Assalamualaikum
terima kasih kerana singgah disini
semoga apa yang aku tuliskan tidak hanya menjadi bahan ketawa semata
insyaAllah
(entri tiada gambar, mungkin ini trick penulis nak bagi orang lain bosan)
P/s: Hidup kena cheers la okeh, kalu tak cheers tak world lah macam tu. :D
Bersyukur kerana diberi kesempatan lagi hari ini
untuk bangun pagi
tunaikan solat subuh diawal-awal waktu
perth, Australia.
Alhamdulillah.
.................................................
Apa yang penting sangat bangun pagi-pagi neh?
Secara peribadinya, aku berpendapat bahawa isu bangun pagi ni adalah satu isu yang penting.
yang mana harus dilakukan terutamanya para muda-mudi muslim muslimah sekalian.
dengan bangun pagi, kita dapat bersedia lebih awal
dari segi mental dan fizikal
apa jadi bila seorang student yang kelasnya bermula pukul 8 pagi bangun lambat?
apa jadi bila seorang pekerja kilang bangun pukul 10 pagi?
apa jadi kalau makbapak tak bangun pagi, sampai anak tak dihantar ke sekolah?
apa jadi kalau seorang pendidik bangun pukul 12 tghari?
apa jadi kalau Perdana Menteri Malaysia tiap-tiap hari bangun pukul 12.05 pm?
apa jadi kalo korang sendiri yang bangun lewat tiap-tiap hari?
apa la nak jadi dengan korang ni? hehehe
dulu time unibesiti
aku dulu pon malas bangun pagi
macam hampa jugak (lalala)
lepas bangun tidoq aku tidoq lagi
last-last sampai terlepas subuh
tapi sebab dah jadi kebiasaan, aku wat derk ja.
(derk polisi<-- masuk telinga kiri, keluar telinga kanan)
dengan inisiatif bahawa aku ingin berubah
aku mampu lakukannya
berubah untuk masa depan
berubah untuk family
berubah untuk masyarakat sekeliling
dan yg paling penting,
aku berubah untuk cari keredhaan Allah swt.
jadi apa hang tidoq dan tidoq lagi oi?
bangun cuci taik mata
mandi, berus gigi, berhias dan sarapan
insyaAllah hari anda akan sentiasa dalam keadaan pagi, walaupon dah malam
minda cergas otak tangkas kira nak tulis entri. hahaha
jadi, berubah lah untuk masa depan anda
kerana perubahan yang anda lakukan harini, mencerminkan diri anda masa akan datang.
P/s yang panjang 1:
ibarat ketam mengajar anaknya berjalan
tak pernah lagi ada ketam mengajar anaknya berjalan ke depan
kalu ada, sila tangkap dan jual kepada aku
nak makan
itu ketam mesti banyak isi hehe
P/s yang panjang 2:
untuk mentalbiahkan insan lain
dari segi moral ataupon agama
maka seseorang itu mestilah maju setapak dari yang lain
baru kena gaya
Sekian dulu,
Yg terkoyak kita jahitkan, yang dah rosak teruk kita beli baru.
Wassalam