nuffnang

Thursday, December 29, 2011

2012

~::Assalamualaikum::~

Indahnya pagi jumaat ni, cuaca suam-suam kuku.

Selalunya pagi-pagi jumaat ni aku kat rumah ja dan takdak aktiviti yg menarik pun, cuma duduk lepak-lepak kt umah sambil tgk tb & buang masa. Entah kenapa waktu ini dan saat ini aku terdetik untuk menulis apa yang aku sedang mahu tulis neh.

2012 dah nak muncul, hampa semua ni dah tersedar dari mimpi dak lagi?

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, umur pon semakin mengganti, dan ajal pon semakin menghampiri. Siapa kita untuk menolak tarikh kematian kita?

Pastinya kehadiran 2012 amat bermakna untuk sesetengah orang yang merasakan tahun 2012 ni adalah tahun permulaan, ada yg baru mendirikan masjid, ada yg baru mula bekerjaya, ada yg baru dapat anak, ada yg baru dinaikkan gaji & pangkat, dan sebagainya... permulaan kepada titik tolak hidup untuk mencorakkan masa depan kita. apa salahnya jika hari ini kita memperbaharui niat untuk tahun baru yang akan muncul 2 hari lagi. Jika dalam niat kita sebelum ni hanya duniawi semata, jom kita sertakan dengan akhirat juga moga kedua-duanya seimbang, insyaAllah.

Adakah kita sudah bersedia dan apakah persediaan kita untuk menghadapi masa depan yang belum pasti Syurga atau nerakanya?


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Bismillahahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kurniakan kami rahmatmu, nikmat rezki yang melimpah ruah, nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat keharmonian, nikmat keinsafan, nikmat ketaqwaan, dan nikmat kemanisan iman.

Semoga apa yg kita hajatkan akan menjadi kenyataan. amiin.

Hadi Pelera
Jitra





Tuesday, December 27, 2011

Orang yang Happy

Assalamualaikum...

Mood nak menulis hari ni sangat tinggi entah pasaipa. so, here it is...

Pengalaman hidup kita yang pelbagai seringkali mengajar kita 1001 erti tentang kehidupan. Suka duka hidup di dunia berteraskan Iman dihati, dan ilmu diminda insyaAllah.

Kenapa kita perlu jadi orang yang berjaya dalam hidup?

Im sure, semua orang pastinya mahukan hidup yang hebat, tenteram, hidup yang bermaruah & dihormati, disayangi dan tidak dibenci makluk mahupun Allah swt atau Tuhan yang mencipta (kepada yang berlainan agama)

Hidup hebat yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika 5 tahun dulu kita bersungguh-sungguh berusaha.

Hidup tenteram yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika hari ini kita kembali kejalan yang diredhai Allah swt. tidak pernah terlambat selagi Allah masih kurniakan nyawa.

Hidup bermaruah yang diidam-idamkan kita itu, mungkin menjadi kenyataan jika 5 tahun dulu kita mempunyai perancangan masa depan yang betul selari dengan usaha yang kita lakukan untuk mencapainya. Jika hari ini kita merancang, pastinya 5 tahun akan datang kita adalah kita yang bermaruah.

Hidup disayangi yang diidam-idamkan kita itu, mungkin akan menjadi kenyataan hari ini jika kita sentiasa berbuat baik pada orang sekeliling, tidak berdendam, tidak bercakap atau mengeluarkan kata-kata yang menaikkan darah seseorang, tidak membuat sebarang kejahatan kepada orang, dan belajar nilai baik untuk menyayangi seseorang yang secara langsung @ tidak langsung berada disekitar kita.

Manusia yang melakukan dosa dan maksiat, sudah tentu menguncang kemurkaan Allah swt. Nauzubillah. sebagai hamba, kita harus sedar yang segala apa yg kita ada adalah kepunyaanNya. tiada satu apa pun yang terlepas pandang dariNya dan tiada satu apa pun yang kita mampu menyembunyikan dariNya. Orang yang mendapat keredhaan Allah pastinya orang yang paling happy antara kita. Jadi, kenapa kita masih tidak berusaha mendapatkannya?

Bagi aku, orang yang happy tentunya adalah orang yang mempunyai kesemuanya. hidup ini bukan sekadar untuk kesenangan dunia, tapi untuk mencari keredhaan yang hakiki.

P/s: Orang yang selalu escape dari masalah adalah orang yang tidak mampu untuk menjadi Orang yang hidup happy. apapun masalahnya, hadapinya dengan tabah, usaha dengan kesungguhan, insyaAllah Allah bersama kita.

Wassalam
Hadi Pelera


Aku bukan orang yang 'sangat bagus' dan 'orang yang happy', tapi aku sedang berusaha mendapatkannya. insyaAllah. Agaknya apa yg menyebabkan aku berkongsi semua ini? Wallahualam.

Thursday, December 22, 2011

Rukun Islam

Mengucap dua kalimah syahadah

“ "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)[1] ”


Menunaikan solat fardu lima waktu

“ " Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)[2]

Berpuasa pada bulan Ramadan

“ " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)[3]

Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

“ " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5)[6] ”
“ " Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103)[7] ”
“ " Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. " (Surah At-Taubah : 60)[8]

Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu


“ " Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97)[9]


Sumber: Wiki

Wednesday, December 21, 2011

Cool Quote

It is a truth universally acknowledged, that a single man in possession of a good fortune, must be in want of a wife.
Jane Austen, Pride & Prejudice

To Forgive is the Highest most Beautiful form of Love. Forgive all who have offended you. Not for them. But for Yourself.
Indian magazine

Those who have powerful words can quite easily manipulate weak minds.

Thursday, December 15, 2011

Why need to be a positive minded

Do money is your problem? lets do something to gain money!


Assalamualaikum and Good Day

Dear Good Peeps, May Allah SWT Bless us in life and Hereafter insyaAllah.

Positive minded always help us a lot! believe me indeed.

