nuffnang

Friday, April 22, 2011

Pantun

Assalamualaikum pembuka bicara
Doaku sentiasa untuk para pembaca
Sihat kuat hebat dan ceria
Dunia akhirat kita berjaya!

Jadikan taqwa sebagai jalan
Di dalam hidup sepanjang zaman
Taat dan patuh pada pimpinan
Selama Quran jadi pegangan

Sunnah nabi dipegang teguh
Sunnah khulafa diikut penuh
Mesti waspada ajaran musuh
Bid'ah dholalah wajib dijauh

Ilmu agama beransur hilang
Para ulama kian berkurang
Ilmu dunia makin cemerlang
Jadi tumpuan semua orang

Bekalkan diri ilmu akhirat
Untuk laksana amal ibadat
Tuntutlah ilmu sebelum diangkat
Negeri akhirat dapat selamat

Nasib agama diakhir zaman
Kembali asing dari pandangan
Ramailah orang sudah lupakan
Rukun Islam dan rukun iman

Wahai kemana arah tujuan
Bila agama sudah lupakan
Marilah kita cuba hidupkan
Sunnah Junjungan Syariat Tuhan

Ujian dahsyat terhadap iman
Hampir menggoncang asas pegangan
Dipagi petang, kiri dan kanan
Iman didada jangan lepaskan

Jangan dijual agama suci
Walaupon harga mahal sekali
Simpanlah ia disanubari
Untuk bekalan menuju mati

To be continue...

P/s : Rujukan adalah dari buku peristiwa akhir zaman susunan AABAN

Sekian dulu Dari Hadi PELERA,

Wassalam

6 comments:

Muslimah Optimis said...

aduhaiiii.. baru nak kagum sat-sat.. pendekar lebuh raya yang tulis..rupanya dari buku...hihihi.. tapi nice share..

hadiee said...

sekadar berkongsi. saya ni dhaif pantun memantun ni. yg baris ats u ja saya tulis. hehe.

btw, apa yg ditulis dalam pantun tu hayatilah dengan penuh hikmah. :)

micah aje said...

pantun bermaksud....

hadiee said...

:)

anah samsudin said...

whoaa..nice one :)
keep on sharing ye bro ^^

hadiee said...

baik cik @anah samsudin. doakan supaya saya sentiasa muhasabah diri juga. :)