nuffnang

Tuesday, May 10, 2011

jangan terlalu mengagung-agungkan manusia part II

Assalamualaikum...

Salam Keinsafan, Salam Kecerian, Salam Ketenangan.


Part 1 view disini.

Setelah masa yang agak lama berlalu, kini sudah tahun 2011. tahun yang telah menjangkau hampir 1500 tahun selepas kemunculan nabi aka rasul terakhir utusan Allah SWT.


Apa yang terjadi hari ini? banyak tanda-tanda kiamat sudah pon betul-betul berlaku, subhanallah. sama-sama la kita beristigfar atas dosa-dosa yang telah kita lakukan, insyaAllah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. semoga dosa-dosa kita yang lalu menjadi iktibar, dan dosa-dosa yang bakal kita lakukan kita dahulukan dengan istigfar. (hadis yang berkaitan)


Hari ini aku melihat, ramai orang khususnya para belia kurang menitikberatkan isu-isu agama. apa jadi bila agama dianaktirikan? berapa ramai anak muda hari ini yang meninggalkan solat, berkata kesat, melakukan hubungan terlarang tanpa segan silu, berpakaian seperti orang kafir, tidak hormat ibu bapa, terlibat dalam jenayah, rosak akhlak dan macam-macam lagi. bukan aku mahu menghina mana-mana pihak, tapi aku berasa sedih melihat fenomena yang sedang berlaku di depan mata aku yang mana sudah tidak dapat dibendung lagi, nauzubillah. [merujuk kepada diri sendiri juga]. (hadis yang berkaitan)




maksud hadis;

Ertinya :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda : '' Jika seseorang berkata : orang ramai (sekarang ni) sudah rosak', maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" [H.R Muslim] (ulasan hadis)

Berdasarkan maksud hadis yang disebutkan diatas, setiap manusia semua sama disisi Allah SWT. Tiada manusia yang dapat menghukum manusia lain kerana yang hanya layak menghukum adalah Allah SWT sahaja.


Hari ini aku dapat melihat, ramai antara kita yang sanggup beratur panjang untuk membeli tiket konsert semata-mata untuk memenuhi tuntutan jiwa dan nafsu mereka. sanggup mengeluarkan beribu riban hanya untuk terkinja-kinja menjerit nama artis pujaan mereka tanpa rasa penat dan malu. sanggup beratur panjang untuk membeli tiket wayang, untuk menonton filem yang berunsurkan seks ganas lakonan maria ozawa. sanggup berkemah diluar stadium untuk saksikan perlawanan bola sepak yang sedang berlansung di Old Trafford melihat perlawanan antara Man Utd dan Arsenal, sanggup menghabiskan masa dan waktu yang lama semata-mata untuk berjumpa dengan manusia yang mereka agung-agungkan. sampaikan, ada yang lupa untuk mngerjakan yang wajib.


Apa kita menganggap Allah SWT tidak memperhatikan tingkah laku kita? nauzubillah~






to be continue...

Sekian dulu dari Aku,

Hadi Pelera

4 comments:

Muslimah Optimis said...

semoga kita semua masih berada di landasan yang betul..

errrrrrr..suka part to be continue tu.. :)

"Cik Belog Kecil" said...

kdg2 kita sedar kita melakukan kesalahan namun tetap terus melaukan jua..(untuk diri sendiri)

waiting for "to be continue"

hadi Saaidin said...

@ranges muslimah : penantian satu penyiksaan. hargailah masa yg ada. guna lah sebaikknya.

@che ain: sama-sama kita ubah yg patut insyaAllah. sentiasa doakan yg terbaik untuk semua. amiin.

Muslimah Optimis said...

hadiee : penantian satu penyiksaan?? ermmmmmmm.. bagi K.A la kan.. penantian itu satu proses kerana Allah sedang mendidik hati kita untuk bersabar.. sebab tu kadang2 kita mintak pada Allah tapi Allah hold dulu tak bagi on d spot sebab Allah sedang melatih kita bersabar..kerana sabar itu memerlukan latihan..