nuffnang

Friday, April 29, 2011

HABLUMMINALLAH HABLUMINANNAS

Assalamualaikum...

Terdetik hati aku untuk membicarakan tentang konsep hablumminallah hablumminannas setelah menonton rancangan Tanyalah Uztaz, suatu rancangan yang aku percaya memberi impak kearah kebaikan kepada sesiapa saja yang mendambakan ilmu agama dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Aku pon tak sure nama uztaz yang memberi penerangan di tv9 tersebut, namun aku lebih tertarik dengan hujah-hujah yang beliau lontarkan.

Apa itu hablumminallah hablumminannas ? Ia adalah soal hubungan manusia dengan Allah SWT (hablumminallah) dan hubungan manusia dengan manusia yang lain (hablumminannas).

Ada seseorang bertanyakan soalan kepada ustaz tv9 tersebut seperti ini, "ustaz, saya ingin bertanya tentang konsep hablumminallah hablumminannas nih. ada sesetengah orang terlalu mementingkan hubungan mereka dengan Allah ( hablumminallah ) sehinggakan lupa hubungan mereka sesama manusia ( hablumminannas ). so boleh ustaz tolong perjelaskan tentang isu ini?"
[lebih kurang la soalan yang aku ubahsuai ni dengan soakan yang si penanya tu menanyakan ustaz tersebut].

So ustaz tu pon beri penjelasan macam ni :

1) Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah priority.

2) Namun, Allah juga menciptakan manusia untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain, walaupun kecintaan manusia kepada Allah itu adalah priority, namun hubungan manusia dengan manusia tidak boleh dilupakan.

3) Nabi SAW pernah menjawab persoalan para sahabat tentang konsep hablumminallah hablumminannas nih, Baginda Rasulullah pernah berkata lebih kurang macam ni, ("walaupun aku adalah seorang Rasul Allah, namun aku juga seorang ayah dan juga suami" reference : ustaz tv9)

4) Hubungan manusia dengan manusia yang mana menjurus kepada kecintaan kepada Allah SWT adalah hubungan yang terbaik

5) Manusia tidak mampu hidup keseorangan diatas muka bumi ini kerana manusia memerlukan satu sama lain (konsep khalifah diatas muka bumi)

Jadi aku ingin membuat kesimpulan disini bahawa, hubungan manusia dengan Allah SWT adalah Prioriti atau keutamaan kita, namun harus tidak dilupakan hubungan sesama manusia kerana manusia diciptakan untuk saling memerlukan. binalah hubungan sesama manusia yang mana menjurus kepada ketaqwaan dan kecintaan kepada Allah SWT dalam mengharungi ujian dan dugaan di dunia ini.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini, insyaAllah.




Sekian dulu,

Hadi PELERA

7 comments:

Muslimah Optimis said...

perkongsian yang sangat menarik.. baru ja dok sembang pasai ni dengan rumet lepas subuh tadi.. rasa cinta pada Allah perlu melebihi segala2nya.. even pada suami, isteri dan ibu bapa sekali pun tetiba hadi PELERA buat entry pasal ni kan.. percaturan ALLAH tu Maha Hebat.. peringatan demi peringatan diturunkan.. alhamdulillah..

teruskan berkongsi

fRaMe+LenSeS said...

The besh sahabat.. LIKE ni banyak3.. :D

hadi Saaidin said...

@muslimah optimis : percaturan Allah yang terbaek! :)

@frame+lenseS : Alhamdulillah, tima kasih sudi baca. mungkin perkongsian ditakdirkan Allah juga. :)

Anas Clay said...

Assalamualaikum..nice post.. sesungguhnya antara tanda kecil kiamat adalah manusia hanya memberi salam kepada orang yang dikenali sahaja. Sama-samalah kita menghubung silaturrahmi sesama Islam.. sampaikanlah walaupun satu ayat..

Anonymous said...

ada seorang kawan yang amat menjaga hubungan dengan Allah, tapi meminggirkan diri dengan rakan2 nya yang sebelum nya merek hidup bersama. Rakannya hanya muslim biasa yang hanya melakukan perkara wajib dan maseh lagi melayan cerita2 korea, drama2 english. Manakala dia benar seorang yang devoted. Apa pendapat anda?

Amir Arshad said...

thanks for sharing

Unknown said...

wahai sahabat jaga 6 sahabat di sekeliingmu sehingga kamu tahu hal dapurnye