Running away from daily life problems wont solve anything, it's not a good way or solution for us to do, somehow it will burst up the problems even more. Many people always prefer running away from their problems rather than wake up and set up with a positive mindset, believe me you wont be anywhere else other than being a PROBLEMATIC PERSON! the worse thing is, you will be always haunted by your problems maybe until end of your life.


Running away or stay working for the available solution? Ask your deep heart which 1 is better? Even though only 0.0001 % of success, why should we easily surrender before try. You choose.


No one is exception for having problems in life. As a human being, we must learn to accept the things as a test From Allah SWT to us. Brilliant peeps always smile in trouble and they always working to find available solution to their problem.


but most of all, please stay positive & face reality!

If sins is our problem, let repent to Allah, insyaAllah God will guide us to a good path.


P/s: I am no Motivator nor pious man, I am just and ordinary people somewhere living in this world who inspire to share some thought about life. thanks for reading.

Friday, December 9, 2011

Jawapan untuk persoalan

Assalamualaikum

Sahabat yang dimuliakan, semoga berada dalam redha Allah sentiasa, InsyaAllah, Amiin.


Hidup ini kadang-kadang sangat membelenggu, kadang-kadang sesetengah perkara yang terjadi kepada diri kita sukar untuk diterima dan sukar untuk kita mengerti. lalu pelbagai persoalan muncul satu persatu danak benak pemikiran kita. Ada antara kita yag hanya gunakan logic akal utuk mentafsir, ada yang hanya redho dengan apa yang berlaku tanpa membuat apa-apa tindakan. betulkah apa yang selama ini kita lakukan? renung2kan lah sebentar.


Hayatilah Islam dengan mata hati, bukan dengan ikut-ikut orang. insyaAllah yakinlah Allah akan membuka hati kita untuk memahami apa yang terbuku dalam persoalan kita, insyaAllah Allah akan memberi hidayah dan jalan mudah untuk kita selesaikan sesuatu perkara yang membelenggu itu.


Indahnya Islam. Ia adalah Kesempurnaan.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Bila kita diuji, kita harus cekal menghadapinya. bukannya lari dari masalah. ayat diatas jelas memperlihatkan pada kita bertapa pentingnya usaha. Usaha kita adalah jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapi.


Allah sesekali tidak akan mengubah nasib kita selagi kita tidak berusaha keluar dari masalah itu. kalau perlu merangkak, merangkaklah. bukan hanya redho dan berdoa agar Allah mengubah nasib kita tanpa sebarang usaha. Malangnya masih ramai antara kita yang hanya begitu, meleset pemikiran jika sebegitu rupa. Moga kita bukanlah gologan itu, amiin.


Bila kita ditimpa sesuatu musibah dan bala, cepat2 kita ingat pada Allah. Contohnya bila tsunami yang setinggi pokok kelapa berada dihadapan kita, tiada apa yang kita ingat kecuali Allah swt, memohon dan merayu supaya Allah meyelamatkan kita. Namun, bila kita tidak diuji, hidup aman dan tenteram, nyata Allah kita lupai, nauzubillah. kita lalai, leka terhadap ikmat kesenangan yg Allah berikan. semoga kita tidak jadi seperti Qarun, Firaun yang diuji dengan kesenangan dan kuasa dunia sehingga terlalu angkuh untuk menghambaka diri pada Allah. Natijahnya, Neraka lah tempat mereka.


Beruntung kita dilahirkan dalam Islam, secara fitrahya semua orang dilahirkan Islam, namun berapa orang yang betul-betul Islam seIslamnya, Islam dihatinya. berapa? Wallahu'alam.


Dengan ilmu, kita akan terhindar dari jahiliah dan kembali kepada fitrah yang sebenarnya iaitu Islam. insyaAllah. amiin.

::Bersambung::



Tuesday, November 29, 2011

Apa gunanya hidup seribu tahun kalau...

TIDAK KENAL TUHAN

&

TAK MAHU IKUT PERINTAH TUHAN

nauzubillah, jauhkan lah umat Islam dari belenggu ini

Monday, November 28, 2011

Last but not least

it's marriage.

orang merancang, Tuhan menentukan. (^,^)~

Saturday, November 26, 2011

Menghormati untuk dihormati

Assalamualaikum...

Salam tahun baru untuk saudara SeIslam Seantero Sedunia, walaupun dimana anda berada saya ucapkan Selamat tahun baru

Tak perlu diperjelas lagi dengan terperinci apa itu tahun baru dan apa itu hijrah. semua orang rasanya sudah tahu lebih tahu dari apa yang aku tahu, insyaAllah. jika dan kalau ada yang masih tak tahu, sila lah tanya kepada orang yang betul-betul tahu, bukannya yang pala tahu. tahu? ~:tegeliat tangan cek tulih baku:~

" Hijrah adalah *sometextmissing__tanya uncle google/ tanya ustaz / parent / kawan rakan /etc*... Ha... macam tulah sedikit sebanyak ceritanya tentang maal hijrah. moga paham, insyaAllah alhamdulillah.

"Menghormati untuk dihormati"

atau,

"Dihormati kerana menghormati"

Kadang-kadang kita rasa pelik kenapa orang tak menghormati kita sedangkan kita lebih bagus dari orang lain yang berada disekeliling kita, lalu kita jadi angguh serta takbur dan sombong dan keji dan kejam dan takberperikemanusian lalu kita tidak menghormati orang lain tetapi kita mahu dihormati,

Kadang-kadang kita lihat ada orang tidak dihormati walaupun dia sangat bagus dari kita dan orang lain yang berada disekeliling kita, lalu dia jadi angguh serta takbur dan sombong dan keji dan kejam dan takberperikemanusian lalu dia tidak menghormati orang lain tetapi dia mahu dihormati,

Kadang-kadang kita rasa kita sangat bagus sebab kita lebih bagus dari orang lain yang berada disekeliling kita sehinggakan kita jadi angguh serta takbur dan sombong dan keji dan kejam dan takberperikemanusian lalu kita tidak menghormati orang lain tetapi kita mahu dihormati,

Apa pun alasannya, hormatilah orang lain jika mahu dihormati dimana saja anda berada.



