kasih sudi komen.

itulah, zaman sekarang ni macam2 benda yang menyimpang. mari kita cuba jauhkan diri dari perkara2 maksehat. :)