nuffnang

Friday, April 1, 2011

Dosa Semalam

penulisan senja terakhir?

err.. layan saja apa aku tulis

semoga ada iktibarnya disini hari ini

ditag oleh si dia yang bernama MO & Wani


........................................

Pejamkanlah matamu seketika wahai kawanku

yang sudi membaca puisi ini

tenangkan fikiranmu

Istigfar lah sebanyak mungkin agar hati kau tidak keras

Tidak keras untuk menangis bila puisi ini kau bacakan satu persatu


Di sini,

Aku luahkan secebis rasa hatiku yang sudah lama aku pendamkan

Di sini hari ini,

Tubuhku seakan longlai layu tidak bermaya

Aku gagahkan diriku untuk berwudhuk menyucikan hadas kecilku

Tatkala air paip sejuk yang mengalir membasahi pipi

aku rasakan juga yang airmataku turut mengalir sama

Mengenangkan kisah silam aku yang luka berparut dihati

.

.

.

.

.

.

Disini hari ini di atas kain sejadah ini,

Aku sujud kepadaMu sedalam kalbuku

Menyelami masa-masa aku hidup diatas bumi ciptaanMu

Aku menangis,

Menangis meratapi dosa-dosa yang telah aku lakukan

Selama bergelar khalifah dimuka bumi

Yang diciptakan Tuhan


Disini hari ini dengan tangisan ini di atas kain sejadah ini,

Layakkah aku bergelar hambaMu jika hari ini aku tidak patuh akan perintahMu?

Tika aku sedang pejamkan mata,

Segala kenakalan lama muncul satu persatu

.

.

.

.

.

Aku malu, Aku leka dengan nikmat yang Engkau lambakkan padaku

Aku malu, Aku sesat dalam ilmuMu yang telah aku salah gunakan

Aku malu, Aku menyimpang dari jalan-jalan yang telah Engkau tunjukkan

Aku malu, malu untuk mengaku bahawa aku adalah umat kekasih Engkau, Muhammad

Masih adakah saat untuk diri aku ini untuk berubah?

Masih adakah ruang untuk diri aku ini kembali berdiri?

Keluar dari belenggu kesesatan yang nyata

yang engkau laknati

Ya Allah yang mempunyai 99 nama

Di sini hari ini dengan tangisan ini diatas sejadah ini,

aku perbaharui ikrarku padaMu,

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruhMu Ya Allah.

yang kena tag :

Erin Azizan & Pakcu Sofi

6 comments:

Erin Azizan said...

nice entry la...simple tapi mendalam maksud

cahaya wany said...

mndalam mksud..nice..:)

hadi Saaidin said...

thank you @ Erin Azizai n & cahaya di atas komen anda. hayati maksudnya dgn penuh emosi :)

hadi Saaidin said...

thank you @ Erin Azizan & cahaya di atas komen anda. hayati maksudnya dgn penuh emosi :)

Shameera Aimaa said...

memang terbaik la.. menggentarkan kalbu si pembaca... sama-sama kita menginsafi diri...semoga terus istiqamah menulis dan berkongsi sesuatu yang bermanfaat..

hadi Saaidin said...

yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu pon dari Allah tetapi atas kekurangan kesalahan manusia sendiri.