::bercakap itu mudah, tapi tak lengkap jika tiada tindakan::


Selamat berubah, Salam Hijrah!


Kepuasan Mengai Udang Galah

First time mengai udang galah, setelah 2 jam bertungkus lumus, akhirnya ini lah hasilnya. walaupun dapat sekoq ni ja, tapi lebih baik dari x dapat langsung. walaubagaimanapun, tetap puas. wahaha!



Thursday, November 17, 2011

Malaikat Pelangi Cinta

kasih kau bagaikan pelangi
mewarnai bahtera hidupku
kau tetap terbaik untukku
kau tercantik, engkaulah cintaku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
kau bagai malaikat yang selalu setia
melindungi menjaga dan mendampingiku
baik dalam susah dan senang
kau selalu ada bersamaku

reff:
setiap malammu selalu ku melindungimu
di bangun tidurmu ku ingin selalu di sampingmu
dalam tidurmu ku selalu ingin di sisimu
kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi

aku pun berjanji akan selalu menjagamu
melindungi dan berdoa untukmu
semoga apa yang kau inginkan tercapai selalu
hidupku adalah milikmu

repeat reff

hidupmu adalah hidupku
kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku
kesedihanmu adalah kesedihanku
nyawamu adalah hidupku

kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
kau adalah pelita terang dalam jiwaku
aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi

layan jiwang skali skala. hehe

Wednesday, November 16, 2011

BenchMark

Assalamualaikum..

Dalam department yg aku kerja sekarang ni, ada tiga orang saja. iaitu Lee, Huat dan aku. dua cina dan satu melayu. kami bertiga bekerja dalam satu pasukan yang diberi nama Research & Development (R & D). Al-maklum lah, company ni company local saja so xperlu ada ramai2 orang macam kami. cukuplah setakat 3 orang kami saja untuk menguruskan semuanya.

Lee seorang yg selalu datang awal, Huat seorang yang last minit, jadi mereka berdua adalah benchmark aku hari-hari. kalau nampak muka lee saja, itu bermakna aku masih awai sampai kerja. tapi kalau nampak muka huat sampai dulu, itu masalah!

P/s : Tapi kalau nampak muka aku yang sampai dulu, itu lagi la masalah. ngeh

haha sekian.

Friday, October 28, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Jangan Terlalu Mengagung-agungkan Manusia part III

Assalamualaikum...

Bro,
Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya?
Walaupun hidup beribu tahun kalau tak mendapat rahmat Allah swt apa gunanya bro?

Bro,
Apa yang lebih penting dari mendapat rahmat Allah swt didunia dan akhirat?
Apa yang lebih penting dari menunaikan solat Fardhu 5 waktu sehari?
Apa yang lebih penting dari menjauhi perkara-perkara yang dilarang Allah swt?


Zaman sudah maju, Dunia pun sudah berubah. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak patuh kepada tuntutan agama.


Agama Islam dah tak relevent untuk zaman sekarang? jahilnya kau. tak dapat nah bayangkan azab Allah swt nnti. nauzubillah.

Jauh betul aku melihat anak muda sekarang dengan Quran dan Hadis. Maklumlah zaman sekarang ni semua benda berteknologi tinggi. antaranya playstation, ipad, iphone, dan gadget2 canggih manggih yang mereka amat kagumi. Tapi, Bila disuruh baca al-fatihah, semua pakat gelupur tergagap-gagap sambil menggaru kepala. itu belum lagi tanya maksudnya. tah apa nak goreng pon wallahu'alam.

Paling sedih umat Islam harini, sembahyang pun ramai yang tak jaga. alasan macam-macam tak sempat la, penat la, sibuk la. Slumber ja mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan muslimah, takutlah pada azab Allah swt yang maha pedih. Walhal bukan depa tak tahu yang sembahyang itu perkara wajib yang Allah swt telah tetapkan kepada kita sewaktu kita hidup didunia ni. masa Sekolah rendah dulu pun cikgu dah ajar lah de.

La ni ramai antara kita yang dok kalut masuk ujibakat nak jadi artis. Artis artis attritis. kononnya bila jadi artis boleh jadi kaya. kaya kaya kayap. hat mana halal, hat mana haram pon dah tak diendah. Apa peduli, kita masih muda! Bukan nak perli artis, aku perli orang yang tak solat, tak reti baca quran, cetek agama pastu tergedik-gedik nak jadi artis!

nampak gayanya lagi tulis lagi emo, baik aku setop kat sini dulu.

astagfirullah.. bersambung


Wassalam

Hadi Pelera

Monday, October 24, 2011

Sedikit apa yang aku rasa

Assalamualaikum...

Dah lama tak berbicara melalui pintu ini, pintu yang suatu ketika lalu sering menjadi medan cetusan idea dan dewan perkongsian rasa. Medan untuk berkarya, juga kadang-kadang tempat aku meluahkan perasaan. Pendek kata, dah lama aku tak berblog la weyh. itu pon takkan nak kena translate? hehe


Sekali sekala bersifat dramatis apa salahnya. kadang-kadang manusia perlu bersifat manja supaya orang sekitar rasa disayangi dan dikasihi, kadang-kadang juga, kita perlu bersikap serius untuk mempamerkan keyakinan kita pada orang lain. Jadi, apa-apa pun yang kita buat perlulah ikut tempat dan keadaan, bukan ikut perasaan. kan aku dah TERbagi ceramah. haha


Sudah hampir tiga bulan aku fokus dalam merancang strategi kehidupan aku, terutamanya dari segi kerjaya dan masa depan, financial, hutang, target, urusan keluarga, wished list dan sebagainya. nampaknya sekarang ni boleh menarik nafas lega sikit sebab kehidupan dah mula tersusun. senang kata, life is better now. Thank to Allah.


