nuffnang

Monday, April 11, 2011

Muhasabah diri

Assalamualaikum.

P/s: mari kita ambil masa buang 2 3 minit untuk beristigfar kepada Allah SWT,

Astagfirullahala'zim

Astagfirullahala'zim

Astagfirullahala'zim

Alhamdulillah,

dengan beristigfar kepada Allah Swt

insyaAllah kita akan rasa lebih lapang, lebih tenang dan lebih bersemangat!

dalam menempuh hari-hari esok, insyaAllah

Sedang aku bermuhasabah diri,

tiba tiba aku ternampak sebuah buku atas meja komputer aku ni

"buku apa ni, tak pernah nampak pon sebelum ni?" terdetik hati aku utk bertanya

aku membelek-belek, teliti muka hadapan dulu

''oh buku agama rupanya, lirik hati kecil aku"

setelah dibelek-belek depan dan belakang, ternampak tajuk buku itu

bertajuk, ''Peristiwa Akhir Zaman''

susunan Abu Ali Al-Banjari An Nadwi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, macam mana buku sebaik ni aku tak pernah perasan pon?

aku tak pernah bukak pon sebelum ni!

MasyaAllah

tarik nafas panjang-panjang
.
.
.
.
.
setelah membelek lagi,

menarik! lalu aku menyelak beberapa muka surat untuk dibaca
.
.
.
.
.
.
.
muka surat 1
.
.
.
2
.
.
4
.
.
.
.
.
.

tiba-tiba terhenti dimuka surat tujuh (7)
.
.
.
.
.
.
focus dekat muka surat tujuh ni

cuba untuk membaca sepotong ayat dalam tulisan jawi

oh hadis rupanya!
.
.
.
maksud hadis;

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : '' Jika seseorang berkata : orang ramai (sekarang ni) sudah rosak', maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

[H.R Muslim]

Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

"larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia dari mereka.

Maka yang demikian itu adalah haram!

diantara alim ulama yang berpendapat begitu ialah imam Malik bin Anas, Al Khath-thabi, al-Humaidi dan lain-lain.

Oleh sebab itu, maka janganlah kita merasa bangga dengan diri kita sendiri, bahkan kita hendaklah menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuding orang lain. bila isu kerosakan moral umat Islam yang dibicara, maka biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh belas kasihan, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah orang lain.

Mudah mudahan Allah SWT mencucuri kita dengan rahmat, taufiq dan HidayahNya.

Amin Ya Rabb

P/s 1 : jom betulkan diri kita mana yang tercela. (-.-)~



20 comments:

CikTomyam said...

huu..jahilnya diri ini..T_T

hadi Saaidin said...

sama-sama kita mencari keredhaan-Nya. insyaAllah :)

AnahSamsudin said...

wah , ada ye hadis macam ni.baru tau.thanks.ilmu baru :)

masih banyak yang perlu diperbetolkan tentang diri ni.hmmm

Muslimah Optimis said...

astagfirullahhalazim (3x) sampai rasa debaran di dada.. banyaknya dosa ana.. ermmm... terima kasih atas peringatan berguna ni..
tak pernah bangga..ilmu yang ada hanyalah secebis cuma belum tentu sebesar zarah sekali pun.. pada Dialah kita bergantung harap. Allah boleh jadikan apa saja dengan kalimah Kun Fayakun.. beringatlah sebelum kena

hadi Saaidin said...

alhamdulillah. berkongsi ilmuyg Allah takdirkan untuk berkongsi, insyaAllah menjadi manfaat untuk semua para pembaca. tq sudi baca.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

terima kasih kerana sudi berkongsi...

=)

tomato said...

T_T

tengs for sharing.. :)

hadi Saaidin said...

sama-sama kita bermuhasabah diri :)

Leen said...

Kongsi la apa2 lagi yg menarik dr buku tu :)

hadi Saaidin said...

insyaAllah akan menyusul lebih banyak lepas ni. @leen

fRaMe+LenSeS said...

tu dia aih.. dalam kita tak sedar pn. maceh kerana mengngatkan..

hadi Saaidin said...

ilmu Allah luas. takkan habis kita belajaq. sama-sama kita share :)

oranglidi said...

terima kasih untuk perkongsian...



New Entry: A PERFECT GIFT | PEN?

yanamib said...

salam kenal, dtg dari blog GKSB..

nice entry la bro..dpt ilmu baru hr ni..thanks! ^_^

hadi Saaidin said...
This comment has been removed by the author.
hadi Saaidin said...

tima kasih orglidi sudi jenguk. yg baik itu kita pakat-pakat amalkan insyaAllah. :)

@yahaMIB, wsalam. :) terima kasih sudi menjenguk blog buruk ni.

hadi Saaidin said...

yanaMIB*

efa said...

maceh sb share benda ni sama2 lah kita beringat dan memperingat

~..Lesung Batu..~ said...

mekasih berkongsi...=)

hadi Saaidin said...

sama2 cik @amalina