Bila cita-cita besar, maka banyak perancangan-perancangan besar yang kita kena perlu berani ambil. bak kata pakar motivasi dalam hidup ni kalau kita asyik fikirkan kegagalan, insyaAllah kita takkan kemana-mana, itu prinsip yang aku pegang. aku yakin, sapa usaha lebih, Allah pasti beri dia lebih berlipat ganda. dalam pada masa yang sama, bersyukur pada Allah. Siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, nescaya Allah akan tambah nikmat itu, tapi jika tidak bersyukur, azab Allah swt amatlah pedih. harap ada yang terinspired.


Walau siapa pun kita, tinggi mana pun kita, besar mana pun kita,

lu abang long ka lu ayahda ka(kl gengster sikit), kalau lu tak bersyukur lu rugi la sebab segala nikmat apa yang kita dapat itu dari Allah swt. kena ingat tu tanam dalam hati dalam-dalam.


ok lah mata gua dah goyang, lagipun gua dah tak reti tulis panjang-panjang dah. tulis panjang-panjang pon kalau takda motif xdak guna gak kan. kan? haha

Nanti gua rajin gua sambung,


Wassalam

Hadi Pelera

Saturday, October 8, 2011

melentur orang biarlah dari...

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

melentur orang biarlah time kecik - kecik lagi.


tapi,

buluh kalo dah keras, memang payah nak lentur kot. pakai parang ja senang.

manusia pun macam tu la lebih kurang. kalu da tua memang payah nak lentur dah. kena guna parang gak kot! haha

motif: aku geram la kat betina tu. haishh. menduga tol kesabaran aku neh aiyaarkk.

Saturday, October 1, 2011

Finding a conclusion

world is the place where we are learning

understanding the meaning of life

doing the things that we love to

doing the things that we need to

trying and testing

imagine

designing

making

then, make a conclusion to those things that we've learned

yeah, Im still learning, and I believe same goes to you

Enjoyed life, as what you are

Tuesday, September 20, 2011

lelaki dumbass

P/s : xyah baca pon xpa

haha, ni sure aku punya post paling merapu dalam list aku.


tadi time aku keja, tiba-tiba aku terbosan. jadi untuk tidak membosankan diri, terklik la aku pada skrin komputer peribadi di office aku tu. cewah ada office xleh blah...


disebabkan nak bukak facebook xboleh sebab kena block (baru pagi tadi aku perasan yg facebook dah diblacklisted kan kat office aku), jadi inisiatif terbaik dari ladang aku untuk menghilangkan bosan tahap cipan tu aku pon bukak la twitter. (twitter boleh plak??)


belek punya belek oh bosan kot, aku pon xdak idea apa nak tulis jadi aku pon tulis la sikit kat wall twitter tu,

[kepala hotak la block facebook ] sebagai tanda protes! haha.


xda orang reply.


pastu aku ternampak satu status yang agak lol gak la bagi aku, kawan aku tulis.

dia tulis,

[lelaki kalau dumbass macamana pon, kalau hemsem pompuan suka jugak]

ni kalau reply mmg best ni, sambil jeling2 rakan sekerja kat sebelah yang tengah kusyuk melukis guna solidworks.


ok line clear! aku pon ambil kesempatan untuk reply jap. haha

aku reply,

[ hang memang hensem pun , so jangan risau lah]

duk 2 3 minit aku nampak aku tweet baru masuk, ini confirm mamat ni la neh. hehehe

dia reply,

[hang nak kata aku tak hensem la neh bro?]

tanpa pikir panjang, dan slumber badak ja aku reply,

[bukan, aku nak kata hang tu memang dumbass. haha]

.....

lama gak dia nak ambil masa tuk reply tweet aku yang berbaur cili padi tu, hahaha

lebih kurang 30 minit, dia reply,

ya la. Sori la abang hensem. Sy yg dumbass. Sy x grad lg. Sy xdak kerja lg. Abg mmg god]

haha sekali sekala tulis merapu syok jugak. ayat yang lain tu aku boleh terima la, cuma ... ayat last tu aku xpaham sikit, apa la maksud dia 'abang memang god???

aiyooo. ngeh! ^^

Friday, September 9, 2011

Sila Beri Perhatian!,

Assalamualaikum...


P/s: Entri ini sangat sesuai dibaca oleh adik-adik yang mengalami masalah untuk memberi tumpuan ketika belajar.

Sebagai seorang student, memberi tumpuan ketika lecturer sedang mengajar itu penting. dengan focus, kita akan lebih memahami apa yang lecturer tu sedang ajar.

Dan sudah tentu senang untuk kita bertanyakan mana-mana topic yang kita tak berapa nak paham sangat sebab kita tahu apa yang kita tak faham. ada faham?

Macamana caranya untuk memberi 100% tumpuan ketika didalam kelas? err... ehem! AHAA!


1) tido mau awal. lupakan facebook, lupakan awek serta pakwe yang nak ajak g dating kat nashmir tgh2 malam. itu semua xda faedah ok! hehe


2) kunci jam 10 minit sebelum subuh. bila bunyi jam ja terus bangun pi bilik air mandi terus jangan melengah lagi. sudah mandi terus solat atau pegi masjid ok.


3) dah sudah solat, buat review sikit tentang topic yang bakal diajar dikelas nanti. imbas mana-mana istilah yang anda tak paham nanti ada modai sikit nak bertanya dalam kelas.


4) hilangkan segala perasaan dendam serta benci pada lecturer anda itu. anggap lecturer tu kawan karib anda yang sangat baik. fokus ketika lecturer mengajar ! sama sekali dilarang untuk bersembang dengan rakan sebelah walopon dia ada psp ditangannya!


5) jangan terlalu kalut untuk menyalin apa yang ditulis(salin yg penting ja cth : formula atau istilah). cuba fokus apa yg dikatakan ok. sediakan gula2 untuk bekalan time mengantuk.


6) catit homework yang diberikan dan pastikan anda buat ketika pulang di hostel nanti. bincang dengan rakan-rakan supaya lebih paham ttg topic itu. elak budaya meniru, amalkan budaya bincang.


7) doa. takkan doa pon nak ajar kan? :p


8) mcm nerd ya tak? ngeh

selamat beramal ya adik2 :p!

P/s: dapat 4 flat nanti jangan lupa blanja guwe. heheh
P/s: aku pon xpernah amalkan macam tu punya step wakaka
P/s: orang yang cepat matang diawal usianya adalah ciri-ciri orang yang berjaya, alangkah untungnya orang itu. Al da best!

Hadi Pelera

Friday, September 2, 2011

Surat Al-Ikhlas and Surat An-Nas - Sheikh Bilal Assad



Ramadhan sudah pon berlalu,
bulan yang diidam-idamkan oleh hamba-Nya yang beriman kini sudah pun berakhir.
mungkin berjumpa lagi atau tidak untuk ramadhan seterusnya wallahu'alam.
sangat rugi lah bg orang-orang yang telah mengabaikannya.

Kini bulan syawal sudah pon tiba,
bulan yang menyusul selepas bulan ramadhan.
apa salahnya jika kita ambil kesempatan dibulan syawal ini untuk berpuasa lagi enam hari.
selamat berpuasa.
selamat mengikhlaskan hati.


Hadi PELERA

Tuesday, August 30, 2011

Duit raya

Salam raya

Dihari raya yg mulia ini, guwe nak mintak maap la banyak-banyak kepada sumua blogger yang mengenali guwe. mungkin ada bahasa guwe yang selama ini menyakitkan hati, membuatkan anda menyampah serta meluat. guwe mintak maap seikhlasnya. Maaf Zahir & Batin.

dan jikalau anda ada buat salah dengan guwe, jangan risau guwe dah lama maafkan. macam tu la hidup, kena saling maap memaapkan ye dok?

0-0



syok tgk budak-budak kutip duit raya. terkenang zaman guwe kecik2 dulu, pagi pergi kutip duit raya petang baru balik ngeh3~.taun ni guwe dah xlayak menerima duit raya sob3..bestnya jadi ..ye dok? hehehe.

kepada sesiapa yang rasa dia masih digelar budak2, nak duit raya meh r umah guwe. guwe serius ni. ;p






alamat umah guwe:

Kg. Cherok Tok Pendik,
Mukim Gelong,
06000 Jitra,
Kedah.


Sunday, August 21, 2011

Apa Kes? Xda Kes

Salam Ramadhan sekali lagi,

moga2 bulan ni banyak lah amalan-amalan kita yang diterima Allah, dan insyaAllah banyak dosa-dosa diampunkanNya. amiiinnn.

sedikit update ttg life semasa,

banyak masa dihabiskan di tempat kerja, cuti sabtu ahad memang aku guna untuk rehat dan aktiviti keluarga. kadang2 balik lewat pagi juga sebab melepak dengan kawan2. nasib baik dah lama mengamalkan bangun pagi, so aku xda masalah untuk bangun pagi. tambahan kena bangun pagi juga untuk sahur.

buat masa yang sementara ni, aku ingin menumpukan tentang hal ehwal pekerjaan dulu. banyak lagi nak kena blajar, malu la kat operator benda-benda small matter pon tak tau. haha.

kereta? masih dalam wished list. mungkin da xlama dah kot.

sbk? oh... geram tgk kawan2 mana yang dah angkat satu. deng! sabar ja la. hurm.. lambat lg kot.

pasangan hidup? aiseyhman.. hahaha itu pon mau tau ka?

ok setakat itu saja buat kali ni. hihi

dah taktau nak tulis apa. aiyaa!

P/s: selamat menjalani ibadah puasa, sama2 kita memperbaiki iman dan mensucikan hati dibulan mulia ini. raya mai la rumah. :P

Friday, August 5, 2011

Aku Semakin Busy

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan semua, semoga sihat hendakNya amiin.

seems so busy lately, maklumlah skrg da ada komitmen. tak boleh enjoy lebih-lebih macam dulu. xleh nak on facebook sepanjang hari, lepak2 dengan member siang malam, tak boleh nak tidoq lama2, xboleh merempit lama2, pendek kata semuanya sudah tak seperti dulu lagi. apa boleh buat, hidup tetap hidup.

dikesempatan yang tak berapa nak sempat sangat ni, baru la ada ruang sikit untuk aku update blog ni. tulis tetap tulis, hidup tetap hidup. enjoy tetap enjoy. as the life goes on, we need to go on and bear with everything that come by. that's life yeah. walaupun tulis merapu, tapi desire tuk menulis masih ada. hehe

kepada sesiapa yang merindui diri ini, kenanglah daku dalam doamu. bulan2 mulia macam ni kalau doa kebahagian kawan2 insyaAllah Allah mudah perkenankan. peace

Yang mendoakan kebahagian kawan2,

Hadi PELERA


Sunday, July 31, 2011

Few Important Numbers

1106

115

KBE1755


To Everyone,

Wish everyone here Happy Fasting, May Allah SWT bless us in life and Hereafter insyaAllah.

To Me,

Take this opportunities to improve iman and be a good muslim.

Best Regards,
Hadi PELERA

Monday, July 25, 2011

hari pertama

salam dan hai,

harini adalah hari pertama aku start keja.


so hari ini aku jumpa beberapa perkara antaranya adalah;


suasana kerja baru,


machine tools yang baru,


ilmu-ilmu baru,


dan

bertemu muka-muka baru,


harap-harap ada la aweks-aweks baru aku jumpa nanti. hahahadehh!


esok blajaq benda baru lagi, go3 hadi.


wassalam
Hadi PELERA

Tuesday, July 19, 2011

Wordless Today : Pau3 Engineers in action




En. Syazwan aka syaz


En. Haniff aka anip


En. Hafifi aka pp

IR. Dr Hadi aka adi :p


En. Imran aka MSG

En. Farouk aka fakrol

Sunday, July 17, 2011

Disaat kita lupakan Dia


Salam Keinsafan

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Nabi Adam a.s, manusia yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai manusia pertama diciptakan oleh Allah swt, manusia yang menjadi titik tolak kepada percambahan manusia yang kini sangat banyak terdampar dipermukaan bumi dan didalam bumi (erk). Agak-agak lah kan, dah berapa ramai manusia dah hidup diatas muka bumi Allah ni ye? Agaknya sudak tidak terkira dengan akal Wallahualam.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Cerita tentang nabi Adam a.s, baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan. Sebenarnya Nabi Adam a.s ditempatkan di syurga, tetapi setelah mengingkari perintah Allah Baginda diturunkan ke bumi bersama-sama dengan isterinya, Hawa.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu ( Nabi Adam), mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:


"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."


Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::


Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna:


::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Rujukan : Penciptaan Adam

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Hakikat penciptaan manusia, kita adalah makluk Allah yang hebat dan disayangi oleh Allah swt sehinggakan Allah swt mengarahkan para malaikat untuk sujud hormat kepada manusia. apakah kita sedar akan hakikat ini?

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

kita makluk yang disayangi Allah swt, secara fitrahnya kita ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan unik. kalau muka sama pon, hati lain-lain. tapi kenapa kita asyik melupakan Allah setelah kita diberi nikmat?

Sekadar peringatan kepada diri sendiri juga,

disaat kita melupakan Dia, Dia masih memberi kita nikmat-nikmatNya

disaat kita melupakan Dia, Sepertinya Dia masih memberi ruang taubat kepada kita

makanan dan minuman itu, tempat tinggal, udara yang segar, kesihatan, itu bukan nikmat pemberian Allah kah? Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Semoga peringatan ini terkesan dijiwa masing-masing, insyaAllah.

::percayalah yang kita ni makluk yang disayangi Allah::

Sekian
Wassalam
Hadi Pelera

Thursday, July 14, 2011

Bulan Ramadhan Sudah Hampir Tiba. Apakah kita sudah bersedia?

Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan, bulan rahmat, bulan penuh keberkatan dan keampunan Allah swt sudah hampir tiba. Sudahkah kita bersedia secara mental dan fizikal untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah Swt dalam bulan yang mulia ini? insyaAllah, semoga ramadhan tahun ini akan menjadi ramadhan yang lebih baik dari ramadhan yang terdahulu.


Sekadar perkongsian ikhlas ttg satu hadis tentang keistimewaan bulan ini.



Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

rujukan : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm


Wassalam

Hadi Pelera

Sunday, July 10, 2011

kecantikan hati mengalahkan kecantikan fizikal

Assalamualaikum...


Cantik itu subjektif, mengikut citarasa dan pandangan masing-masing. ada yang melihat cantik itu hanya pada luaran, namun ada juga yang melihat pada dalaman seseorang. Dan sudah tentu ramai yang melihat kedua-duanya,

Dalam memilih pasangan hidup khususnya, benda seperti inilah yang harus dititikberatkan. memilih hati atau rupa paras? zaman sekarang ni memang la payah sikit nak memiliki kedua-duanya. jika dapat, bersyukurlah. jika tak dapat, tepuk dada tanya orang tua. :p


Bagi aku, jika perlu pilih antara luaran dan dalaman, aku lebih berat untuk memilih dalaman. buat apa jika cantik diluar saja tetapi didalam buruk? tapi kalau ada keduanya itu kan lebih baik. sekadar pendapat aku.


tapi tak salah juga memilih yang cantik diluar saja, kerana yang dalaman itu pon masih boleh dibentuk. tapi mungkin mengambil masa yang lama.

..............................

Suatu pagi seorang gadis berkata pada Ibunya,

" Ibu, engkau selalu terlihat cantik, aku ingin sepertimu, beritahulah aku sesuatu..."

Dengan tatapan dan senyum haru, sang Ibu pun menjawab,

"Untuk Bibir yg Menarik, Ucapkanlah Perkataan yang baik... "
"Untuk Pipi yang Lesung, Tebarkanlah Senyum Ikhlas mu di muka bumi... "
"Untuk Mata Indah Menawan, Lihatlah selalu Kebaikan orang lain... "
"Untuk Tubuh yang Langsing, Sisihkan Makanan mu bagi fakir miskin..."
"Untuk Jemari Tangan yang Lentik Menawan, Hitunglah Dosa dan Pujianmu untuk Tuhan."
"Untuk Wajah Putih Bercahaya, Basuhlah Muka dgn air Ɣƍ bersih... "

Anakku......


"kecantikan fizikal akan pudar oleh waktu, tapi kecantikan hati tak akan pudar meskipun oleh kematian"


.........................

P/s: Tudung bukanlah indikasi kepada kecantikan hati, tetapi wanita yang mempunyai kecantikan hati akan memakai tudung [Aslamiah]

P/s: jika anda berwajah cantik, cantikkan lah juga hati anda. percayalah yang anda adalah insan bertuah [Hadi Pelera]

Friday, July 8, 2011

ada otak, guna la otak

Assalamualaikum.

P/s: Entri ini mungkin menyentuh sedikit sentimen politik dalam negara. tapi secara jujurnya aku mengaku yang aku bukan lah sesiapa yang mahir selok belok politik negara, juga ku kurang dari aspek pendidikan agama. cuma mungkin ini apa yang aku rasa, sebagai salah seorang rakyat malaysia yang sah disisi undang-undang. untuk itu, aku rasa aku layak untuk bersuara. ye dok?

harap maklong dan pak long paham.


Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti dibawah :

1) Bijak (Berpendidikan Tinggi)
2) Berdedikasi Tinggi
3) Optimistik
4) Hensem/Cun/ Good looking
5) Sihat/Siuman
6) Jujur
7) Amanah
8) Tegas
9) Berpandangan Jauh
10) Kesedaran Sivik yang tinggi
11) Tabah
12) Tidak mudah putus asa
13) Petah berbicara
14) Sabar
15) Ikhlas
16) Banyak pengalaman
17) Adil
18) berkorban untuk orang lain
19) tidak berkira
20) taat perintah Tuhan
21) menjauhi perkara maksiat
22) banyak bertindak dari berkata-kata
23) etc...

Cukup sempurna! Berdasarkan list ciptaan aku diatas agak-agak ada sesiapa disini yang mempunyai SEMUA ciri-ciri diatas? ada? ada? ada?


Ramai orang dok maki BERSIH sebab BERSIH ni bikin huru hara sana sini. ramai yang komplen pelanggan lari la, sesak lalulintas lah, malu nama negara la, itu lah ini lah. kalau korang fikir macam tu, mintak maaf cakap aku rasa kau masuk golongan orang-orang yang bodoh sombong. please la kaji selidik sikit sebelum berkata-kata. jangan mudah terpengaruh dengan media sebar berita berat sebelah seperti tv3suku. tau la korang pro kerajaan sekalipon, xpayah la sampai putar belit fakta. haktuih!


P/s 1: Kalau korang ni penakut sangat nak bantah apa yang kerajaan buat, bagi jalan la dekat orang yang berani bersuara menegakkan hak-hak rakyat. ada pulak si punai yang tiba2 kaitkan perhimpunan BERSIH dengan isu ambiga kafir pa kejadah. bodoh tol la.


P/s 2: Lu pikir la sendiri de.

Thursday, July 7, 2011

Saturday, July 2, 2011

Saling Curang Mencurangi

Salam


Semalam aku ada terbaca satu blog ni, sempoi gak apa yang ditulisnya tu. aku terlupa apa nama blog dia dan aku malas nak folo memolo. boleh macam tu? hoho. tapi dalam blog dia tu, macam-macam ada weyh! yang paling aku berkenan dan terteh-tarik bila terbaca satu entri tu, apanama dia?? ermmm.. adoi mak lupa plak. tajuk lebih kurang bunyi macam 'curang' jugak. curang antara suami dan isteri dalam kehidupan rumah dan tangga. yang suami curang dibelakang isteri, yang si isteri curang dibelakang suami.


Mungkin apa yang ditulis penulis blog tu kelihatan mengarut, tapi bagi aku la kan, kes-kes curang mencurangi antara suami dan isteri ni memang betul betul betul punya berlaku. bukti? bukti memang la aku tak dapat nak tunjuk sapa kan, sebab kalau aku tunjuk sapa nanti jadi fitnah pula. nauzubillah. tapi berdasarkan lambakan cerita-cerita lucah, video-video tersebar di youtube, facebook, email, phone dan sebagainya, aku yakin kes-kes ni memang betul betul betul terjadi.


Knapa perlu curang?

bagi yang lelaki, kan boleh kawin sampai empat ye dok?

bagi yang perempuan, memang la kau tak boleh kawin lain kalu ada suami, tapi kalu dah tak tahan sangat dengan suami kau yang tak berjaya 'memenuhi citarasa' kau yang tinggi tu, ko slow talk la dengan dia, mana tau kot-kot dia mau lepaskan. (erk maaf aku kurang ilmu)


Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)

Berapa ramai pasangan yang berkahwin curang dengan pasangan masing-masing? bertaubatlah selagi Allah buka pintu taubat. kalau ya pon, malu la dekat anak-anak la weyh. kalau anak-anak terikut jejak langkah ibubapa, sapa yang patut dipersalahkan?


P/s : sapa yang termakan lada, dialah yang terasa lada ya tak. hehe. aku? aku lain cerita la bero, aku belom berkahwin. ngeh tapi mengada boh status 'married; kt FB aduyai.






Friday, June 17, 2011

Panggilan lagi

setelah beberapa kali menolak dan melepaskan
kini aku mengambil keputusan untuk ...
rugi rasanya kalau aku tak ...
jadi,
perlu siapkan diri betul-betul kali ni.
oyeah~

Tuesday, June 14, 2011

leka II

Assalamualaikum...


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Dan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, begitu juga yang berpesan-pesan kepada kesabaran". Surah-Al Asr


orang yang leka, orang yang tak pandai menghargai masa. banyak buang masa dari buat benda-benda berfaedah.


orang yang leka, imannya naik turun. buat ibadat pon ikut mood dan tempat.


orang yang leka, cintakan dunia, takut mati. buat dosa halal haram belakang kira.


orang yang leka, suka berkhayal. menyangka fantamorgana itu adalah realiti, namun hakikat sebaliknya.


orang yang leka, banyak mengeluh. itu tak kena, ini tak kena. semuanya nampak senget dan cacamerba.


kadang-kadang kita terleka seketika, tapi itu bukan bererti kita sudah tiada masa untuk berubah. selagi Allah swt memberi kesempatan kepada kita untuk bernyawa dibumi persinggahan ini, insyaAllah maka kita masih ada masa untuk berubah.


siapa tahu esok lusa kita sudah tiada didunia ini, marilah sama-sama kita ingat mengingatkan. yang baik iu tauladan, yang buruk jadikan benteng dan sempadan.




Wallahua'lam,


Hadi PELERA

Friday, June 10, 2011

Leka

Assalamualaikum...

iman kalau tak dijaga pasti goyah dalam melalui liku-liku kehidupan.
nafsu kita kadang-kadang sukar untuk dibendung,
sampaikan kita terlupa sebentar untuk bersyukur pada Tuhan atas nikmat-nikmat yang diberikanNya kepada kita.

hari ini jika kita renungkan,
pastinya kita akan menyesal dengan apa yang kita lakukan
sedar atau tidak sedar,
kita sedang melakukan perkara yang dibenci Tuhan
sedar atau tidak sedar,
kehidupan kita kadang-kadang melekakan

tiada manusia yang sempurna yang tidak melakukan dosa,
jadi sebagai manusia biasa, marilah sama-sama kita ingat mengingatkan
supaya kita sentiasa dijalan yg diredhai Tuhan, insyaAllah.





Strive for Mardhatillah,

Hadi Pelera

Thursday, June 2, 2011

Ilmu agama akan beransur hilang


Assalamualaikum...


Hari ini aku ingin berkongsi satu lagi hadis nabi tentang peristiwa akhir zaman, iaitu hadis yang berbicara tentang ( Ilmu agama akan beransur hilang). seperti biasa aku reviewkan dari buku susunan AABAN. harap anda sudi baca.



Maksud hadis,

Ertinya :

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda ; "bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama. maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. maka apabila pemimpin-pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain"

H.R Muslim


sedikit ulasan hadis ( berpandukan ulasan hadis dari AABAN )

1) akhir zaman ini, alim ulama semakin berkurang. ramai orang lebih suka belajar ilmu sains/ keduniaan dan teknologi lebih dari ilmu agama. yang sedihnya, ilmu agama itu sebenarnya pendorong dan petunjuk jalan yang sebenar kepada kita untuk hidup didunia dan bila diakhirat nanti. sangat rugi bg kita orang islam jika kita mengabaikan ajaran agama kita sendiri. nauzubillah.

2) orang yang jahil, kurang ilmu pengetahuan agama memimpin dan menjadi pemimpin orang Islam. maka lahirlah fatwa kaum kera yang berlandaskan akal fikiran dan nafsu semata-mata. bila islam dianaktirikan, bayangkan lah apa yang akan terjadi. Islam kata itu tak boleh, tapi golongan pemimpin ni kata boleh. islam haramkan benda tu, pemimpin ni halalkan sebab guna ilmu akal dia yang kononnya lebih bijak dari ayat-ayat quran. astagfirullah.

3) satu saat nanti, bila alim-ulama sudah tiada seorang pon dimuka bumi, maka nantikanlah apa yang akan berlaku. tiada lagi ulama, tiada lagi Islam, tiada lagi ajaran-ajaran nabi terakhir, maka tunggu lah musibah Allah swt yang maha pedih.

4) jangan lah kita jadi orang yang sesat dan menyesatkan seperti yang disebutkan didalam hadis tadi, nauzubillah. marilah sama2 kita tingkatkan usaha mendalami ayat-ayat suci quran dan hadis disamping alim-alama menjadi guru serta panduan dalam usaha memahami agama.


bersambung...


Sekian dulu dari aku,

Hadi Pelera

Monday, May 30, 2011

beberapa cara untuk jadi orang kaya

Kajian aku membuktikan, ada beberapa cara sebenarnya yang memiliki peluang cerah untuk jadi kaya. antaranya adalah :
.
.
.
.
.
.
P/s: kepada sesapa tak nak jadi orang kaya pelis jangan baca. nanti kau jadi kaya susah la kan. haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 ) anda memang anak keturunan seorang jutawan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2) anda kawin dengan seorang jutawan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3) anda menang dalam rancangan ''who wants to be a millionnaire''
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4) anda CEO syarikat besar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
5) anda golongan profesional ( Profesional Engineer, Doktor Pakar, etc)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
6) anda seorang bisness person
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Agak-agak la kan, golongan mana anda berada sekarang ni? aku pilih no 6 sebab yang lain aku rasa aku tak mampu. :D


Friday, May 20, 2011

Update Terbaru Contest : Jom Hidup Lebih Sihat

Assalamualaikum...

Salam kehebatan, Salam Keceriaan, Salam Kesihatan


Contest apa ni weyh??? jom wushaa tengok!








Nama Contest : Contest : JOM HIDUP LEBIH SIHAT!


Tujuan Contest :

1) Menggalakkan peserta untuk mendapatkan berat badan yang ideal, range ideal BMI = {19 25}

2) Menggalakkan peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah dari segi penjagaan pemakanan dan juga senaman.

3) Melahirkan peserta yang aktif, cergas, dan berdisiplin dalam aspek penjagaan kesihatan.


Moto Contest : Minda yang Sihat dijana oleh tubuh badan yang sihat, sama-sama kita merealisasikan impian!


Syarat -Syarat Penyertaan :

1) Warganegaramaya Kami Blogger Utagha Sahaja

2) Mempunyai BMI yang tidak ideal ( X < 19 ; X > 25)



3) Follower blog Imanadalahmutiarahati (kalau belom, kena la folo nanti senang dpt update)

4) Jujur dan ikhlas untuk menyertai dengan niat nak jadi lebih sihat

5) Tiada unsur-unsur penipuan, (kalu menipu jawablah dengan Allah swt nanti)

6) Perlu menyimpan rekod Tinggi, Berat, dan BMI peserta yg terkini untuk simpanan sendiri. (sila jujur)


Tarikh tutup Penyertaan : Sabtu, 28 Mei 2011, 12 PM


Bilangan minimum peserta : 20 orang, jika tak cukup maka contest ini akan terbatal secara automatik. harap mak long.


Contest akan bermula : I june 2011 (dengan syarat cukup 20 orang peserta)


Tarikh contest berakhir : 4 bulan selepas tarikh pengumuman contest bermula. akan diumumkan dari masa ke masa.


Hadiah : berupa saguhati ikhlas sumbangan penaja (imanadalahmutiarahati), dirahsia kan. mungkin lumayan. :)


Pemenang Contest : pemenang akan diadili oleh penaja sendiri (imanadalahmutiarahati) secara adil melalui pengiraan BMI masing-masing dan juga tahap kesihatan. beberapa X-faktor lain turut diambilkira bersesuaian dengan terma dan syarat contest. harap mak long dan pak long.

P/s: Sebarang pertanyaan boleh lah diisu kan diruangan komen.










8)Hidir Abdullah

9) Shida Anwar

10) Sunah Mohamad

11)erin azizan

12) Abdul Hadi Bin Saaidin (erk?? kalu aku menang aku bg hadiah kt 2nd place keh3 dun wori)

13)...

Tersenarai diatas adalah nama peserta-peserta yang telah layak untuk join Contest ni, 13 orang lagi diperlukan untuk cukup korum. jom la join weyh, aku bg hadiah istimewa. xkan lah ampa xmau kan?? mungkin lumayan. mungkin. tettt.. haha.


~::bergantung kepada terma dan syarat::~

Hadi Pelera